Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»32 Asas Terminologi Kereta yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

32 Asas Terminologi Kereta yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman20/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TANPA pengetahuan asas terminologi kereta, anda tentu sukar memahami apa yang tertulis dalam brosur iklan sesebuah kenderaan, termasuk keliru dengan status laporan dikeluarkan mekanik. Definisi di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami terminologi asas tentang kereta supaya tidaklah anda sentiasa melopong setiap kali mekanik menyenaraikan kerosakan-kerosakan yang perlu dibaiki.

1. ABS

Singkatan kepada anti-lock braking system (sistem brek antikunci), ABS ialah teknologi pembrekan yang menghalang roda kereta daripada terkunci apabila membrek kecemasan

2. AIRCON | PENYAMAN UDARA

Sistem penyejukan yang muncul pada kereta-kereta 1970-an. Juga dikenali dengan singkatan AC, penyaman udara menggunakan bahan penyejuk dan kompresor untuk merendahkan suhu di dalam kenderaan untuk menjadi pemanduan lebih selesa.

3. AIRBAG | BEG UDARA

Ciri keselamatan yang terdiri daripada kusyen berisi udara yang akan terbuka pantas apabila berlaku kemalangan bagi menghalang kecederaan ke atas pemandu dan penumpang.

4. AIR FILTER | PENAPIS UDARA

Penapis yang diperbuat daripada fabrik atau kertas yang menghalang kotoran, habuk, debu dan serpihan bendasing daripada memasukan enjin.

5. DISC / DRUM BRAKE | BREK CAKERA / DRAM

Sistem ini berfungsi menghentikan kenderaan anda. Brek cakera menggunakan kaliper untuk mengenakan tekanan ke atas cakera logam yang dipanggil rotor brek. Brek dram pula terdiri daripada kombinasi dram logam dan kasut brek.

6. CASIS – CHASSIS

Kerangka atau frem bagi kenderaan dan bahagian-bahagian mekanikal yang bersambung, termasuk trenkuasa dan suspensi.

7. KAWALAN IKLIM – CLIMATE CONTROL

Merujuk kepada pemanas, penyaman udara dan mekanisma nyahfros dalam kereta. Sesetengah kenderaan memiliki sistem termaju yang dapat dilaraskan bersesuaian dengan suhu luar yang dikesan.

8. PENYEJUK – COOLANT

Juga dipanggil antibeku, iaitu kombinasi etilena glikol (ethylene glycol) dan air bagi melindungi sistem kawalan iklim dengan menyuraikan lebihan haba dan menghalang alat ganti daripada membeku.

9. CYLINDER | SILINDER

Salah satu daripada empat, enam atau lapan rongga dalam blok enjin di mana piston berada dan proses pembakaran berlaku.

10. KEBOLEHPEMANDUAN | DRIVABILITY

Tentang berapa lancar sesebuah kenderaan itu memecut dan melahu. Ini termasuk bagaimana sesebuah kereta dipandu atau dihidupkan dalam suhu berbeza dan menyesuaikan diri dengan pelbagai kondisi pemanduan.

11. DRIVE RANGE | JARAK PANDU

Satu terma yang merujuk kepada berapa jauh sesebuah kenderaan elektrik boleh dipandu sebelum bateri perlu dicaj semula.

12. DRIVETRAIN | TRENPACU

Semua alat ganti kereta yang bekerja bersama untuk menghasilkan gerakan, termasuk transmisi, enjin, dan aci (shaft) bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD) atau belakang (RWD).

13. EMISSION | EMISI

Penilaian mengenai berapa banyak bahan cemar kereta yang dilepaskan mengikut piawaian EPA. Emisi gas-gas biasa mesti tidak melebihi paras maksimum ditetapkan EPA

14. ENGINE DISPLACEMENT | SESARAN ENJIN

Sebelum ini ditentukan mengikut ukuran inci padu (cubis inches), tetapi kini menggunakan ukuran liter. Sesaran menjelaskan mengenai isipadu pembakaran dalam dalaman enjin.

15. FUEL ECONOMY | EKONOMI BAHAN API

Menjelaskan mengenai berapa jauh sesebuah kenderaan boleh bergerak menggunakan amaun petrol tertentu. Kebiasaannya ditentukan menerusi kilomter per liter atau batu per gelen bagi pemanduan bandar dan lebuh raya.

16. FUEL INJECTION | SUNTIKAN BAHAN API

Sistem yang memantau berapa banyak bahan api diperlukan enjin dan menggunakan injektor untuk menghantar enapan bahan api bertekanan tinggi menerusi nozel.

