Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
Roda2

5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)

ZYBy ZY25/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Myvi 2018 dengan wajah baharu memang jadi perhatian rakyat Malaysia.

Tampil dengan rekaan lebih matang, dan spesifikasi canggih pada lingkungan harga mampu milik – sekitar RM45,000 hingga RM55,000 – menjadikan jualan model baru itu mencanak tinggi hingga Perodua terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara waktu dek masalah bekalan.

BACA >>> Akibat Masalah Bekalan, Pengeluaran Myvi Baharu Dihentikan – Perodua Mohon Maaf

Namun, kereta tetap kereta. Bak kata mat motor sejati, tidak kira secanggih dan sepantas mana pun, tetap akan sangkut juga dalam kesesakan lalu lintas.

Bagaimanakah jika anda ada bajet untuk memiliki sebuah Myvi baharu, tetapi lebih berminat dengan motosikal? Motosikal apakah sesuai dengan bajet anda itu (RM45k-RM55k) yang praktikal untuk kegunaan harian?

* Harga di bawah berdasarkan senarai dalam laman web jual beli Mudah.my dan mungkin berbeza bergantung penjual.

1. KAWASAKI Z900 (RM46,375)

Kawasaki Z800 ialah motosikal kuasa tinggi pilihan utama penunggang Malaysia, tetapi model itu sudah dihentikan pengeluaran sejak 2 tahun lalu dan digantikan dengan Z900.

Sepadan sesaran enjin 4 silinder sebaris yang dinaik taraf daripada 806cc kepada 948cc, Z900 lebih berkuasa dengan hamburan kuasa maksimum 123hp seawal ligatan 9,500rpm. Begitu juga tork, 98.6Nm pada 7,700rpm – lebih tinggi dan lebih awal daripada apa dilakukan Z800 sebelum ini. Dengan tangki bahan api sebesar 17 liter dan ergonomik sama seperti Z800, perjalanan jauh memang bukan masalah untuk penunggang Z900.

LAMAN RASMI: Kawasaki.com.my

2. SUZUKI GSX S750 (RM47,800)


Atas kertas, Kawasaki Z900 nampak seperti pilihan lebih berbaloi, tetapi tunggu dulu. Dengan nadi 4 silinder 749cc yang berupaya meledakkan kuasa setinggi 114hp @ 10,500rpm dan tork 81Nm @ 9,000rpm (angka yang sangat hampir dengan Kawasaki Z800), model ini memang sudah cukup berkuasa.

Walaupun kalah tipis dari segi kuasa, Suzuki menawarkan kawalan traksi yang tiada pada jentera Kawasaki tadi. Kepada anda yang baru berjinak-jinak dan mahukan motosikal kuasa tinggi dengan kawalan lebih meyakinkan, GSX S750 ialah pilihan sesuai untuk anda. Namun, faktor rekabentuk dan jenama Suzuki sendiri pastinya membuatkan bakal pembeli serba salah. Jadi tepuk dada, tanyalah selera.

LAMAN RASMI: SuzukiMoto.my

3. YAMAHA MT-09 Tracer (RM49,057)

Yamaha Tracer 900 - Turn Up your emotions

MT-09, streetfighter 3 silinder 900cc daripada Yamaha ini memang tidak perlukan pengenalan, lebih-lebih harga ditawarkan sekitar RM44,000 sahaja. Jadi untuk kali ini kami ingin fokuskan kepada versi sport-touring, Yamaha MT-09 Tracer atau Yamaha Tracer 900.

BACA >>> Yamaha MT-09 Tracer CKD Kini Di Malaysia – Harga Turun RM7,900

Masih dijana enjin 3 silinder 847cc, versi Tracer bukan sekadar menawarkan rekabentuk berbeza, tetapi juga lebih praktikal. Berbeza MT-09 biasa, MT-09 Tracer ditawarkan dengan pengadang angin tinggi, pelana pembonceng lebih panjang dan sokongan kotak muatan, sekali gus menjadikan model ini lebih sesuai buat mereka yang gemar menunggang jarak jauh dan pentingkan keselesaan.

