Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»13 Fakta Pantas – Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan
Auto Terkini

13 Fakta Pantas – Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI bersama beberapa rakan media dari negara Asia lain kini berada di Taiwan sempena majlis pelancaran Subaru Forester (2019) serba baharu selain berpeluang memandu uji model kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu di Tai Chung.

Diterbangkan khas Motor Image, selaku pengedar rasmi kenderaan Subaru di 8 negara Asia, Forester (2019) serba baharu kali ini menerima kemas kini dari segi perincian dan praktikaliti untuk keselesaan dan keseronokan maksimum.

Berikut 13 fakta ringkas tentang Subaru Forester (2019) yang bakal berada di Malaysia tahun depan:

1. Bahagian kejuruteraan diperhalusi dan direka semula dengan pelbagai ciri dipertingkatkan untuk keseimbangan pengendalian dan ruang kabin lebih luas.

2. Ada 4 pilihan varian:

  • Subaru Forester 2.0 i-S EyeSight®
  • Subaru Forester 2.0 i-S
  • Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight®
  • Subaru Forester 2.0 i-L

*Spesifikasi dan data model mungkin berbeza mengikut pasaran negara

3. Keselamatan jadi keutamaan dengan segudang ciri keselamatan aktif dan ciri bantuan pemandu yang menjadi sebahagian Teknologi Teras Subaru:

  • Platform Global Subaru
  • Pacuan Semua Roda Simetri
  • Enjin Boxer
  • Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight®

4. Platform Global Subaru (SGP) – Pembangunan semula Forester (2019) melibatkan rekabentuk semula casis. SGP menawarkan respos stereng tinggi, olengan badan berkurangan 50 peratus, penyerapan perlanggaran dipertingkatkan hingga 40 peratus dan pengurangan bunyi bising jalan, manakala aspek pemanduan kini lebih stabil.

5. Symmetrical AWD – Sistem pacuan semua roda simetri memberikan hantaran kuasa yang lancar ke setiap roda dengan menawarkan kestabilan dan kawalan maksimum berserta respon stereng lebih baik di selekoh. Ini termasuk menawarkan keseimbangan dan kawalan traksi atas jalan basah selain membolehkan pemandu meredah apa jua situasi permukaan jalan dan rupa bumi dengan mudah.

6. Dikuasakan Enjin 2.0L Boxer (156PS/196Nm) suntikan langsung meningkatkan kuasa kuda dan menawarkan kecekapan bahan api. Keseronokan memandu juga dipertingkat menerusi transmisi CVT bersama mod manual 7-kelajuan baharu.

7. Teknologi Bantuan EyeSight® Teknologi baharu ini merangkumi ciri keselamatan brek pra-perlanggaran automatik, pengurusan terotel pra-perlanggaran, kawalan jelajah adaptif, lead vehicle start alert, pelepasan lorong dan lane sway warning.

8. Tidak ketinggalan, pemandu kini boleh mengaktifkan fungsi X-Mode menerusi butang kawalan baru pada mod pilihan yang memudahan operasi penukaran.

9. Pengendalian Forester dipertingkatkan lagi dengan ciri Pemvektoran Tork Aktif (ATV) yang meningkatkan keyakinan kawalan kestabilan di selekoh. Sebagai tambahan, ciri seperti auto hold dan pengesan kenderaan belakang Subaru (SRVD) turut ditawarkan pada model 2019 itu.

10. SRVD menggunakan sensor radar yang mengesan objek dan kenderaan di belakang Forester lalu memberi amaran kepada pemandu melalui tiga fungsi utama: pengesanan titik buta, bantuan perubahan lorong dan amaran lalu lintas belakang.

11. Kabin Forester direka semula, konsol tengah kini menawarkan lebih banyak ruang apabila Subaru menggantikan brek tangan dengan brek parkir elektronik. Tidak ketinggalan kabin diperhalusi menerusi ciri poket kerusi dengan pembahagian ruang simpanan, port cas USB dan corong pendingin hawa di belakang konsol tengah.

12. Panel instrumen menampilkan paparan multi fungsi berkualiti tinggi dan SUV berkenaan ditawarkan dengan tambahan ruang kaki belakang dan ruang kargo dengan bukaan pintu but lebih luas.

13. Kemas kini bahagian luaran Forester boleh dilihat pada gril, lampu depan dan belakang untuk kelihatan lebih elegan. Subaru Forester serba baharu akan tersedia di Malaysia pada suku kedua 2019.

GALERI

 

 

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Motor Image Segmen D Subaru Subaru Forester (2019) SUV SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    10/06/2026
    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.