Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»4-Silinder Sebaris vs V4, Mana Satu Konfigurasi Enjin Terbaik MotoGP?
Auto Terkini

4-Silinder Sebaris vs V4, Mana Satu Konfigurasi Enjin Terbaik MotoGP?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BEBERAPA tahun lalu, ada pelbagai pilihan konfigurasi enjin digunakan dalam MotoGP dan trend semasa menunjukkan banyak pengeluar mengambil keputusan untuk beralih kepada tetapan trenkuasa V4.

Jadi, mana satu susunan enjin adalah yang terbaik dalam Kejohanan MotoGP?

EVOLUSI ENJIN MOTOGP

Semasa MotoGP dilancarkan pada tahun 2002, ada beberapa pilihan konfigurasi trenkuasa untuk musim pertama GP hingga kemunculan motosikal baharu di bawah regulasi baharu Kejuaraan Dunia.

Semasa kempen pertama GP, grid perlumbaan terbahagi kepada dua kelompok konfigurasi enjin iaitu V dan silinder sebaris (in-line).

Kumpulan pertama dengan konfigurasi V merangkumi jentera:

  • Honda RC211V V5
  • Suzuki GSV-R V4 (diikuti Ducati semasa menyertai Kejohanan setahun kemudian)
  • Proton KR3 V3

Kumpulan kedua dengan trenkuasa sebaris (in-line) adalah:

  • Yamaha YZR M1
  • Kawasaki Ninja ZX-RR
  • Aprilia RS3 (3-silinder sebaris)

BACA >>> Benda BD500 (2023) dengan Enjin V4 Lancar di China

KONFIGURASI LAIN

  • Ada juga jentera lumba daripada pengeluar berbeza memilih alternatif lain seperti Blata V6 tetapi motosikal itu gagal membuat kemunculan dalam zaman pertama MotoGP semasa kapasiti enjin dihadkan kepada 990cc.
  • BMW juga ada menghasilkan model prototaip enjin 3-silinder sebaris dengan Oral Engineering untuk kelas MotoGP 800.
  • Ilmor V4 pula motosikal generasi kedua MotoGP (800 cc) tetapi gagal menyertai saingan permulaan pertama pada tahun 2007 meskipun sudah menjalani latihan beberapa ratus kilometer untuk GP Qatar.

BACA >>> Pecco Cipta 5 Rekod Lain Selepas Muncul Juara Dunia MotoGP 2022

TREND TERKINI

  • Sejarah perubahan regulasi akhirnya mendorong susunan silinder enjin kepada arah V4.
  • Ada empat daripada enam pasukan pengeluar GP menggunakan enjin V4 pada musim 2022 iaitu Honda, Ducati, Aprilia dan KTM.
  • Hanya Yamaha dan Suzuki kekal dengan pilihan 4-silinder sebaris. Suzuki sudah meninggalkan grid 2023.
  • Yamaha meneruskan penggunaan konfigurasi trenkuasa sama sejak menyertai kempen pertama GP.

TREND KEMENANGAN

Melihat rekod Kejuaraan MotoGP yang dilancarkan sejak tahun 2002, nampaknya jentera dengan konfigurasi enjin V4 dan 4-silinder sebaris masing-masing mencatat sembilan kemenangan.

Enjin V4
  • Honda muncul juara dunia tujuh kali. Tahun kemenangan 2011, 2013, 2014, 2016, 2017, 2018 dan 2019.
  • Ducati merangkul dua kemenangan iaitu tahun 2007 dan 2022.
Enjin 4-Silinder Sebaris
  • Yamaha rangkul lapan kali juara membabitkan tahun 2004, 2005, 2008, 2009, 2009, 2010, 2012, 2015 dan 2021
  • Suzuki mencatat satu kemenangan pada 2020.
Enjin V5
  • Honda menerusi konfigurasi enjin V5 mencatat tiga kemenangan title iaitu tahun 2002, 2003 dan 2006.

MANA SATU KONFIGURASI TERBAIK

Sejak pengenalan kapasiti 1,000cc pada 2012, regulasi menetapkan setiap enjin dengan had maksimum 4-silinder dan gerek maksimum 81mm. Agak sukar menyatakan mana satu konfigurasi terbaik untuk MotoGP kerana setiap satu ada kekurangannya.

Enjin V4
  • Saiz lebih kompak yang membantu pemusatan berat lebih baik dan merendahkan titik graviti.
  • Memiliki rekabentuk lebih kompleks
  • Kadar kehilangan kuasa mekanikal lebih rendah kerana aci engkol tidak memerlukan banyak komponen sokongan.
  • Memerlukan kebuk engkol lebih kecil yang membantu mengurangkan berat.
  • Menghasilkan banyak getaran
  • Jika sudut V adalah terlalu lebar, perlu menggunakan syaf imbangan (balancing shaft).
  • Menawarkan prestasi lebih baik dan lebih berkuasa, respons lebih tepat.
4-Silinder Sebaris
  • Enjin lebih lebar dan berat
  • Aci engkol lebih panjang dan memerlukan lebih banyak sokongan.
  • Lebih banyak kehilangan kuasa mekanikal dan menawarkan kuasa output lebih rendah berbanding V4.
  • Menawarkan tunggangan lebih lancar
  • Ketinggalan di belakang V4 jika membabitkan aspek kepantasan

MUSIM 2023 JADI UKURAN?

Kejuaraan GP 2023 akan menyaksikan 20 jentera lumba menggunakan enjin konfigurasi V4 di grid dan cuma dua jentera dengan enjin 4-silinder sebaris. Mampukah konfigurasi majoriti memenangi perlumbaan tahun ini? Atau jentera 4-silinder sebaris terus mempamerkan kejutan?

BACA >>> Kaliper Brembo Gaya MotoGP dengan Sirip Penyejuk untuk Motosikal Biasa Lancar Tahun Ini!
BACA >>> Senarai Pelumba Tukar Jenama Helmet Baharu untuk MotoGP 2023

SUMBER: BoxRepsol

2023 MotoGP autotainmen Kelebihan Enjin 4-silinder sebaris Kelebihan Enjin V4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.