Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Perkara Penting Ini (Mungkin) Tidak Diajar Ketika Ambil Lesen Motosikal
Roda2

5 Perkara Penting Ini (Mungkin) Tidak Diajar Ketika Ambil Lesen Motosikal

ZYBy ZY06/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda memiliki lesen B2 atau B penuh belum cukup melayakkan anda menunggang motosikal?

Ramai anak muda menganggap apabila sudah boleh menunggang motosikal bapa mengelilingi taman dan lulus ujian sekolah memandu, itu sudah cukup menjadikan mereka penunggang sah. Hakikatnya, masih ramai penunggang tidak berpengalaman meletakkan diri dalam risiko kemalangan jalan raya.

Sememangnya diakui, silibus sekolah memandu lebih banyak menumpukan kepada aspek kelayakan dari segi undang-undang, tetapi belum cukup mengajar mengenai asas motosikal. Tanpa perlu menyalahkan sekolah memandu 100 peratus selepas mengambil kira situasi ekonomi rakyat Malaysia, mungkin kelas tunggangan lengkap sukar dianjurkan atas faktor kos dan kekangan masa.

BACA >>> Kajian: Remaja Britain Tidak Mampu Bayar Lesen Memandu (Mahal Sangat!)

Jadi, sebagai rujukan untuk mula belajar menunggang sendiri secara lanjutan, berikut adalah antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian:

1. KAWALAN SKUTER AUTOMATIK ATAU MOTOR KLAC MANUAL


Nampak mudah, tapi mungkin anda pernah terdengar cerita rakan-rakan yang terlanggar tembok atau pagar kerana terpulas pendikit ketika menghidupkan skuter.

Atau bagaimana pemilik kapcai klac tangan atau mati, terkapai-kapai di lampu isyarat kerana tidak tahu mendapatkan gear neutral apabila enjin mati tiba-tiba. Ini kerana cara mengendalikan motosikal klac tangan tidak diajar kepada pemilik lesen B2.

Ini bukan kelakar, kegagalan mengendalikan skuter automatik atau motosikal klac tangan seperti di atas menjadi penyebab kepada kerosakan dan kemalangan. Seeloknya, dapatkan nasihat rakan berpengalaman jika baru kali pertama menunggang motosikal sebegini, atau boleh rujuk tip yang terdapat dalam laman blog atau YouTube.

2. ASAS AMBIL SELEKOH

Tidak seperti kereta, mengambil selekoh dengan motosikal lebih rumit, terutama pemilik lesen B2 kerana jentera yang ditunggang uji ialah kapcai. Apabila menaik taraf kepada motosikal lebih berkuasa, seperti streetbike atau sportbike 250cc (yang masih dalam kelas memandu B2), cara membelok dengan hanya memberatkan sebelah badan saja masih tidak cukup untuk menukar arah motosikal.

Kaedah sebenar adalah secara stereng-balas atau counter-steering, iaitu hendal ditolak ke arah bertentangan ketika mula mengambil selekoh. Antara salah tanggapan umum, teknik ini hanya sesuai untuk motosikal lebih besar atau perlumbaan, tetapi penunggang motosikal lebih kecil sebenarnya turut mendapat manfaat daripada pemahaman konsep counter-steering.

Kami sarankan anda menonton video Twist of The Wrist II daripada pengajar teknik tunggangan motosikal terkemuka, Keith Code atau seperti sebelum ini, rujuk artikel-artikel dalam blog dan YouTube yang banyak menyentuh bab tunggangan ini.

3. MENUNGGANG DALAM CUACA MENCABAR

Kemahiran tunggangan dalam cuaca mencabar seperti hujan perlu ada dalam diri penunggang Malaysia kerana negara ini kerap menerima taburan hujan sepanjang tahun. Sayangnya, tidak difokuskan dalam silibus sekolah memandu.

Seperti biasa, tip sebegini boleh didapati dalam Internet. Namun, bagi memahirkan diri dan meningkatkan keyakinan menunggang dalam cuaca licin dan basah menerusi kaedah lebih selamat, kami sarankan anda menyertai kelas tunggangan dirt-bike seperti diadakan di Most Fun Gym. Jika anda belum tahu, kelas ini diasaskan legenda GP Malaysia sendiri, Oh Kah Beng yang kini sudah berumur lebih 60 tahun.

4. PENYENGGARAAN ASAS MOTOSIKAL

Dalam kelas memandu, apa yang biasa diterangkan adalah kepentingan pemeriksaan motosikal seperti memeriksa lampu brek, signal dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan. Tetapi tiada asas penyenggaran dimasukkan dalam senarai silibus. Tanya saja mana-mana penunggang muda atau baru, masih ramai kalangan mereka tidak tahu atau sengaja mengabaikan hal-hal penyenggaraan motosikal.

Jangan hanya bergantung kepada tempoh servis saja, atau sekadar meminta mekanik untuk memeriksa kondisi. Ini kerana mungkin masa itu segalanya sudah terlewat. Amalkan membuat pemeriksaan sendiri dan tabiat itu pasti banyak membantu dalam mencegah masalah lebih rumit terjadi.

BACA >>> 5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan

5. KEPENTINGAN BUKU MANUAL

Apakah anda masih ingat ke mana kali terakhir anda letakkan buku manual motosikal? Jika masih ingat, simpan buku manual motosikal itu di tempat selamat dan rajin-rajinkan diri untuk menyemak isi kandungannya. Mungkin anda tidak sedar, kebanyakan masalah yang anda luahkan dalam grup Facebook, contohnya, boleh diselesaikan dengan merujuk buku manual motosikal.

Bagaimana pula jika hilang? Usahakan untuk dapatkan semula salinan itu daripada rakan-rakan lain. Namun, dengan kemudahan media sosial dan enjin carian masa kini, tidaklah sesukar mana mahu mendapatkan manual motosikal di Internet dalam bentuk fail PDF.

Sesetengah laman web pengeluar, (kebiasaannya berpangkalan di AS) turut menyediakan pilihan muat turun PDF manual secara percuma.

BACA >>> 6 Tip Memandu Malam Supaya Kekal Selamat Sepanjang Perjalanan

autotainment counter steering keith code most fun gym motor klac oh kah beng owner's manual riding tips roda2 Sekolah Memandu tips menunggang tunggangan dalam hujan twist of the wrist
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.