Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018MotoGP: Juara Milik Crutchlow, Marquez Jahat dan Hafizh Menyinar di Argentina
Auto Terkini

#2018MotoGP: Juara Milik Crutchlow, Marquez Jahat dan Hafizh Menyinar di Argentina

Han OthmanBy Han Othman09/04/20186 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAINGAN pusingan kedua MotoGP 2018 di Litar Termas de Rio Hondo nyata dramatik dengan pelbagai insiden mendebarkan. Pelumba LCR Honda Castrol, Cal Crutchlow berjaya merebut kejuaraan GP Argentina meskipun disaingi sengit Johann Zarco daripada pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Hampir tiga perempat perlumbaan menyaksikan aksi potong memotong antara Jack Miller (Alma Pramac Ducati) dan Alex Rins (Suzuki Ecstar) dengan diekori rapat Zarco dan Crutchlow. Bagaimanapun, masuk pusingan ke-16, kesilapan Rins membuatkan dia tercicir di tempat ke-4, manakala Miller pula tergelincir ketika mengambil selekoh pada lap ke- 18 (lagi 6 lap).

Aksi selepas itu bertukar dengan menyaksikan perebutan tempat pertama antara Crutchlow dan Zarco sebelum kemenangan dimuktamadkan pelumba LCR Honda Castrol itu.

MARQUEZ TIDAK SABAR


Adinda Marc Marquez sebenarnya dikenakan penalti pada lap ke-6 kerana tiba-tiba beraksi pelik di petak mula. Dia bagaimanapun masih mampu bangkit mengejar hingga akhirnya berada di belakang kekanda Valentino Rossi pada lap ke-20 yang ketika itu sedang berada di posisi ke-6.

Namun, sudah resam anak muda yang tidak reti mahu bersabar dan gopoh, adinda Marquez cuba bermain kasar hingga menyebabkan kekanda Rossi terjatuh di sudut rumput. Rossi yang tergolek terus saja bangkit dan mengacukan tangan ke atas yang kelihatan begitu marah dengan perangai ditunjukkan Marquez.

Sudahnya, adinda Marquez sekali lagi dikenakan penalti (30 saat) dan terpaksa menamatkan saingan di tempat ke-18, di atas Rossi (19). Usai perlumbaan, Marquez cuba memasuki kem Rossi untuk memohon maaf kepada veteran itu, tetapi diherdik pasukan Yamaha dan disuruh balik kampung saja. Kelibat Rossi pula  tidak kelihatan dan mungkin pelumba hebat itu sedang berteleku menenangkan jiwa di bilik persalinan.

HAFIZH SEMAKIN MENYINAR

Sementara itu, pelumba harapan negara, Hafizh Syahrin betul-betul mengagumkan. Bayangkan dia bermula di petak ke-23 dan mula meninggal satu-persatu pelumba di depan hingga pada suatu ketika berada di belakang Rossi di tempat ke-9 dan kekal lama di kedudukan ke-10 hampir separuh pusingan. Terima kasih atas kedegilan Marquez yang membantu melonjakkan Pescao ke kedudukan ke-9 dan pada masa sama membawa naik Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) ke posisi ke-10 yang ketika itu sedang bergelut mengekalkan kedudukannya.

Malah, mata dikutip Hafizh dan Zarco membantu melonjakkan pasukan Yamaha Tech di kedudukan teratas dalam kategori Pembina (Constructor). Tahniah Pescao!

2018 MotoGP Argentina GP Cal Crutch Cal Crutchlow GP Argentina MotoGP 2018
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

25/04/2026
Auto Terkini

Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule – 630 Unit Sahaja Untuk Dunia!

26/04/2026
Auto Terkini

Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

24/04/2026
Auto Terkini

Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

23/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.