17. GEARBOX | KOTAK GEAR

Sistem gigi gear yang mengawal penganjak manual dan automatik dalam kenderaan. Gerakan setiap gigi gear akan mempengaruhi pergerakaan kereta.

18. GPS

Sistem navigasi digital yang dimuatkan dalam banyak kenderaan moden dengan menggunakan lokasi terkini anda untuk memberikan haluan terbaik menuju destinasi pilihan.

19. HANDLING | PENGENDALIAN

Cara bagaimana sesebuah kenderaan dipandu sama ada atas jalan raya lurus, berliku dan pelbagai rupa bumi

20. HORSE POWER | KUASA KUDA (hp)

Unit ukuran merujuk kepada 550 kaki-paun per saat yang digunakan untuk menjelaskan kuasa enjin kenderaan. Nombor tinggi bermakna lebih kuasa dihasilkan dan kemampuan mendesak kenderaan kepada kelajuan terpantas.

21. IGNITION SYSTEM | SISTEM PENCUCUHAN

Sistem yang menghasilkan dan mengawal pemasaan percikan yang diperlukan untuk memulakan pembakaran bahan api dalam enjin.

22. JUMP START | PEMULA LOMPATAN

Prosedur kecemasan yang digunakan untuk menghidupkan kenderaan yang mengalami masalah bateri mati. Kabel pelompat akan disambungkan dari kenderaan normal kepada kenderaan yang kehabisan bateri.

23. KEYLESS ENTRY | MASUKAN TANPA KUNCI / ENTRI TANPA KUNCI

Sistem masukan moden yang membuka kunci menggunakan alat kawalan jauh dikuasakan bateri atau rantai kunci berbanding memasukkan kunci secara fizikal ke dalam lubang kunci.

24. OIL ENGINE | MINYAK ENJIN / MINYAK HITAM

Bendalir yang digunakan untuk mengurangkan hasu dan lusuh pada alat ganti bergerak dalam enjin, menghalang panas lampau dan melambatkan proses kakisan.

25. POWERTRAIN | TRENKUASA

Juga dipanggil trenpacu atau drivetrain, iaitu sistem yang terdiri daripada kombinasi enjin dan transmisi, serta dilindungi waranti pengeluar bagi kereta baharu.

26. PSI

Singkatan daripada pounds per square inch, iaitu unit ukuran tekanan yang kerap digunakan untuk mengepam tayar dengan betul.

27. SERVICE BOOK | BUKU SERVIS

Buku rekod yang digunakan untuk mencatatkan jadual senggara kenderaan. Buku ini diperlukan sebagai syarat sah waranti dan mampu meningkatkan nilai jual semula kereta terpakai.

28. SUPERCHARGER | PENGECAS LAMPAU / SUPERCAS

Sejenis kompresor yang menghantar lebih udara ke dalam enjin bagi meningkatkan kuasa, tetapi mengurangkan kecekapan bahan api.

28. TIRE PRESSURE | TEKANAN TAYAR

Menjelaskan mengenai berapa banyak udara dalam tayar. Diukur menerusi unit psi (pounds per square inch) dan kPa (kilopascal). Sesetengah kereta memiliki sistem pemantauan yang akan memaklumkan kepada anda mengenai tekanan rendah pada tayar.

29. TRACTION CONTROL | KAWALAN TRAKSI (TRC)

Ciri keselamatan yang meminimmkan pusingan roda dan memastikan traksi yang baik antara tayar dan permukaan jalan apabila kenderaan memecut.

30. TRANSMISSION | TRANSMISI

Sistem dalaman yang mengawal kuasa daripada enjin dan menterjemahkannya kepada gerakan menerusi mekanisma anjakan manual atau automatik.

31. TURBOCHARGER | PENGECAS TURBO

Sejenis peranti yang berfungsi meningkatkan kuasa kenderaan dengan bantuan turbin yang dipacu ekzos.

32. VIN

Nombor unik yang dikenali sebagai nombor pengenalan kenderaan (vehicle identification number) yang menjadikan setiap unit kenderaan berbeza. Digit dalam nombor menjelaskan pelbagai aspek dalam kenderaan.

asas terminologi kereta autotainment fahami terminologi kereta Roda4 terminologi kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Urban Automotive perkenal dua projek besar Land Rover Defender
Bikin Auto

#BikinAuto: Urban Automotive Rai Ulang Tahun ke-10 dengan Dua Projek Besar Land Rover Defender

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.