Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»19 Fakta Pantas: BMW M8 Coupé, M8 Gran Coupé Kini di Malaysia, Harga Mula RM1.4j
Roda4

19 Fakta Pantas: BMW M8 Coupé, M8 Gran Coupé Kini di Malaysia, Harga Mula RM1.4j

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Malaysia rasmi memperkenalkan BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé di bawah barisan model prestasi tinggi untuk pasaran Malaysia.

M dalam famili BMW Group ialah tanda nama yang melambangkan jentera prestasi tinggi yang lahir daripada jiwa sukan permotoran tulen. Berikut beberapa fakta pantas yang perlu anda tahu tentang dua model coupe BMW ini:

M8 Coupe
M8 Gran Coupe

1. BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé dijana enjin V8 4.4L M TwinPower Turbo  dengan rev tinggi yang dibikin semula untuk meledakkan kuasa 600hp dan tork 750Nm @ 1,800-5,600rpm, sekali gus menjadikan dua model ini paling berkuasa dihasilkan BMW M.

2. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 3.3 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj. Hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi M Steptronic 8-kelajuan dengan Drivelogic. Butang D membolehkan pemandu memilih tiga mod Drivelogic berbeza yang diaktifkan menerusi butang rocker pada tuil gear baharu.

Enjin M8 Coupe
Enjin M8 Gran Coupe

3. Kecekapan bahan api atas kertas ialah 10.4 liter per 100km untuk BMW M8 Coupé, dan 10.7 liter per 100km untuk BMW M8 Gran Coupé. Pemandu diberikan tiga mod pemanduan EFFICIENT, SPORT dan  SPORT PLUS yang akan mengubah respons enjin, pedal minyak dan bunyi ekzos mengikut pilihan mod.

4. Punat Kawalan Bunyi sebelah tuil gear membolehkan pemandu menetapkan bunyi kereta mengikut cita rasa peribadi pada tahap selesa hingga tahap tertinggi. Dinamik pemanduan menerusi sistem pacuan semua roda (AWD)  M xDrive menyumbang kepada kestabilan dan daya kilas mantap.

5. Bias roda belakang membuatkan coupe ini sesuai untuk pemanduan dinamik ekstrem dan fleksibel. Pisahan tork variabel penuh (fully variable torque split) daripada sistem AWD membuatkan kereta ini mudah dikendalikan sepanjang masa. Pemandu juga boleh mengadaptasi agihan kuasa M xDrive mengikut pilihan peribadi bermula tetapan asal 4WD hingga mod 4WD Sport, dan dengan butang Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dimatikan dan mod 2WD untuk operasi pacuan roda belakang (RWD) sahaja bagi pemanduan trek.

6. Diferensial Active M pada kedua-dua model berfungsi menguruskan agihan kuasa mengikut situasi roda belakang bagi mengoptimumkan traksi dan arah kestabilan.  Pemandu juga boleh mengeset tetapan dinamik sendiri menggunakan butang COMFORT, SPORT dan SPORT+ untuk mempengaruhi enjin dan juga Kawalan Damper Variabel (VDC) M-specific dan stereng M Servotronic.

7. Dipasangkan sistem brek bersepadu M-spesific yang menggabungkan pengaktifan brek, brek buster dan fungsi kawalan brek dalam modul kompak. Tekanan brek diperlukan ditetapkan aktuator elektrik bagi mengoptimumkan dinamik pembrekan dan fiil pedal, termasuk ketepatan dan kepantasan ambil alih DSC. Juga dibekalkan brek M Compound yang lebih ringan dengan kaliper biru sebagai standard.

BACA>>>#TahukahAnda: Tentang Sistem Mula-Henti (Start-Stop) yang Perlu Anda Tahu

8. Tampil dengan bahasa rekabentuk 8 Series baharu dengan garis badan maskular menerusi apron depan khas M dan gril signatur  ginjal @ kidney dengan jejaring M, bilah kembar dan lencana M8. BMW Laserlights langsing dengan ciri bantuan lampu tinggi (AHB) kini diposisikan sedikit ke atas berbanding gril ‘kidney‘ dan mengunjur ke lantai untuk mendapatkan profil rendah.

9. Selain itu, luaran BMW 8 Series diserlahkan dengan cermin sisi rekaan ‘twin-stalk’ M, tingkap tanpa bingkai dan Shadow Line berkilat pada sisi kenderaan. Di belakang, kedua model didatangkan dengan spoiler M dan diffuser M8 dan ekzos berkembar serta kemasan krom.

