Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018ArgentinaGP: Kenapa Miller Bermula Seorang Diri di Grid Depan?
Auto Terkini

#2018ArgentinaGP: Kenapa Miller Bermula Seorang Diri di Grid Depan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HUJAN renyai setengah jam sebelum perlumbaan Grand Prix (GP) Argentina pada Ahad lalu pasti diingati sebagai permulaan grid terpelik dalam sejarah Kejuaraan MotoGP.

Tindakan berani pelumba Australia, Jack Miller daripada Alma Pramac Team memilih tayar kering atau slick ketika berlumba dalam ujian kelayakan Sabtu lalu nyata membuahkan hasil apabila merebut petak pertama dalam aksi final keesokan hari. Malah Miller ialah  satu-satunya pelumba yang menggunakan jenis tayar itu. 

Selepas 23 pelumba lain sedar mereka tersilap memilih tayar untuk bermula di grid, segalanya sudah terlambat dan semua pasukan terpaksa memasuki lorong pit (pit lane), sekali gus meninggalkan Miller keseorangan jauh ke depan di kedudukan pertama.

Menurut peraturan MotoGP:

“Setiap penyelarasan perlu selesai sebelum papan 3-minit dipaparkan. Selepas papan ini dipaparkan, pelumba yang masih mahu melakukan penyelarasan mesti membawa jentera ke lorong pit.”

“Pelumba yang terlibat akan memulakan lap pemanasan (warm-up lap) dari lorong pit dan akan memulakan perlumbaan dari belakang grid.”

Ini bermakna semua pelumba lain kecuali Miller terpaksa memulakan perlumbaan dari belakang petak mula sebenar. Pelumba hanya akan mula bermula dari belakang lorong pit jika mereka terlewat ketika lap pemanasan, seperti pernah berlaku di litar Sachsenring (GP Jerman) pada 2014.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Rahsia di Sebalik Nombor Pelumba MotoGP?

Namun, sedikit kekeliruan berlaku ketika mengaturkan grid baharu (di belakang grid sebenar), dan perlumbaan terpaksa ditangguh bagi membolehkan krew menempatkan kedudukan baharu 23 pelumba di belakang Miller. Masing-masing perlu disusun mengikut kedudukan normal yang diperoleh ketika ujian kelayakan, bezanya jauh di petak belakang.

Kelebihan diperoleh Miller itu nyata membuka peluang terbaik dalam karier perlumbaan pelumba itu.

RAMALAN BENAR BELAKA

Menurut Miller, dia dapat lihat hujan sudah berenti dan trek pula masih kering, manakala angin membawa pergi awan dan hujan. Jadi, dia dan pasukan bertaruh nasib dan berharap ia berbaloi. Namun, segalanya tidak seperti diharapkan dan dia patut menerima situasi tersebut.

“Ia berlaku seperti dijangka. Aku rasa kami buat perkara yang betul, dan kami tidak boleh cakap yang orang lain buat perkara salah. Tetapi aku rasa pelik duduk seorang diri di grid yang sepatutnya ada 24 motor lain dan tiada sesiapa pun di sana.”

BACA >>> #2018MotoGP: Juara Milik Crutchlow, Marquez Jahat dan Hafizh Menyinar di Argentina

“Penganjur sudah buat sebaik yang boleh di bawah tekanan besar. Kemudian, hujan turun semula, dan aku cuma terfikir, ini boleh jadi satu lagi mimpi ngeri. Dan kemudian motor Marc (Marquez) berhenti di grid, dan huru-hara pun berlaku di mana-mana.”

“Aku cuba kekalkan emosi supaya terkawal dan jadi sematang yang boleh, yang mana kadangkala itu bukan kekuatan aku. Adakah kami berlumba, adakah kami tidak berlumba? Aku mampu kekal tenang dan cuma fokus. Jadi, aku gembira,” kata Miller

Apabila ditanya apakah yang dia lakukan untuk kekal tenang dalam litar? Jawab Miller;

“Aku banyak menyumpah!”

Dalam aksi GP Argentina minggu lalu, Miller berjaya mendahului lap pembukaan sebelum dipintas Marquez, yang kemudian dirampas kembali selepas pelumba nakal itu diarahkan masuk lorong pit berikutan hukumnan ‘ride through penalty’ pada lap ke-7.

BACA >>> #2018ArgentinaGP: Kenapa Marquez Kena ‘Ride Through Penalty’?

Miller, yang pernah menjuarai perlumbaan dalam trek basah di Assen, Belanda pada 2016, berjaya mengekalkan posisi pertama hingga lap ke-16, tetapi gagal mengatasi 3 pesaing di belakang selepas diasak pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins. Walaupun dapat merampas kembali kedudukan daripada Rins, Miller sekali lagi hilang tempat pertama pada lap ke-18 dan terus berada di belakang kelompok depan di kedudukan ke-4 hingga tamat perlumbaan.

Pelumba baharu daripada Pramac Ducati Team itu berada di belakang juara GP Argentina, Cal Crutchlow sejauh 4.3 saat dan 2 saat di belakang pelumba ketiga, Rins.

SUMBER: Crash

2018 Argentina GP 2018 MotoGP Alma Pramac Team GP Argentina 2018 Jack Miller MotoGP MotoGP 2018 Race Direction Rude Through Penalty
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.