Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»13 Fakta Pantas: Ferrari F8 Spider Kini di Malaysia, Harga Mula RM1.2 Juta
Roda4

13 Fakta Pantas: Ferrari F8 Spider Kini di Malaysia, Harga Mula RM1.2 Juta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Italia hari ini memperkenalkan F8 Spider yang dipacukan trenkuasa V8, yang juga supercar enjin tengah-belakang (mid-rear) paling berjaya dalam sejarah. Model ini melakukan debut global pada penghujung tahun lalu

Supercar berharga lebih sejuta ringgit ini dilancarkan serentak dengan pelancaran satu lagi model Ferrari, 812 GTS  V12 Spider. Berikut 13 fakta pantas tentang F8 Spider yang perlu anda tahu:

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Ferrari 812 GTS V12 Spider Debut Asean di Malaysia, Harga RM1.53 Juta

1. F8 Spider direka seiring F8 Tributo Berlinetta sebagai supercar bumbung keras boleh retrak (retractable hard-top, RHT) yang ringkas dan cekap.

2. Ini ialah model pengganti 488 Spider yang menerima kemas kini keseluruhan dalam aspek spesifikasi, termasuk tambahan kuasa 50cv dan berat badan lebih ringan 20kg, juga berpenampilan lebih sporty.

3. Enjin tengah-belakang 3902cc mampu meledakkan kuasa 720hp @ 8,000rpm dan tork 770Nm @ 3,250rpm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah 340kmj.

3. Selain pengendalian dinamik, F8 Spider menawarkan karakter enjin progresif dan lancar, serta pecutan tanpa masalah jeda turbo (turbolag) dengan paduan bunyi ekzos baharu yang unik.

4. Ekstra kuasa 50cv berbanding 488 Spider diperoleh menerusi pemasangan barisan intake baharu yang diambil daripada 488 Challenge. Bahagian ambilan udara (air intake) F8 Spider diubah dari sayap ke belakang kedua-dua sisi spoiler dan disambungkan terus ke ambilan plenum.

Ini dapat memastikan aliran udara lebih besar disuapkan untuk membantu meningkatkan kuasa. Aliran udara pula mendapat manfaat daripada peningkatan tekanan dinamik yang terhasil daripada bentuk spoiler belakang.

5. Pengunaan manifold ekzos inconel 488 Challenge menyumbang kepada berat enjin lebih ringan 9.7kg. Susun atur ekzos  diubah suai dari turbo ke hujung paip untuk mengeluarkan bunyi unik, manakala saluran ekzos dilengkapi Penapis Zarah Petrol (Gasoline Particulate Filter, GPF) baharu bagi mematuhi regulasi emisi baharu.

6. Sejak bertahun lama, F8 Spider menggunaakn bumbung keras boleh retrak. Kunci utama rekabentuk adalah mengasingkan garisan antara badan dan bumbung dari posisi konvensional paras bahu pemandu atas pilar B

7. Bumbung RHT mengambil masa 14 saat untuk menyudahkan operasi buka-tutup pada kelajuan hingga 45kmj.

8. Karakter F8 Spider diserlahkan menerusi rekaan semula S-Duct hujung bahagian depan untuk menonjolkan pengubahsuaian aerodinamik. Contoh paling jelas ialah lampu LED datar baharu yang ringkas.

9. Spoiler belakang direka semula sepenuhnya yang mana lampu belakang lebih besar secara visual, sekali gus menurunkan pusat graviti (CoG) kereta.

10. Papan pemuka F8 Spider mengekalkan gaya klasik yang berorientasikan pemandu dengan kerusi sport. Butang kawalan diatur atas stereng.

11. Papan pemuka menggabungkan panel layar aluminium dengan sokongan satelit tengah. Padanan gentian karbon memisahkan bahagian atas dan bawah untuk pandangan lebih jelas. Bahagian ini juga membariskan paparan skrin sentuh 7 inci sisi penumpang dan papan pemuka dengan kluster instrumen klasik dan panel takometer di tengah.

13. Pemanduan Dinamik F8 Spider ditawarkan dengan Ferrari Dynamic Enhancer Plus, Sistem Kawalan Slip Sisi dan Ferrari Dynamic Enhancer (FDE+) versi baharu yang boleh diaktifkan pada mod Race.

14. Harga asas F8 Spider ialah RM1,178,000 dan pelanggan yang berminat bolehlah membuat janji temu previu khas yang dibuka hingga 31 Mei ini.

GALERI
autoterkini Ferrari Ferrari F8 Spider Naza Italia Roda4 Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    18/05/2026
    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.