Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»4 Lagi SUV Chery Baharu, Termasuk EV Akan Masuk Malaysia Tahun Depan!
Auto Terkini

4 Lagi SUV Chery Baharu, Termasuk EV Akan Masuk Malaysia Tahun Depan!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHERY Malaysia bercadang memperkenal empat model baharu ke pasaran tempatan membabitkan model petrol dan elektrik penuh (EV), tahun depan.

Semua model tersebut ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Chery Omoda 9, Chery Jaecoo 7, Chery Jaecoo 8 dan Chery Omoda 5 EV.

Ini menandakan semua produk Chery di Malaysia akan menumpukan segmen SUV, termasuk model EV. Chery Malaysia sebelum ini memperkenalkan Tiggo 8 dan Omoda 5 kepada pengguna tempatan.

Berdasarkan maklumat diterima, SUV EV itu akan dibawa masuk sebagai model import (CBU) dan Chery turut merancang menjadikan ia model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

Bagaimanapun, rancangan menjadikan varian EV sebagai produk CKD masih di peringkat perbincangan dengan rakan perniagaan, Inokom.

Empat model bakal diperkenalkan di Malaysia itu turut dipamerkan di persidangan Chery International User Summit 2023 di ibu pejabat Chery International di Wuhu, dalam wilayah Anhui, China.

Sebagai makluman, Chery di China memecahkan rangkaian produk kenderaan jenama itu kepada tiga subjenama selain Chery, iaitu Omoda & Jaecoo dan Exeed.

4 MODEL CHERY BAKAL MASUK MALAYSIA

1. Chery Omoda 9

  • Di China, SUV lima tempat duduk Omoda 9 dikenali sebagai Exeed RX dan dibina menggunakan platform M3X.
  • Kenderaan itu memiliki dimensi panjang 4,775mm, lebar 1,920mm dan tinggi 1,671mm. Jarak roda pula 2,800mm.
  • Belum ada kepastian tentang trenkuasa untuk pasaran Malaysia tetapi di China, Exeed RX dipacu enjin 4-silinder sebaris 2.0L dengan pengecas turbo yang menawarkan kuasa 245hp dan tork 385Nm.
  • Sistem tranmisi digunakan jenis 7-kelajuan dengan klac berkembar. Kelajuan maksimum 200kmj.
  • Ciri keselamatan membabitkan lapan beg udara, teknologi Pembrekan Kecemasan Berautonomi, skrin instrumen digital dan skrin infotainmen sesentuh 12.3 inci.
2. Chery Jaecoo 7

  • Model SUV yang tampil dengan imej lebih matang dan rugged untuk menyerlahkan sifat lasaknya.
  • Lampu utama nampak tirus dengan paparan pencahayaan unik. Jenama Jaecoo terpampang ditengah-tengah gril bersaiz besar.
  • SUV itu menggunakan enjin petrol 4-silinder sebaris 1.6 liter dengan pengecas turbo, menawarkan kuasa 183hp dan tork 275Nm.
  • Kenderaan pacuan roda depan itu dilengkapi trenkuasa 7-kelajuan klac berkembar. Kelajuan maksimum beza 10km berbanding Omoda 9.
  • Kapasiti tempat duduk juga untuk lima orang dan Jaecoo 7 memiliki dimensi panjang 4,500mm, lebar 1,865mm dan tinggi 1,680mm. Jarak rodanya ialah 2,605mm.
3. Chery Jaecoo 8

  • Jaecoo 8 yang dibangunkan menggunakan platform T1X Chery pula adalah lebih besar berbanding Omoda 9 dan juga dirujuk sebagai Tiggo 9 di China.
  • Konfigurasi tempat duduknya adalah dua baris dan tiga baris.
  • Enjin petrol digunakan jenis 4-silinder sebaris 2.0L Turbo dengan tawaran kuasa 245hp dan tork 385Nm beserta padanan transmisi 7-kelajuan klac berkembar.
  • SUV pacuan roda depan itu mampu mencapai kelajuan maksimum sama seperti Omoda 9 iaitu 200kmj.
  • Model Jaecoo 8 memiliki ukuran dimensi panjang 4,815mm, lebar 1,924mm, tinggi 1,710mm dan ukuran jarak roda 2,800mm.
4. Chery Omoda 5 EV

  • Omoda 5 EV dijangka tiba di Malaysia menjelang April 2024 dan merupakan varian elektrik penuh. Model itu memiliki rekabentuk hampir sama dengan Omoda 5 petrol dengan sedikit perbezaan.
  • Ini jelas jika dilihat pada wajah hadapan yang menyaksikan penggunaan ruangan grill jenis tertutup kerana SUV itu tidak memerlukan bantuan udara untuk penyejukan trenkuasa.
  • Unit motor elektrik menawarkan kuasa 201hp (150kW) dan tork 340Nm. Pek baterinya 61kWh. SUV seberat 1,710kg itu boleh mencapai kelajuan 100kmj dalam tempoh 7.8 saat.
  • Jarak pemanduan maksimum dikatakan 450km. Pengecasan pantas (DC) mengambil masa 35 minit untuk memenuhi kapasiti bateri sebanyak 80 peratus.
Jaecoo 7
Jaecoo 8 AWD
Auto Terkini Chery Chery Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.