10. Ciri utama lain dimiliki model 2-pintu ini ialah fungsi penutup pintu ‘soft-close’ dan bumbung daripada material gentian karbon kekuatan plastik (CFRP) warna khas yang ringan dan pusat graviti rendah. Melengkapkan penampilan ialah set rim aloi ringan M 20 inci gaya ‘double-spoke’ 810 M.

11. kokpit M8 Coupé dan M8 Gran Coupé dilengkapkan posisi duduk rendah dan sporty, dengan kerusi diberikan ciri boleh laras elektrik dan fungsi memori. Posisi kerusi, sudut dan lebar penyandar, serta penyokong peha  juga boleh ditetapkan berasingan.

BACA>>>14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

12. Kemasan kulit dapat dilihat pada bahagian kerusi, papan pemuka dan trim pintu.  Lencana M8 dilihat pada sil pintu. Kerusi belakang menggunakan kemasan kulit Merino sebagai standard. Kapasiti but M8 Coupé ialah 420 liter dan boleh ditingkatkan apabila kerusi dilipat dalam nisbah 50:50. M8 Gran Coupé menawarkan kapasiti but 440 liter dan kerusi boleh lipat 40:20:40.

13. Ciri kabin lain ialah tombol tuil gear M-specific, tali keledar M dan sistem bunyi keliling Harman Kardon 16 pembesar suara dengan amplifier 464 watt.

14. Dua model M8 ini juga dilengkapkan konsep kabin berteknologi BMW Live Cockpit Professional dengan Sistem Operasi (OS) BMW 7.0, terdiri daripada kluster instrumen digital 12.3 inci, unit infotainment Control Display 10.25 inci resolusi tinggi dan paparan dongak (HUD) warna penuh dengan paparan M-specific.

15. Dua model M8 ini boleh dioperasikan menggunakan sistem kawalan suara terkini BMW Intelligent Personal Assistant, butang kawalan menu terus, butang rotari-tekan iDrive Touch Controller, skrin sentuh Control Display  atau sistem kawalan gestur Gesture Control.

16. Selektor M Mode baharu pada konsol tengah boleh digunakan untuk mengawal sistem bantuan pemandu dan konten kluster instrumen dan HUD. M Mode juga boleh digunakan untuk mengaktifkan tetapan ROAD dan SPORT. Sebagai tambahan kepada selektor M Mode, ciri BMW Intelligent Personal Assistant menaik taraf fungsi kereta kepada tahap baharu yang membolehkan pemandu menggunakan suara normal dan natural, dan paten percakapan untuk berinteraksi dengan kereta.

17. BMW ConnectedDrive yang biasa dilihat pada kenderaan BMW baharu juga menawarkan servis berkualiti tinggi yang inovatif. Antaranya fungsi Connected Package Professional seperti Servis Jarak Jauh, Teleservice, Panggilan Kecemasan Pintar , Apple CarPlay dan Servis Concierge.

Ini termasuk Kunci Digital untuk fungsi buka-hidup-kunci kereta menggunakan telefon pintar Samsung yang serasi – disediakan sebagai sebahagian Comfort Access, BMW Drive Recorder, dan perisian boleh dikemas kini secara kawalan jauh (Remote Software Upgrade).

18. M8 Coupé dan M8 Gran Coupé ditawarkan dalam tujuh warna, iaitu Alpine White, Brands Hatch Grey, Marina Bay Blue, Motegi Red, Black Sapphire, Donington Grey dan Barcelona Blue. Bahagian kabin menawarkan kemasan kulit Merino hitam atau Silverstone.

19. Harga jualan adalah seperti berikut, tidak termasuk insurans:

  • BMW M8 Coupé – RM1,4,52,960.88
  • BMW M8 Gran Coupé – 1,455,145.25

Setiap pembelian diberikan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan dan Program Servis Berjadual Percuma.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: BMW 840i Gran Coupé M Sport Lancar Secara Virtual di Malaysia, Harga RM968k
BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di UK Sepanjang 2020

GALERI

BMW M8 Coupé

M8 Coupe
Enjin M8 Coupe

BMW M8 Gran Coupé

M8 Gran Coupe
Enjin M8 Gran Coupe

 

autoterkini BMW BMW 8 Series BMW Group BMW M8 Coupé BMW M8 Gran Coupé kereta mewah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda Insight 2026 lancar di Jepun
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k

    17/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    17/04/2026
    Diesel Shell
    Auto Terkini

    Diesel Semenanjung Kini RM5.97 Seliter, Petrol Tanpa Subsidi Ikut Turun

    16/04/2026
    Nissan Skyline bakal kembali
    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    16/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    By Han Othman13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.