Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»11 Ulat Parkir, Termasuk Individu Status ‘Wanted’ Dicekup Polis di KL
Auto Terkini

11 Ulat Parkir, Termasuk Individu Status ‘Wanted’ Dicekup Polis di KL

FikriBy Fikri02/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT) menjalankan Op Parkir Haram di beberapa lokasi sekitar ibu kota Kuala Lumpur selepas menerima banyak aduan daripada orang awam.

Sekurang-kurangnya sembilan lokasi menjadi tumpuan membanteras aktiviti parkir haram yang menimbulkan ketidakselesaan dan kebimbangan orang ramai. Berikut lokasi diserbu JSPT:

  • Jalan Beremi
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan Tengah Changkat Bukit Bintang
  • Persiaran Dutamas G3 Street
  • Jalan Berangan
  • Jalan Walter Granier
  • Jalan Mesui
  • Jalan Doraisamy
  • Jalan Kamunting

Operasi dijalankan melibatkan dua peringkat dengan tangkapan 11 individu dipercayai ulat parkir berumur antara 19 dan 60 tahun.

Mereka dipercayai melakukan kesalahan mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram, dan lima daripada individu ditahan ialah warga asing.

Polis turut menahan dua individu dengan 15 rekod lampau kes dadah dan orang dikehendaki atas kesalahan kes jenayah.

Selain itu, polis juga merampas wang tunai dan suspek akan dituduh bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mendesak berhubung penjagaan kenderaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) akta sama.

SUMBER: JSPT KL

Auto Terkini Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) Kuala Lumpur Op Parkir Haram Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia โ€“ Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.