Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»10 Sportbike Paling Jimat Minyak di Malaysia [SIRI 1]
Roda2

10 Sportbike Paling Jimat Minyak di Malaysia [SIRI 1]

ZYBy ZY27/10/20176 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADUH, ikutkan hati memang sudah lama nak upgrade sportbike, tapi risau pula tengok harga petrol naik turun setiap minggu. Mampu ke aku nak tanggung minyak nanti?

Mungkin ada yang sinis dengan soalan di atas kerana sportbike itu sendiri ialah jentera dua roda yang dibina untuk tunggangan berkelajuan tinggi. Sepatutnya, soal jimat minyak atau tidak bukanlah isu relevan.

Namun, kepada mereka yang merancang menaik taraf motosikal sesaran kecil kepada sportbike dengan alasan perlu berulang-alik jauh dari rumah ke tempat kerja, ataupun mahu cepat sampai ke pejabat, soal ekonomi bahan api ialah faktor tambahan yang memang perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi dalam situasi harga petrol hari ini yang lebih kerap naik daripada turun.

BACA >>> Beginilah Cara Isi Minyak yang Klinikal, Bukan Kedekut, Cuma Peduli Setiap Sen dalam Poket

Jadi, berasaskan laman web Fuelly sebagai rujukan, kami senaraikan 10 sportbike pilihan (termasuk versi naked/streetbike) yang menawarkan penjimatan bahan api ekonomi. Sekarang, tidak perlulah ‘skip lunch’ lagi semata-mata mahu motor berjalan 🙂

10. YAMAHA YZF-R25


Dengan enjin dwi-silinder sebaris yang paling berkuasa dalam kelas 250cc (35.5hp), ekonomi bahan api sekitar 23.8km/liter (kilometer per liter) ditawarkan ‘Baby R’ ini adalah antara tercorot dalam senarai. Lebih-lebih lagi data didedahkan itu dibuat berasaskan kelajuan malar sekitar 100kmj sahaja.

Walaupun kapasiti tangki cuma sebesar 14 liter, termasuk mengambil kira keseluruhan pakej ditawarkan, Yamaha R25 masih kekal sebagai pilihan popular bagi kalangan penunggang yang mahukan sportbike 250cc paling berkuasa, bergaya dan masih praktikal.

SPESIFIKASI – Yamaha YZF-R25
Enjin: 4-lejang, Dwi-Silinder Sebaris, 249cc , DOHC
Transmisi: Sirat malar (constant mesh) 6-kelajuan
Kuasa: 35.5hp @ 12,000rpm
Tork: 22.6Nm @ 10,000rpm
Berat Basah: 166kg
Kapasiti Tangki: 14.30 liter
Ekonomi Bahan Api: 23.8 km/liter | 4.2 liter/100km
Harga: RM 19,500


9. KAWASAKI NINJA 250R | Z250

Bersama penampilan berbeza, pasangan adik-beradik Kawasaki ini sebenarnya berkongsi nadi 250cc dwi-silinder yang sama dengan hamburan kuasa setinggi 31.5hp. Justeru pasangan sportbike dan streetbike ini turut memberikan prestasi ekonomi bahan api setara, iaitu sekitar 24 km/liter dengan margin perbezaan yang tidak ketara. Walaupun agak kurang berkuasa berbanding jentera Yamaha di atas, kelebihan saiz tangki 17 liter patut diberikan perhatian.

SPESIFIKASI – Kawasaki Ninja 250R
Enjin: 4-lejang, Dwi-Silinder Sebaris, 249cc, DOHC
Transmisi: Sirat malar (constant mesh) 6-kelajuan
Kuasa: 31.5hp @ 11,000rpm
Tork: 21Nm @ 10,000rpm
Berat Basah: 172kg
Kapasiti Tangki: 17 liter
Ekonomi Bahan Api: 24km/liter | 4.16 liter/100km
Harga: RM22,300

SPESIFIKASI – Kawasaki Z250
Enjin: 4-lejang, Dwi-Silinder Sebaris, 249cc, DOHC
Transmisi: Sirat malar (constant mesh) 6-kelajuan
Kuasa: 31.5hp @ 11,000rpm
Tork: 21Nm @ 10,000rpm
Berat Basah: 168kg
Kapasiti Tangki: 17 liter
Ekonomi Bahan Api: 24.2km/liter | 4.13 liter/100km
Harga: RM21,300


8. KTM RC250 | 250 Duke

Walaupun cuma dikuasakan enjin silinder tunggal, KTM RC250 dan 250 Duke tidak patut dipandang remeh kerana kedua-dua model itu mampu menghamburkan kuasa setanding jentera dwi-silinder, 30hp dan tork 24Nm. Tidak hairanlah kedua-dua mesin tersebut agak pelahap juga dengan mencatatkan ekonomi bahan api serendah 25 km/liter. 

BACA >>> #TunggangUji: Reviu KTM 250 Duke dan 390 Duke (2017), dari USJ ke Bukit Tinggi

Tambahan 3 liter pada tangki 250 Duke nyata mampu memberikan jarak perjalanan lebih jauh (sekitar 75km) sebelum isian semula berbanding saudara ber-fairing penuh, RC250 dengan kapasiti tangki 10 liter sahaja.

