Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»100,000 Unit Jualan Tahun Ini, Apakah Honda Malaysia Bermimpi?
Auto Terkini

100,000 Unit Jualan Tahun Ini, Apakah Honda Malaysia Bermimpi?

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia nampaknya seakan mampu mencapai angka jualan 100,000 unit kenderaan tahun ini untuk sekali lagi mengesahkan status jenama tersebut sebagai jenama kenderaan bukan nasional paling laris di Malaysia. Malah, angka memberangsangkan dicatatkan setakat ini dilihat mampu mengekalkan pengeluar automobil dari Jepun itu di kedudukan kedua dalam Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) 2017 negara ini.

Kenapa Honda Malaysia begitu berani mendakwa mereka kini dalam landasan yang betul? Berani sungguh! Bacalah fakta di bawah ini:

  • Capai 35 peratus sasaran jualan dengan 34,500 unit kenderaan setakat April 2017 – lebih 9,000 unit atau 40 peratus berbanding rekod tahun lalu dalam tempoh sama.
  • Setakat Mac 2017, Honda menyumbang 19.4 peratus TIV – 5.1 mata lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.
  • Honda BR-V 1.5L dan City 2017 menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jualan.
  • Pertama kali capai rekod tertinggi, 20.5 peratus perkongsian pasaran pada Mac 2017.
  • Selepas pelancaran BR-V pada 5 Januari lalu, kenderaan pelbagai guna (MPV) subkompak itu mencatatkan jualan lebih 7,800 unit, menguasai 23 peratus jumlah jualan model Honda setakat ini.
  • City facelift pula (dilancarkan Mac lalu) menyumbang 23 peratus jumlah keseluruhan jualan dengan City 2017 mendapat tempahan lebih 7,200 unit sejak pelancaran.
  • Civic generasi ke-10 terjual 15,700 unit sejak dilancarkan Jun tahun lalu, dengan jualan varian 1.5L pengecasturbo mencecah 50 – 200 unit sebulan.
  • Model Jazz, HR-V dan Accord masih dikekalkan dalam pasaran dan masing-masing mencatatkan rekod baik setakat Mac 2017.
  • Honda memberi jaminan tempoh menunggu antara 1-2 bulan bagi setiap model baru yang ditempah.

KEMPEN ‘NIKMATI MUSIM BONUS’ – MEI 2017

Pada masa sama Honda turut melancarkan dua kempen sepanjang Mei ini. Pertama, kempen ‘Nikmati Musim Bonus’ yang bermula 1 – 31 Mei ini. Pelanggan Honda akan menikmati tawaran servis percuma dua tahun (alat ganti dan upah) atau tunai bernilai hingga RM12,000.

Hah, tunggu apa lagi? Beli kereta Honda sekarang!

KEMPEN ‘HARI APRESIASI IBU’

Kempen kedua, ‘Hari Apresiasi Ibu’ pula diadakan pada 13 Mei ini (Sabtu) antara jam 10 pagi – 4 petang bersempena Hari Ibu yang akan dibuat di semua pengedar sah Honda seluruh negara. Pengunjung berpeluang menikmati hadiah pandu uji dan cabutan bertuah, manakala kaum ibu dan perempuan boleh mendapat hadiah berupa kuntuman bunga mawar dan kad ucapan yang dihasilkan anak-anak mereka di bilik pameran nanti.

Jadi, ingat tarikh ini – Sabtu, 13 Mei 2017!

Auto Terkini Hari Apresiasi Ibu Honda Honda Malaysia kempen Honda Mei 2017 Mother's Appreciation Day Nikmati Musim Bonus
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

By Abang Hirata13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.