LAMAN WEB: Yamaha-Motor.my

4. HONDA CBR 650F (RM44,459)

YouTube player

Jika dilihat sesaran enjin sahaja, mungkin ramai berpendapat Kawasaki Ninja 650 dengan harga ditawarkan kira-kira RM10,000 lebih masuk akal. CC sama, kenapa CBR lebih mahal?

Jawapannya, CBR 650F dikuasakan enjin 4 silinder sebaris, 649cc berkuasa 90hp pada 11,000rpm dan tork sebesar 64Nm @ 1000rpm. Masih kurang berkuasa jika dibandingkan dengan Kawasaki Z900 dan Suzuki GSX S750, tetapi inilah satu-satunya sportbike fairing kelas middleweight 4 silinder 600cc BAHARU di pasaran (ini kerana pengeluaran Yamaha XJ6 F, juga sportbike 4 silinder 600cc fairing,  sudah ditamatkan hayat).

BACA >>> Honda CBR650F, CB650F (2017) Perkenal Warna Baharu, Kini Lebih Kuasa

Penting sangatkah enjin 4 silinder? Terpulang anda. Apa yang pasti, deruman ekzos enjin ini lebih merdu berbanding enjin dwi-silinder sebaris. Dengarlah sendiri video di bawah ini:

LAMAN WEB: Boon Siew Honda Malaysia

5. SUZUKI BURGMAN 400 (RM45,000)


Ditawarkan sekitar RM45,000 atau RM38,800 selepas rebat tunai (ikut penjual), skuter maksi Suzuki ini ialah pilihan paling sesuai sebagai pengganti Myvi jika anda mahukan motosikal versi mudah dan selesa ditunggang, termasuk berkuasa tinggi dan mampu bawa banyak muatan.

Tidak dinafikan, harga begini untuk sebuah motosikal versi skuter agak mahal jika mengambil kira saingan seperti Kawasaki J300 dan Yamaha XMAX 300 yang berharga sekitar RM30,000 sahaja. Tambahan 100cc untuk Burgman 400 berbanding pesaing tadi tidak memberikan kelebihan ketara dari segi kuasa kuda, 30.5hp sahaja. Namun, dengan tork cukup kuat – 36Nm seawal 4,800rpm, skuter ini mampu memberikan daya pecutan padu, sesuai untuk meninggalkan lawan lain di lampu isyarat.

Lupakan seketika tentang kuasa, faktanya skuter maksi kelas pertengahan 400cc ke bawah dibina untuk tunggangan cemerlang dalam bandar. Jadi, pengendalian dan praktikaliti lebih utama.

BACA >>> #AutoExpo2018: Suzuki Burgman Street 125, Skuter Karburetor untuk Pasaran India

Di sini, skuter Suzuki ini nyata tidak mengecewakan. Tugas menghentikan skuter seberat 215kg ini (dengan kelajuan mencecah 150kmj) diserahkan kepada brek cakera kembar 260mm di depan (J300 dan XMAX 300 cuma cakera tunggal) berserta ciri kawalan ABS dan brek cakera tunggal 210mm di belakang. Dari segi keselesaan, selain pengadang angin tinggi yang menjadi ciri standard skuter maksi, Burgman 400 didatangkan dengan pelana boleh laras, yakni ciri premium yang jarang ada pada skuter maksi sekelas.

Masih tidak cukup yakin buat keputusan? Semak sendiri laman rasmi Suzuki Malaysia di bawah atau lawati mana-mana wakil penjual terdekat.

LAMAN WEB : SuzukiMoto.my

harga Honda CBR 650F harga kawasaki z900 harga Suzuki Burgman 400 harga Suzuki GSX S750 harga Yamaha MT-09 Tracer
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
Roda2

Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

07/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

04/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

03/04/2026
BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
Auto Terkini

BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

03/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.