• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Foto Bocor Toyota Rush (2018) di Indonesia, Ada Potensi Jadi Perodua Alza Baharu?

Foto Bocor Toyota Rush (2018) di Indonesia, Ada Potensi Jadi Perodua Alza Baharu?

November 18, 2017 By Azhan O 3 Comments

484
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FOTO Toyota Rush 2018 bocor di Indonesia menjelang pelancaran generasi ketiga model itu di republik berkenaan pada 23 November ini. Berdasarkan gambar dibocorkan, jelas sekali Rush mengalami pembaharuan total dari segi rekabentuk luaran dan dalaman, termasuk ciri-ciri yang kini lebih moden.

Bercerita tentang Rush, model itu asalnya dilancarkan di bawah Daihatsu, subsidiari Toyota sendiri, dengan nama Terios pada 1997. Terios (atau Rush) juga antara model Jepun yang paling banyak dijenamakan semula (rebadge).

Misalnya, di Malaysia dikenali sebagai Perodua Kembara, Daihatsu Taruna (Indonesia), Zotye (China), Premier RIO (India), manakala di Jepun pula dipanggil Daihatsu Terios Kid dan Toyota Cami. Kembara juga ialah model awal Perodua yang tidak diberikan nama binatang seperti Kancil, Kelisa, Kenari dan Rusa.

KERETA PERODUA PALING MAHAL

Masuk era Rush-Terios generasi kedua, tiada lagi model Kembara apabila Perodua menghentikan pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) mini itu pada 2004. Bagaimanapun, pengeluar nasional itu mengambil langkah mengejutkan apabila memutuskan mengimport Rush-Terios dari Jepun pada 2008 untuk di-rebadge menjadi Nautica.

Namun, pada harga RM80,000 Nautica bukan lagi menjadi kereta mampu milik yang sinonim dengan status pengeluar itu sendiri. Harga premium Nautica sudah setanding sebuah sedan Toyota Vios yang menjadi kegeraman ramai eksekutif dan graduan muda kita pada masa tu.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi...

Sudahnya, Perodua menghentikan pengeluaran Nautica hanya selepas dua tahun (2010) di pasaran, sekali gus memegang rekod sebagai model Perodua paling pendek umur. Tetapi bagusnya, usia pengeluaran singkat itu membuatkan Nautica menjadi antara model lokal rare kerana tidak ramai orang mahu membelinya. Malah di pasaran kereta terpakai, model itu dijual pada harga sekitar RM30,000-RM38,000, boleh dikatakan berada dalam julat harga agak tinggi bagi pasaran kenderaan terpakai. Sebenarnya, harga tersebut tidaklah melampau mahal jika mengambil kira status rare yang dipegang.

Bagaimanapun, pada masa sama Toyota turut mengeluarkan Rush untuk pasaran Malaysia yang sudah tentu jauh lebih mahal (cecah enam angka)! Hanya orang ada-ada saja yang dapat dan sangggup memiliki Rush walaupun sekadar menampilkan enjin 1.5L. Tetapi sudah namanya Toyota. Di pasaran kereta terpakai, Rush berharga lebih kurang RM50,000. Boleh tahankan?

MIRIP DAIHATSU FT CONCEPT

toyota-rush-2018-leaked-2
toyota-rush-2018-leaked-1
toyota-rush-2018-leaked-3

Ok, kita sekarang kembali semula kepada Toyota Rush (2018) yang gambarnya bocor di negara jiran sana. Melihat penampilan, 70 peratus rupa baharu Rush itu mirip model Daihatsu FT Concept. Bezanya ialah gril yang seakan Grand New Avanza berdasarkan lekuk lampu dan jeriji gril hitam. Lampu depan diberikan ciri LED siap pelarasan dan lampu kabus.

Bagaimanapun, model baharu ini tidak lagi bergaya SUV sebenar seperti generasi terdahulu, sebaliknya diwagonkan. Ya, seperti diberitahu di atas, mirip FT Concept. Kali ini tampil dengan rim dua tona, dan fender plastik hitam yang tampak ranggi. Rush (2018) turut didatangkan dengan rel bumbung, khabarnya bakal dijadikan ciri standard.

Pada masa sama, Indonesia turut menanti Rush (2018) versi Daihatsu (Terios) yang dijangka tampil lebih menarik. Kehadiran Rush itu juga dijangka menurunkan harga Avanza-Xenia (MPV) untuk memberikan sedikit nafas supaya model baharu yang sudah lama tidur itu dapat bernyawa.

Malaysia? Mungkinkah akan jadi rebadge Alza baharu? Ataupun Toyota berkenan menyelit model ini bersama Avanza? Menarik jugakan. 😀

SUMBER: AutoNetMagz

Artikel Berkaitan

484
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Daihatsu, Daihatsu Terios, foto Toyota Rush 2018, Perodua, Perodua Kembara, Perodua Nautica, Roda4, Toyota, Toyota Rush

Comments

  1. Alson P says

    November 18, 2017 at 2:28 PM

    Perodua Alza,.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my