Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam25/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia

DUNIA perlumbaan motosikal bukan sekadar soal kelajuan dan trofi. Ada acara yang menuntut keberanian luar biasa kerana tahap risiko jauh mengatasi perlumbaan litar biasa.

Walaupun teknologi keselamatan semakin canggih, lima acara tersebut masih dianggap antara paling berbahaya di dunia, tetapi tetap dianjurkan sehingga musim 2026.

Berikut senarai yang bukan saja ekstrem dari sudut kelajuan, tetapi juga faktor litar, permukaan dan ketahanan fizikal pelumba.

1. Isle of Man TT

Isle of Man TT

Isle of Man TT kekal sebagai perlumbaan motosikal paling berisiko tinggi di dunia. Berlangsung di laluan jalan raya awam sepanjang kira-kira 60km, pelumba memecut melebihi 300kmj di celah rumah, tembok batu, pokok dan tiang elektrik.

Tidak seperti litar moden yang mempunyai kawasan keselamatan luas, TT menggunakan jalan kampung sebenar dengan selekoh sempit dan perubahan elevasi mendadak. Sejarah panjangnya turut merekodkan angka kemalangan maut yang tinggi, menjadikan perlumbaan itu memerlukan tahap fokus dan keberanian maksimum.

2. Rali Dakar

Dakar Rally

Jika TT berbahaya kerana kelajuan di jalan raya, Rali Dakar pula ekstrem kerana jarak dan kondisi muka bumi. Perlumbaan rali itu merentasi ratusan kilometer sehari di padang pasir, batuan tajam dan laluan terpencil.

Pelumba motosikal perlu mengharungi suhu panas melampau, navigasi kompleks dan risiko sesat di kawasan tanpa bantuan segera. Keletihan fizikal dan mental menjadi musuh utama, selain risiko kemalangan akibat permukaan tidak menentu.

3. Baja 1000

Baja 1000

Baja 1000 di Mexico adalah perlumbaan off-road ketahanan yang boleh mencecah lebih 1,000km dalam satu edisi. Laluan dilalui merangkumi padang pasir, gunung berbatu dan laluan berdebu yang mencabar jentera serta pelumba.

Perlumbaan itu sering berlangsung tanpa henti sehingga 24 jam, dengan risiko kerosakan mekanikal, pelanggaran dan keletihan melampau. Dalam kategori motosikal, ketahanan fizikal memainkan peranan sama penting dengan kelajuan.

4. North West 200

North West 200

Berlangsung di Ireland Utara, North West 200 (NW200) adalah satu lagi perlumbaan jalan raya yang menggunakan laluan awam. Berbeza TT yang lebih teknikal, NW200 terkenal dengan laluan lebih laju dan lurus panjang.

Kelajuan maksimum yang sangat tinggi digabungkan dengan selekoh laju menjadikan margin kesilapan sangat kecil. Walaupun tahap keselamatan dipertingkat saban tahun, risiko tetap wujud kerana sifat laluan yang tidak direka khas sebagai litar perlumbaan moden.

5. Suzuka 8 Hours

Suzuka 8 Hours

Suzuka 8 Hours di Jepun mungkin tiada statistik kemalangan setinggi perlumbaan jalan raya, tetapi antara perlumbaan paling mencabar dari sudut ketahanan.

Selama lapan jam, pasukan perlu mengekalkan kelajuan kompetitif dalam cuaca panas dan lembap. Keletihan, kesilapan kecil dan perubahan cuaca boleh mencetuskan insiden pada kelajuan tinggi.

Kombinasi tekanan fizikal dan persaingan sengit menjadikan perlumbaan itu paling sukar dalam kalendar lumba motosikal dunia.

Risiko, Keberanian dan Evolusi Keselamatan

Walaupun semua acara berkenaan terus dianjurkan pada 2026, penganjur sentiasa menambah baik aspek keselamatan termasuk penggunaan pakaian perlindungan canggih, sistem beg udara pelumba dan kawalan teknikal jentera.

Namun dalam dunia dua roda berkelajuan tinggi, risiko tidak pernah sifar. Faktor jalan raya awam, padang pasir terbuka atau tempoh perlumbaan panjang menjadikan lima acara di atas antara paling mencabar dan berbahaya.

baja 1000 dakar rally isle of man tt motorcycle race motorsports north west 200 perlumbaan motosikal berbahaya Suzuka 8-Hours tahukah anda
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Dijangka Kembali Berlumba Di Mugello

    28/05/2026
    Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
    Sukan Permotoran

    Wing Hin Motorsports Raih Dua Kemenangan, Enam Podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.