Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»16 Fakta Pantas – Ford Ranger Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM91k
Roda4

16 Fakta Pantas – Ford Ranger Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM91k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

\
FORD Motor Company dan rakan pengedar tempatan, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) melancarkan Ford Ranger baharu  ke pasaran tempatan yang kini tampil lebih segar menerusi gabungan ciri, teknologi dan keselamatan yang mendahului kelas.

Dengan slogan ‘Built Ford Tough’, Ranger didatangkan dalam pilihan varian XL, XLT, XLT+, Wildtrak baharu dan model paling dinanti-nantikan, Ranger Raptor. Bagaimanapun, Raptor hanya akan dilancarkan secara rasmi pada Pameran Motor Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, November depan.

BACA >>> #BIMS2018: Ford Ranger Raptor (2018) yang Gagah Mempesona

Berikut 16 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Ford Ranger serba baharu versi Malaysia:

1. Didatangkan dalam 3 varian enjin diesel: 2.0L turbo tunggal, 2.0L Bi-Turbo, dan enjin sedia ada 2.2L Duratorq. Enjin diesel generasi baru itu kini lebih kompak dan ringan yang dihasilkan daripada material termaju bersama ciri suntikan terus bahan api Common Rail, manifold ambilan dan pacuan talisawat-dalam-minyak utama.

2. Enjin diesel 2.0L Bi-Turbo generasi baharu dipasangkan eksklusif pada varian Wildtrak 4×4 dan dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan yang menawarkan kuasa tork, fleksibiliti, kesenyapan dan pemanduan selesa.

BACA >>> 7 Fakta Pantas | Ford Ranger 2.2L Wildtrak, Varian Baharu di Pasaran, Harga RM127k

3. Enjin turbo tunggal 2.0L boleh didapati pada Wildtrak 4×2 dan Ranger XLT+ baharu dengan transmisi automatik 10-kelajuan berkuasa 178hp dan tork 420Nm.

4. XL dan XLT menggunakan enjin diesel 2.2L turbo berkuasa 158PS/385Nm dan kemudian dipadankan \ transmisi manual dan automatik 6-kelajuan.

5. Penampilan Ranger baharu yang rugged diserlahkan menerusi rekaan gril baharu bersama ventilator ambilan udara lebih besar pada bawah bampar. Varian Ranger Wildtrak dan XLT+ dipasangkan lampu siang LED dan lampu utama jenis HID. Sementara itu, varian Wildtrak didatangkan dengan tambahan lampu kabus LED di depan.

BACA>>>#BIMS2018: Ford Ranger Raptor (2018) yang Gagah Mempesona

6. Varian XL dan Wildtrak boleh dibezakan berdasarkan kemasan bampar dan warna. Ranger XLT didatangkan dengan kemasan krom, manakala Wildtrak (kemasan Monument). Warna utama Saber baharu pula eksklusif untuk Wildtrak selain bar sport dan rim dua tona 18-inci.

7.  Berikut harga Ford Ranger mengikut varian:

  • Wildtrak –  2 varian, bermula RM134,888
  • XLT+ – 1 varian, bermula RM124,888
  • XLT – 1 varian, bermula RM109,888
  • XL – 3 varian, bermula RM90,888

8.  Cara buka but belakang lebih mudah dengan Wildtrak dan XLT+ menerusi pengenalan ciri Pengangkat Pintu But (Easy Lift Tailgate), pertama dalam kelas trak pikap. Dengan mekanisma dalaman baharu, pintu belakang Ranger kini lebih ringan untuk diangkat dan kurang 70 peratus tenaga diperlukan untuk menutupnya.

9. Tawaran Stereng Bantuan Kuasa Elektrik (EPS) yang ringan dan lincah pada varian asas XL memberi lebih keupayaan kepada pikap trak ini untuk memenuhi keperluan harian di tapak pembinaan dan ladang seluruh negara.

BACA>>>Ford F-150 Raptor – Trak Pikap Paling Garang & Sempoi

10. Dilengkapi sistem masukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin pada varian XLT+ dan Wildtrak.

11. Kabin ditambah baik dengan rona hitam bersama elemen kontras krom dan trim benang perak.

12. Teknologi infotainment SYNC®3 untuk varian Ranger XLT+ dan Wildtrak serasi dengan sistem operasi Apple CarPlay dan Android Auto. Hadir bersama fungsi Bluetooth dan skrin sentuh warna 8 inci. Varian Wildtrak dilengkapi sistem navigasi terbina dalam.

BACA >>> Gadis 15 Tahun Main Kejar-Kejar dengan Polis, Pecut Trak Pikap Hingga 160kmj

13. Dilengkapkan ciri Bantuan Pra-Perlanggaran (PCA) Ford menerusi penggunaan sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Inter-Urban dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki . Ia dibangunkan untuk mengesan pejalan kaki dan kenderaan dengan membantu Ranger berhenti sepenuhnya bagi mengelak rempuhan arah belakang. PCA Ford dapat berfungsi pada kelajuan 3.6kmj ke atas.

14. Dilengkapi teknologi keselamatan moden yang tiada pada kelas trak pikap seperti Amaran Lencong (LDW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Amaran Pelanggaran Depan (FCW). Ciri Bantuan Parkir Aktif (APA) memberikan bantuan semi autonomi untuk membantu mengurangkan stres pemandu memarkir kenderaan secara selari. Fungsi yang kali pertama diperkenalkan untuk segmen trak pikap di Malaysia itu kini dibekalkan untuk Wildtrak 4×4.

15. Buat 888 pelanggan berdaftar pertama Ford Ranger baharu akan menerima baucar barangan elektrik bernilai RM1,000 hingga 31 Disember 2018.

16. Dipakejkan bersama penyenggaraan percuma 2 tahun atau hingga 40,000km (yang mana tiba dahulu), khas buat pelanggan Ranger yang mendaftar sebelum 31 Januari 2019.

GALERI
FORD RANGER XLT+
FORD RANGER WILDTRAK

 

 

4x4 Auto Terkini Ford Ford Ranger (2019) Ford Ranger WildTrak Ford Ranger XL Ford Ranger XLT Ford Raptor pikap trak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.