Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»3.8 Juta Kenderaan Atas Lebuh Raya Sepanjang Cuti Tahun Baru Cina
Auto Terkini

3.8 Juta Kenderaan Atas Lebuh Raya Sepanjang Cuti Tahun Baru Cina

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KIRA-KIRA 3.8 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya seluruh negara sepanjang musim cuti perayaan Tahun Baru Cina yang akan bermula hujung minggu ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sudah mengambil inisiatif memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna berada pada tahap tertinggi sepanjang tempoh itu.

BACA >>> Menteri: PLUS Tambah 12 Lorong RFID Menjelang April Ini
BACA >>> Lorong RFID Sesak, Kerajaan Akan Bincang dengan Semua Pihak Terlibat

Logo PDRM
Logo JPJ

Ini termasuk mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Selamat yang sudah bermula Jumaat lalu, dan Op Bersepadu yang akan dilancarkan esok bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Alexander berkata;

Pengoperasian LLM dan syarikat konsesi akan dipertingkat kepada 24 jam dengan menambah kakitangan bertugas melibatkan anggota peronda, petugas di plaza tol, anggota RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) dan anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).

“Kita juga akan pastikan sistem kutipan tol berfungsi sebaiknya selain menambah lorong bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol.”

Menurutnya, jentera kembalik (foto atas) turut disediakan di beberapa lokasi terpilih untuk membantu pengguna lebuh raya jika berlaku sebarang kemalangan.

Semua syarikat konsesi lebuh raya juga akan menghentikan kerja pembinaan dan penyenggaraan melibatkan penutupan lorong bermula Jumaat ini hingga Rabu depan untuk mengelak gangguan aliran trafik.

Beliau berkata;

Kementerian Kerja Raya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam menjayakan kempen keselamatan jalan raya yang akan dilancarkan esok.”

Ada 4,379 korban nahas jalan raya direkodkan seluruh negara sepanjang Januari hingga September 2022 melibatkan 402,626 kes kemalangan.

Statistik itu mencatat peningkatan 36 peratus atau 147,094 kes kemalangan berbanding tempoh sama pada 2021.

BACA >>> Ikon Rali Ken Block Maut Kemalangan Kereta Salji
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Skuter Lebih Mudah Terbabas, Kemalangan Jika Turun Bukit?

SUMBER: Bernama

autoterkini CNY Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) Tahun Baru Cina Trafik sesak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.