Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»3 Podium Milik R Engineering HMRT Pada Pusingan 3 MCS 2021
Auto Terkini

3 Podium Milik R Engineering HMRT Pada Pusingan 3 MCS 2021

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

R Engineering HMRT berjaya mengekalkan rekod pencapaian dengan kemenangan tiga podium pada Pusingan 3 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2021 meskipun berdepan cabaran hujan lebat sejak perlumbaan bermula.

Tiga podium itu ialah Touring Production (TP), Stock Production 1 (SP1) dan Stock Production 2 (SP2). Perlumbaan 2 dalam Pusingan 3 itu berlangsung pada Rabu lalu (15 Disember 2021) di Litar Sepang.

BACA >>> Siapa Juara? Pusingan Akhir MCS 2021 di Sepang pada Rabu, Khamis Ini! Masuk Percuma!

Berikut ialah kejayaan R Engineering HMRT dalam Pusingan 2:

  • TP: Alif Hamdan dan Lai Wee Sing (Johan)
  • SP1: Chiow Teck Song (Naib johan)
  • SP2: Putera Adam (Naib johan)

Pemenang TP Pusingan 1-3 menyifatkan diri mereka cukup bertuah untuk menjuarai perlumbaan dan menyifatkan ia sebahagian daripada program penyelidikan dan pembangunan untuk persiapan jentera lumba tahun depan. 

“Semuanya berjalan lancar. Kami bersedia untuk saingan perlumbaan (Pusingan 4) 300KM (Khamis, 26 Disember 2021).”

Teck Song mengakui Perlumbaan 2 amat mencabar disebabkan cuaca hujan hingga menyukarkan pemanduannya.

“Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Terima kasih kepada anggota pasukan dan pihak penaja.”

Putera Adam yang memandu jentera Honda Jazz dalam SP2 memuji pasukannya kerana melakukan tugas cemerlang untuk membantunya dalam saingan kelmarin.

Malaysian Touring Car (MTC)

Tedco Racing mengungguli Perlumbaan 2 dengan dominasi 1-2 dalam kategori MTC.  Leona Chin dan rakan, Akina Teo muncul juara manakala Foo Yung Cheah dan Mark Darwin menamatkan saingan di tempat kedua.

Ratu drif negara mengakui berasa kurang sihat dengan kebanyakan sesi pemanduan disempurnakan Akina. 

“Dia menjalankan tugas terbaik. Kereta kami ada masalah semasa Perlumbaan 1. Semasa Perlumbaan 2, kami dapat atasinya dan merapatkan jurang sekali gus memenangi P1,” – Leona.

Mark dan Yung Cheah menyatakan perlumbaan agak mencabar disebabkan hujan lebat apabila ketinggala di belakang pada beberapa lap awal perlumbaan sebelum mengakhiri saingan MTC di tempat kedua.

Akina Teo Alif Hamdan Chiow Teck Song Foo Yung Cheah Lai Wee Sing Leona Chin Malaysian Touring Car (MTC) 2021 Mark Darwin Putera Adam R Engineering HMRT Tedco Racing
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.