Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?
Roda4

12 Fakta Pantas: Toyota Raize yang Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

Abang HirataBy Abang Hirata07/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS menarik perhatian ramai pengunjung di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Toyota akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Raize di Jepun yang diposisikan dalam segmen SUV kompak dengan panjang kurang 4 meter.

Raize disasarkan kepada mereka yang mahukan SUV praktikal dengan pelbagai isian barang, bersaiz kompak dan mudah dipandu. SUV ini dibangunkan dengan konsep aktif, pelbagai guna dan kompak.

SUV seperti Raize begitu sinonim dengan rakyat Malaysia, terutama kalangan pemilik Perodua Kembara yang sesuai digunakan untuk pemanduan harian dan aktiviti luar hujung minggu.

BACA >>> #TMS2019: Model Daihatsu Tanpa Nama Ini Bakal Jadi SUV Baharu Perodua?

Apa agaknya yang menarik tentang Raize?

1. SUV ini dibangunkan Daihatsu Motor Co Ltd (Daihatsu), dan juga model kompak pertama menggunakan platform baharu Arkitektur Global Baharu Daihatsu (Daihatsu New Global Architecture, DNGA) yang turut melibatkan pembinaan unit trenkuasa baharu.

2. Raize lebih kecil daripada Honda HR-V atau Geely Binyue (Proton X50) dengan dimensi panjang 3,995mm, lebar 1,695mm dan tinggi 1,620mm. Panjang dan lebar Raize lebih sedikit berbanding Daihatsu Terios atau Perodua Kembara.

3. Luaran Raize membawa imej lasak, dan boleh dikatakan adik kepada RAV4. Ia berbeza dengan SUV trendy lain dengan konsep funky dan urban. Ia juga berbeza dengan satu lagi model SUV Toyota, iaitu C-HR.

4. Raize juga membawa konsep jip dengan fungsi utilitarian dan rekabentuk bersegi serta  ditambah pula dalam pacuan empat roda (4WD) yang jarang dilengkapi pada SUV di pasaran hari ini.

BACA >>> 6 Sebab Kenapa Toyota C-HR Sangat Berbaloi Dimiliki

5. Asal nama Raize adalah gabungan perkataan rise dan raise. 

6. Trenkuasa dipacukan enjin 3-silinder 1.0L 1KR-VET Turbo berkuasa 96hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi gear pisah @ split gear (pertama dalam kenderaan Toyota) untuk keseronokan pemanduan dan kecekapan bahan api.

7. Penggunaan bahan api ialah 18.6km per liter mengikut kitaran ujian kenderaan ringan harmoni sedunia (WLTC) untuk pacuan dua roda (2WD) dan 17.4km per liter (4WD).

8.  Model 4WD dilengkapi Kawalan Tork Dinamik (DTC) 4WD yang berfungsi mengagihkan daya tujahan enjin secara optimum ke tayar belakang mengikut situasi kenderaan dan ketika mula memandu atau bergerak atas permukaan licin.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Aruz atau Honda BR-V? Ini Jawapan Kami!!!

9. Saiz ruang kargo 369 liter, manakala kerusi belakang boleh dilipat untuk mengisi lebih banyak barang.

10. Dilengkapi pelbagai teknologi bantuan pemanduan seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Penjejakan Semua Halaju (AST).
  • Bantuan Parkir Panorama Pintar (Smart Panorama Parking Assist, SPPA) dengan fungsi suara dan imej dan bantuan stereng
  • Fungsi Amaran Perlanggaran (Collision Warning Function,CWF) dan Fungsi Brek Elak Rempuhan (Crash Avoidance Braking Function, CABF)
  • Fungsi Cegah Mula Silap (Erroneous Start Prevention Function, ESPF) dengan kawalan brek untuk mengelak pemandu tersilap memasukkan gear pandu atau undur dan berlanggar dengan objek penghadang.

11. Toyota memasarkan Raize dalam empat varian: X, S, G dan Z. Semua varian ditawarkan dengan opsyen pacuan roda depan (FWD) atau 4WD.

12. Raize dijual pada harga serendah 1,679,000 yen (RM63,715)  untuk varian X FWD,  manakala varian paling premium berharga 2,282,200 yen (RM86,605) untuk Z 4WD.

Adakah Perodua akan memasarkan Raize sebagai model sendiri? Itu kami tidak berani jamin. Jika jadi kenyataan, kami harapkan ia dipasarkan pada harga yang benar-benar menarik. Mungkin lebih laku keras kalau di bawah paras harga Aruz.

BACA >>> Hebat!!! Perodua Bezza RM86k Jadi Sedan Bawah 1.0L Paling Laku di Sri Lanka!

GALERI
Daihatsu New Global Architecture DNGA Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Perodua Roda4 SUC Segmen-C SUV SUV kompak Toyota Toyota Raize
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026

    1 Comment

    1. Yusri on 20/12/2019 20:48

      Terbaiklah penulisan artikel ini. Tersusun, mengotakan bahasa ibunda dan penuh maklumat. Cuma penulis patutnya letak nama sebenar, bukan “Abang Hirata”. Itu adalah etika menulis artikel, kena guna nama sebenar.
      Tapi apa pun terbaik. Mulanya saya dah sasar X50 tapi harganya macam berdentum (mahal) la pula. Saya mampu, cuma saya rasa saya tak perlu kereta berkuasa tinggi sangat dan besar, jika dibandingkan dengan Toyota Raize ni. Raize ni murah dan banyak ruang, sungguh memadai bagi saya yang suka memandu dengan kelajuan biasa, tidak terlalu laju dan perlahan. Tak suka berlumba-lumba atau terkejar-kejar dengan kereta lain. Mujur ada Raize ni. Tapi nak tunggu dulu rebiunya dulu sebelum buat pilihan.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.