SPESIFIKASI – KTM RC 250
Enjin: 4-Lejang, Silinder Tunggal, 249cc, DOHC
Transmisi: Sirat malar (constant mesh) 6-kelajuan
Kuasa: 30.8hp @ 9,000rpm
Tork: 24Nm @ 7,500rpm
Berat Kering: 147kg
Kapasiti Tangki: 10 liter
Ekonomi Bahan Api: 25km/liter | 4 liter/100km
Harga: RM21,081

SPESIFIKASI – KTM 250 Duke
Enjin 4-Lejang, Silinder Tunggal, 249cc, DOHC
Transmisi Sirat malar (constant mesh) 6-kelajuan
Kuasa: 30hp @ 9,000rpm
Tork: 24Nm @ 7,250rpm
Berat (Kering): 149kg
Kapasiti Tangki: 13.4 liter
Ekonomi Bahan Api: 25km/liter | 4 liter/100km
Harga: RM21,730


7. NAZA BLADE 250R

Dikenali sebagai Hyosung GT250R di negara kelahiran asalnya, Korea Selatan, tarikan utama sportbike yang di-rebadge Naza itu ialah harga. Pada harga sekitar RM13,500, anda kini mampu memiliki sebuah sportbike dilengkapi suspensi terbalik (USD), brek depan kembar, frem tubuh yang tampak gagah, tangki bahan api 17 liter dan enjin V-Twin bersesaran 250cc.

Bagaimanapun, dengan berat basah mencapai 188kg, Blade 250R cuma mampu memberi tahap ekonomi bahan api sekitar 26km/liter. Agak kurang memuaskan bagi sebuah sportbike V-Twin 250cc berkuasa 26hp (atau 27hp untuk varian TBR).

SPESIFIKASI – Naza Blade 250 GTR
Enjin: 4-Lejang, V-Twin 75°, 249cc, DOHC
Transmisi: Sirat malar (constant mesh) 5-kelajuan
Kuasa: 26hp @ 10,000rpm
Tork: 21 Nm @ 6,750rpm
Berat Basah: 188 kg
Kapasiti Tangki: 17 liter
Ekonomi Bahan Api: 26km/liter | 3.85 liter/100km
Harga: RM13,500


6. KAWASAKI NINJA 250SL | Z250SL

Enjin silinder tunggal dengan berat basah sekitar 150kg nyata memberi kelebihan kepada Ninja 250SL dan Z250SL berbanding Ninja 250R dan Z250 yang bernadi dwi-silinder. Ini dapat dilihat pada tahap ekonomi bahan api yang lebih jimat, iaitu sekitar 27 km/liter walaupun kedua-dua jentera tersebut masih mampu memecut laju dengan hamburan kuasa mencecah 28hp @ 9,700rpm, dan tork 22.6Nm @ 8,200 rpm.

Rekabentuk langsing bagaimanapun agak kurang popular, terutama kalangan penunggang yang mahu berhijrah. Namun, ciri itu mungkin menjadi kelebihan buat Ninja 250SL dan Z250SL kerana mudah dikawal seakan menunggang kapcai atau streetbike 150cc yang lama dahulu.

SPESIFIKASI – Kawasaki Ninja 250SL
Enjin: 4-Lejang, Silinder Tunggal, 249cc, DOHC
Transmisi: Sirat malar (constant mesh) 6-kelajuan
Kuasa: 28hp @ 9,700rpm
Tork: 22.6Nm @ 8,200rpm
Berat Basah: 151kg
Kapasiti Tangki: 11 liter
Ekonomi Bahan Api: 27.2km/liter | 3.67 liter/100km
Harga: RM 17,500

SPESIFIKASI – Kawasaki Z250SL
Enjin: 4-Lejang, Silinder Tunggal, 249cc, DOHC
Transmisi: Sirat malar (constant mesh) 6-kelajuan
Kuasa: 28hp @ 9,700rpm
Tork: 22.6 Nm @ 8,200rpm
Berat Basah: 148kg
Kapasiti Tangki: 11 liter
Ekonomi Bahan Api: 27.6km/liter | 3.62 liter/100km
Harga: RM 15,500


Bagaimana pula 5 sportbike paling jimat minyak lain? Nantikan sambungan siri ini di bahagian kedua akan datang.

fuel economy harga minyak harga petrol naik jimat minyak Kawasaki Ninja 250 KAWASAKI NINJA 250SL KAWASAKI Z250 KAWASAKI Z250SL KTM 250 Duke KTM RC250 motosikal Ninja 250 r25 roda2 Yamaha R25 Yamaha YZF-R25
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

23/05/2026
Roda2

Honda MSX125 Grom 2026 Eropah Dapat 3 Warna Baharu

20/05/2026
BMW Motorrad Vision K18 2026
Roda2

BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan

20/05/2026
rider-p-hailing-bg
Auto Terkini

BUDI95 untuk Rider P-Hailing Naik? PMX Cadang Tambah kepada 250 Liter Sebulan

18/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.