Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k
Roda4

13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Toyota Rush generasi kedua yang dibangunkan khas buat pasaran Asean kini tiba di Malaysia dengan slogan ‘Rugged Active Lifestyle’ (Gaya Hidup Aktif Lasak). Di Malaysia, SUV 7 kerusi itu sudah 10 tahun berada di pasaran tempatan dengan 18,000 unit terjual.

Di pasaran, Rush akan bersaing dengan Honda BR-V dalam kategori segmen SUV segmen-B. Dalam pasaran yang lebih terbuka pula, SUV ini turut berebut pasaran dengan  model kenderaan pelbagai guna (MPV) mampu milik buatan pengeluar nasional seperti Perodua Alza dan Proton Ertiga.

BACA >>> Toyota Rush dan Daihatsu Terios (2018) Debut Serentak di Indonesia, Harga Belum Umum

Berikut 13 fakta pantas yang anda perlu tahu tentang Toyota Rush:

1. Dikuasakan enjin 1.5L DOHC 16-injap berkuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 136Nm @ 4,200rpm dengan padanan transmisi automatik 4-kelajuan bersama ciri sistem mula-henti (start-stop) automatik.

2. Rekod penjimatan bahan ialah 15.6km per liter melayakkan SUV ini mendapat penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

BACA >>> Debut Honda BR-V di Malaysia, Crossover 7-Tempat Duduk Paling Berkuasa

3. Dikeluarkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Perodua, dan ditawarkan dalam dua varian:

  • Rush S – RM98,000
  • Rush G – RM93, 000

Ada lima pilihan warna ditawarkan: White (putih), Silver Metallic (perak), Blue Metallic (biru), Dark Green Metallic (hijau tua) dan Dark Grey Metallic (kelabu gelap).

4. Didatangkan dengan pakej 360-T, terdiri daripada sistem keselamatan terkini seperti: Safe-T Plus, Connectivi-T dan Guaran-T.

5. Safe-T Plus ialah teknologi keselamatan pemanduan moden yang terdiri daripada:

  • Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • 6 beg udara
  • Sistem Pra-Perlanggaran
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Pemantauan Pandangan Panoramik (PVM)

6. Connectivi-T ialah kemudahan sistem infotainment terkini dengan fungsi konektiviti hiburan dalam kabin:

  • DVD-AVX dan USB Mirroring dengan skrin sentuh 6.8 inci
  • Palam pengecas USB
  • Sambungan Bluetooth

BACA >>> #PanduUji: Selepas Kenal Jenama H Ini, Anda Pasti Tidak Percaya SUV Ini Dari…

7. Guaran-T pula ialah pakej waranti 5 tahun, dan tanpa had perbatuan bagi setiap pembelian Rush, tertakluk terma dan syarat.

8. Penampilan luaran diserlahkan menerusi rekabentuk garis badan tajam dengan warna dua tona yang memberikan kesan visual berbeza. Pemasangan aerokit didatangkan standard untuk kedua-dua varian, dinamakan R-Blade.

9. Imej luaran menampilkan gril krom sebagai reflektor lampu depan LED, manakala lampu belakang juga bercirikan LED. Kedua-dua varian didatangkan standard dengan rim aloi 17 inci dan tayar 215/60.

10. Kabin hitam tampak moden dan premium dengan padanan aksen krom bersama roda stereng dan tombol gear kulit. Konfigurasi kerusi  2-3-2 memberikan akses mudah ke tempat duduk barisan ketiga. Juga ada 13 pemegang cawan dalam kabin.

BACA >>> Toyota Rush dan Daihatsu Terios (2018) Debut Serentak di Indonesia, Harga Belum Umum

11. Lipatan kerusi belakang ialah 50:50 yang menawarkan tambahan ruang kargo seluas 514 liter. Ciri masukan pintar boleh digunakan pemandu dan penumpang depan untuk memudahkan tugas buka dan kunci pintu.

12. Dilengkapi 4 slot elektrik, iaitu 2 palam konvensional 12v dan dua lagi palam USB, terletak di konsol depan dan tepi kerusi pemandu.

13. Ada slot kad Touch n Go sebagai standard seperti mana ditawarkan Myvi serba baharu di sebelah bawah kanan pemandu.

GALERI
Auto Terkini Crossover enjin toyota rush harga toyota rush pesaing honda brv SUV top speed top speed toyota rush Toyota Toyota Rush Toyota Rush (2018) toyota rush baru UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026

    1 Comment

    1. Abi on 08/10/2019 16:43

      Ingat nak beli tapi takde merah pulak

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.