• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Rush dan Daihatsu Terios (2018) Debut Serentak di Indonesia, Harga Belum Umum

Toyota Rush dan Daihatsu Terios (2018) Debut Serentak di Indonesia, Harga Belum Umum

November 23, 2017 By Azhan O 5 Comments

FacebookTwitter


SEMALAM, Indonesia secara rasmi memperkenalkan kehadiran duet Toyota Rush dan Daihatsu Terios yang dijangka merancakkan lagi pasaran crossover negara jiran itu.

Menariknya, Rush didatangkan dengan 6 beg udara, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), dan Bantuan Mula Daki (HSA) yang jarang ada pada model kelas sama di bawah harga Rp400 juta (RM121,602). Malah, lampu depan dan belakang diberikan ciri LED, termasuk menampilkan fungsi masukan tanpa kunci (keyless entry) sebagai standard.

Adik kembarnya, Daihatsu Terios turut memiliki ciri LED penuh untuk lampu depan dan belakang, termasuk disertakan fungsi lampu utama automatik yang tiada pada Rush. Bagaimanapun, Terios sekadar dibekalkan 2 beg udara untuk semua varian, termasuk premium.

BACA >>> Foto Bocor Toyota Rush (2018) di Indonesia, Ada Potensi Jadi Perodua Alza Baharu?

ENJIN BAHARU DENGAN DUAL VVT-i

Kedua-dua model itu tidak lagi menggunakan enjin 3SZ-VE, sebaliknya menggunakan nadi baharu, 2NR-VE yang sama digunakan model Toyota Veloz atau Vios.

Kapasiti enjin masih sama, 4-silinder 1.5L, tetapi kali ini bersama teknologi Dual VVT-i dengan kuasa 103hp dan tork 136Nm. Transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan dijangka tidak banyak mempengaruhi prestasi kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

Harga? Kedua-dua pengeluar memutuskan tidak mengumumkan harga produk masing-masing. Ramai mengharapkan Rush dan Terios dijual pada harga sekitar Rp3 juta saha selepas mengambil kira spesifikasi yang ditawarkan. Harga rasmi khabarnya bakal diumumkan pada Januari tahun hadapan - 2018 - yang kemudian disusuli penghantaran pertama kepada pelanggan yang membuat tempahan.

GALERI

TOYOTA RUSH (2018)

DAIHATSU TERIOS (2018)

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Daihatsu, Daihatsu Terios (2018), Indonesia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Toyota, Toyota Rush (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my