Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Siapa Juara? Pusingan Akhir MCS 2021 di Sepang pada Rabu, Khamis Ini! Masuk Percuma!
Auto Terkini

Siapa Juara? Pusingan Akhir MCS 2021 di Sepang pada Rabu, Khamis Ini! Masuk Percuma!

FarahBy Farah13/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIRI Kejuaraan Malaysia (MCS) 2021 sudah pun hampir ke penghujung.

Pelumba dan pasukan masing-masing kini bersedia mempamerkan prestasi terbaik bagi membuktikan kemampuan masing-masing dalam aksi Pusingan 3 dan 4 yang dijadualkan berlangsung dua hari bermula 15 hingga 16 Disember ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pusingan MCS 2021 minggu ini adalah aksi terakhir sukan perlumbaan empat roda yang akan menamatkan kalendar Kejuaraan Kebangsaan untuk tahun ini.

Sebagai makluman, Perlumbaan 1 dan 2 dalam Pusingan 3 pada Rabu nanti memerlukan pelumba beraksi sebanyak 22 pusingan. Perlumbaan 1 akan bermula jam 10.30-11.35 pagi, manakala Perlumbaan 2 pula berlangsung pada 3.30-4.35 petang.

Kehangatan perlumbaan diteruskan keesokan hari (Khamis) pada Pusingan 4 bermula jam 11.15 pagi-1.45 petang yang bakal menguji skil pelumba berentap atas trek sepanjang 5.543km di litar ikonik tersebut bagi menyempurnakan keseluruhan jarak 300km, bersamaan 54 pusingan.

Mengimbas semula Pusingan 2 lalu, Alif Hamdan dan Lai Wee Sing daripada pasukan R Engineering HMRT menjadi juara tanpa kalah kerana menjadi peserta tunggal dalam kategori Touring (T) Production.

Ratu drift negara, Leona Chin daripada pasukan Tedco Racing mendahului carta dalam kategori Malaysian Touring Car (MTC). Tempat kedua pula menjadi milik Muhammad Roni Risman dan rakan pasukan Shaifulnizam (Dori’s Racing), manakala Natasha Seatter dan Nurul Husna (Niza Racing), ketiga.

Dalam kategori Stock Production 1 (SP1), pasukan Empire M Racing yang diwakili Shazull Hisham dan Mohd Syahrizan dinobatkan sebagai juara. Ken Urata (Rworks) mendapat tempat kedua dan Cgiow Teck Song (R Engineering HMRT), ketiga.

Bagi kategori Stock Production 2 (SP2) yang terdiri daripada  jentera bawah 1,600cc, pasangan lumba Hayden Haikal dan Adam Khalid yang memandu Honda Fit GK5 menang bergaya di tempat pertama. Podium kedua diraih Putera Adam (R Engineering HMRT), manakala Eddie Kew Kar Wai dan William Ho (Tedco Racing), ketiga.

MCS 2021 ialah perlumbaan anjuran SIC yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dibenarkan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).

Tiket masuk menyaksikan perlumbaan MCS 2021 yang berlangsung di Grandstand Utama SIC adalah PERCUMA. Syarat masuk, penonton perlu lengkap divaksin dan berumur 18 tahun ke atas. Perlumbaan juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman Facebook SIC.

BACA >>> Pasukan Leona Chin Ungguli Carta Pertama Lumba Enduran Sepang 1000KM (S1K)
BACA >>> Naza Italia Bawa Pelanggan Masuk Dalam Dunia Ferrari Di Acara Tertutup
BACA >>> Suara Leona Chin Kini di Aplikasi Waze

ENDURANCE Leona Chin Litar Sepang MCS2021 perlawanan lumba kereta perlumbaan kereta
Farah

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.