Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018MotoGP: Keputusan GP Argentina Dijangka Dramatik, Siapa Juara Trek Basah?
Auto Terkini

#2018MotoGP: Keputusan GP Argentina Dijangka Dramatik, Siapa Juara Trek Basah?

AryonBy Aryon08/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENTERA Honda menguasai ujian latihan bebas GP Argentina menjelang final kejuaraan MotoGP 2018 di litar Termas de Rio Hondo di Argentina hari ini apabila merebut tiga petak utama teratas. Namun ujian kelayakan yang menyusul selepas itu menunjukkan keputusan dramatik yang mengejutkan pemerhati.

Dalam dua keputusan ujian latihan bebas, juara bertahan, Marc Marquez (Repsol Honda Team) menguasai petak pertama dengan catatan masa 1’39.395, iaitu 0.404 saat di atas Cal Crutchlow (LCR Honda Castrol) dan rakan sepasukan Dani Pedrosa yang menjuarai ujian kelayakan pertama (Q1).

KEPUTUSAN LATIHAN BEBAS

BACA >>> Inilah 11 Sebab Kenapa Anda Mesti Layan MotoGP 2018

Kekanda MotoGP, Valentino Rossi sekadar menduduki tempat ke-7, di bawah Tito Rabat (4), Andrea Iannone (5) dan Maverick Vinales (6).  Sementara itu, pelumba harapan negara, Hafizh Syahrin pula kali ini bakal bermula di petak ke-17, manakala rakan sepasukan, Johann Zarco di tempat ke-9.

Pada masa sama, pasukan Ducati bermula buruk kali ini, apabila semua tiga pelumba jentera GP18 bergelut mencatatkan keputusan terbaik. Nampaknya trek basah tidak bebegi serasi dengan Ducati. Pelumba Alma Pramac, Danilo Petrucci sekadar berada di tempat ke-14, yang juga pelumba Ducati paling pantas di Argentina.

Juara GP Qatar 2018, Andrea Dovizioso tercampak ke petak 15, cuma dua tangga di atas Hafizh, manakala Jorge Lorenzo setangga di bawah, tempat ke-16.

KEDUDUKAN GRID FINAL GP ARGENTINA 2018 (KEMAS KINI)

Bagaimanapun, saingan ujian kelayakan dalam trek basah menyaksikan perubahan dramatik terhadap keputusan kelas premier MotoGP 2018 di Argentina. Jadual di bawah ialah kedudukan akhir semua pelumba menjelang pusingan final GP Argentina 2018 apabila Jack Miller (Alma Pramac Racing) berjaya merebut petak pertama apabila nekad berlumba dengan tayar slik dalam ujian kelayakan. Perlumba Australia itu diikuti Dani Pedrosa (2) dan Johann Zarco (3), serta disusuli Tito Rabat (4) dan Alex Rins (5). Juara bertahan, Marquez, juga naib juara GP Qatar, bermula di kedudukan ke-6, manakala veteran, Rossi tergelincir di kedudukan ke-11.

Hafizh, yang juga antara rookie MotoGP, terpaksa bermula sukar di petak ke-23. Memang sukar membuat ramalan di GP Argentina dan masing-masing pelumba dalam kelompok 10 teratas berpotensi menjejak podium. Paling utama, mampukah Pescao mengutip mata malam ini?

SUMBER: MotoGP.com


MOTO2

Penunggang Sepanyol, Xavi Vierge akan bermula di kedudukan utama menjelang debut Moto2 pada GP Argentina nanti. Pelumba pasukan Dynavolt Intact GP itu bakal berentap dengan seteru dari Itali, Lorenzo Baldassarri (2) dan pelumba Britain, Danny Kent (3), yang juga bekas juara Moto3.

Bagaimanapun, pelumba negara, Khairul Idham Pawi terpaksa berpuas hati di tempat ke-27, manakala rakannya Zulfahmi Khairuddin sekadar di tangga 31 daripada 32 pelumba. Sandaran pastinya terletak kepada Khairul Idham jika mengambil kira cuaca hujan dan trek basah yang bakal dilalui memandangkan rata-rata pelumba negara seakan mendapat tonik tambahan apabila berlumba dalam situasi cuaca sebegitu.

Apapun, segalanya akan ditentukan pada sesi final beberapa jam lagi.


MOTO3

Pelumba Itali, Tony Arbolino bakal menjadi pelumba petak pertama dalam saingan final Moto3 dalam GP Argentina walaupun berlumba dalam trek basah. Menyusul di belakang Arbolino ialah Marco Bezzecchi dan pelumba tempatan, Gabriel Rodrigo.

Menariknya, pelumba Malaysia, Adam Norrodin menggunakan pengalaman yang ada untuk merebut kedudukan ke-4, juga catatan masa kelayakan terbaik peribadi. Mampukah Adam melakukan sesuatu yang mengejutkan pada final nanti?

2018 MotoGP Argentina GP Argentina 2018 Hafizh Syahrin Marc Marquez MotoGP MotoGP 2018 Termas de Rio Hondo
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.