Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»12 Fakta Pantas | Ducati Scrambler 1100 Kini Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM83k
Auto Terkini

12 Fakta Pantas | Ducati Scrambler 1100 Kini Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM83k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NEXT Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia melancarkan model baharu yang sekian lama dinantikan, Ducati Scrambler 1100 sempena acara Art of Speed (AOS) Malaysia 2018 di MAEPS, Serdang.

Ada dua pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu:

  • Ducati Scrambler 1100 Special
  • Ducati Scrambler 1100 Sport

Berikut 12 fakta pantas tentang Ducati Scrambler 1100 yang perlu anda tahu:

1. Reka bentuk Scrambler 1100 diilhamkan daripada model ikonik 70-an dengan semangat ‘Land of Joy’. Model ini lebih besar berbanding Scrambler lain dengan dimensi lebar 50mm, panjang 69mm dan pelana lebih besar untuk keselesaan penunggang dan penumpang.

2. Selaras elemen ekspresi diri dalam jenama Scrambler, subfrem belakang diasingkan daripada casis. Lampu depan bulat mengekalkan kaca parabola yang dikemaskan dengan aluminium baharu, manakala gril pemisah lampu dalam bentuk 4 kluster ialah mewakili trademark ‘Land of Joy’.

3. Panel instrumen dua elemen terdiri daripada meter bulat klasik dan oval. Meter bulat dipaparkan secara digital penuh yang memaparkan maklumat seperti indikator bahan api, mod tunggangan dan peringkat Kawalan Traksi. Meter oval pula menunjukkan maklumat kelajuan, lampu amaran kickstand dan Sistem Multimedia Ducati dengan sambungan wayarles Bluetooth.

4. Dijana enjin Monster 1100 dikemas kini yang mematuhi piawaian Euro 4, yakni 1079cm L-Twin dua injap dengan saiz gerek 98mm dan lejang 71.5mm. Bagi mengoptimumkan kecekapan, enjin direka semula untuk memberi keutamaan kepada pecutan cecair merentas julat rev dan pengendalian lebih baik.

5. Enjin Desmodue silinder kembar dilengkapi terotel badan 55mm Ride-By-Wire penuh dengan suntikan dua sub-butterfly. Apabila dipadankan saiz kotak angin besar, ia memastikan hantaran kuasa cecair dan kawalan tepat campuran bahan api disedut ke dalam silinder. Jadi, setiap silinder dilengkapi dwi palam pencucuh dan sistem udara sekunder (secondary).

6. Kuasa enjin 86hp @ 7,500rpm dan tork 88.4Nm @ 4,750rpm dipadankan transmisi 6-kelajuan, manakala klac multiplat basah dilengkapi kawalan hidraulik bersama ciri bantuan dan sliper (A&S) servo yang mengehadkan gelinciran roda belakang ketika menurunkan gear.

7.  Menampilkan frem Trellis keluli spar atas kembar (twin upper spar steel Trellis) serba baharu yang menyokong enjin dengan subfrem aluminium belakang dan kemudian dipadankan saiz tangki 15 liter.

8. Varian Sport didatangkan dengan suspensi Ohlins (Kayaba untuk varian Special), dan fork terbalik (USD) 45mm di depan, manakala absorber belakang daripada spring prabeban boleh laras dan damper boleh lantun. Kedua-dua suspensi didatangkan dengan travel 150mm. Scrambler 1100 didatangkan standard dengan rim aluminium 10 jejari serba baharu.  Roda depan bersaiz 3.5 inci x 18 inci dan roda belakang 5.5 inci x 17 inci.

9. Ciri keselamatan dilengkapi ride-by-wire, IMU, ABS Belok (Cornering ABS) Bosch 9.1 MP dan Kawalan Traksi Ducati (DTC) dan tiga mod tunggangan. Prestasi henti dioptimumkan menerusi brek dwi cakera 330mm dengan kaliper Monobloc 4-piston Brembo M 4.32B di depan dan brek cakera 230mm di belakang.

10. Ada 3 mod tunggangan: Active Riding, Journey Riding danCity Riding.

Scrambler 1100 Special – Custom Grey
Scrambler 110 Sport – Viper Black

11. Scrambler 1100 Special tampil dalam warna kelabu ‘Custom Grey’ dengan swingarm perak dan fork depan USD keemasan, manakala Scrambler 1100 Sport ditawarkan dalam warna hitam ‘Viper Black’ dengan swingarm hitam, termasuk tangki yang dikemaskan strip kuning, manakala madgad dan frem berserta rim juga dihitamkan.

12. Harga jualan Scrambler 1100: 

  • Special – RM83,000
  • Sport  – RM85,000

* tanpa insurans

GALERI
Ducati Ducati Scrambler 1100 Ducati Scrambler 1100 Special Ducati Scrambler 1100 Sport Next Bike Sdn Bhd roda2 scrambler
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.