Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu
Auto Terkini

10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu

Abang GYLBy Abang GYL17/11/201769 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGALA teka-teki mengenai Perodua Myvi (2018) baharu kini sudah terjawab. Setelah sekian lama menanti, inilah masa yang dinanti-nanti peminat Myvi.

Hari demi hari, ada saja foto bocor tersebar di laman-laman sosial, membawa ke kedai kopi Zek Maimun hingga kopitiam Bang Usop. Pung pang pung pang, topik itu sajalah yang jadi perbualan. Macam-macam cerita boleh didengar. Ada kata menawan, dan tak kurang pula menarik muka semacam tak puas hati.

Kami juga bertalu-talu mendapat bermacam-macam soalan pasal Myvi (2018) baharu. Selepas ditapis dan disaring, inilah 10 soalan mengenai model popular itu yang paling kerap ditanya.

1. BERAPA VARIAN? BERAPA HARGA?

Perodua Myvi (2018) baharu ada 5 varian dengan 2 pilihan enjin – 1.3L dan 1.5L.

  • 1.3L G Manual – RM44,300
  • 1.3L G Auto – RM46,300
  • 1.3L X Auto – RM48,300
  • 1.5L H Auto – RM51,800
  • 1.5L AV Auto – RM55,300

* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans.

2. BERAPA WARNA?

Granite Grey
Peppermint Green
Lava Red
Mystical Purple
Glittering Silver
Ivory White

Ada 6 warna:

  • Granite Grey Mattalic (1.5L sahaja)
  • Peppermint Green Metallic (1.3L sahaja)
  • Lava Red
  • Mystical Purple
  • Glittering Silver
  • Ivory White

Kelabu gelap dan hijau tu warna baharu. Hijau tu mengingatkan kami kepada Kancil generasi pertama. Legend!

3. APA BEZA MYVI 1.3L DAN 1.5L?

Depan perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018

PERTAMA, tengok rim. Varian 1.5L ada rim aloi 15-inci 2-tona, dan 1.3L ada rim 14-inci. KEDUA, tengok pula spoiler, skirt depan dan sisi. Cuma varian 1.5L yang ada bodykit macam tu.

4. GUNA ENJIN LAMA ATAU BAHARU?

Myvi (2018) baharu perkenal enjin baharu. Varian 1.3L guna enjin sama macam Bezza, dan 1.5L pula guna enjin sama macam dipasang pada Toyota Vios baharu, tetapi di-tuning semula supaya sesuai dengan karakter hatchback subkompak. Transmisi masih kekal kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan. Kuasa dan tork pula seperti di bawah:

  • 1.3L – 94hp @ 6,000rpm, 121Nm @ 4,000rpm
  • 1.5L – 102hp @ 6,000rpm, 136Nm @ 4,200rpm
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018

5. LAJU TAK?

Kami tak sempat uji kelajuan maksimum. Ada beberapa sumber beritahu, Myvi baharu ini mampu pecut 160kmj tanpa sebarang masalah. Tapi, laju-laju nak ke mana? Nanti eksiden siapa susah?

6. JIMAT MINYAK MACAM MYVI LAMA TAK?

Ya, katanya, Myvi (2018) baharu 32 peratus lebih jimat berbanding model lama (15.4km/liter). Atas kertas, Myvi (2018) baharu catat tahap ekonomi bahan api seperti di bawah:

  • Perodua Myvi (2018) 1.3L – 21.1km/liter
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L – 20.1km/liter

Setiap varian dapat penjimatan lebih kurang 5km bagi setiap liter. Jauh juga 5km tu, kalau berjalan kaki, mahu mencungap teruk juga.

7. DESAIN MACAM SAGA, COROLLA IM, POLO, RIO. BETUL KE?

Nampak macam sama, tapi tak. Kata Perodua, 99.99 peratus pembuatan Myvi (2018) baharu dibuat pereka dan jurutera tempatan. Maksudnya, seluruh rekabentuk memang all new tak kira luar dan dalam. Takkan tak percaya lagi? Berapa kali nak cakap!

8. GUNA PLATFORM APA?

Myvi (2018) baharu masih lagi guna platform asal dengan diberikan 70 peratus penambahbaikan hingga jadi lebih selamat, sedap dan mantap.

9. TIMING BELT ATAU TIMING CHAIN?

Long live timing chain!

radio perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018

10. ASA TU APA BENDA? ADA BERAPA AIRBAG?

ASA (sebut A-S-A, bukan Asa) tu singkatan kepada Advanced Safety Assist dan dalam Bahasa Melayu bunyinya, Bantuan Keselamatan Termaju. Buat pertama kali, Perodua jadi pengeluar pertama Malaysia yang berikan ciri ASA pada kenderaan berharga bawah RM100,000. Tapi, ciri ASA cuma ada pada varian Myvi 1.5L Advance. Ingat, ciri ASA hanya sebagai alat bantu mengelak atau mengurangkan impak kemalangan dan langsung tidak sama dengan kereta pandu sendiri (autonomous driving).

Seperti ciri keselamatan Honda Sensing, fungsi ASA juga hampir sama, merangkumi:

  • Amaran Pra Perlanggaran / Pre-Collision Warning
  • Brek Pra Perlanggaran / Pre-Collision Braking
  • Amaran Gerak Depan / Front Departure Alert
  • Kawalan Salah Operasi Pedal / Pedal Misoperation Control

Ingin tahu lebih lanjut pasal ASA pada Myvi (2018) baharu, apa kata baca pautan ni: #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

Airbag? Varian 1.3L ada 4 beg udara dan 1.5L ada 6 beg udara. Kereta ni juga juga dapat rating 5-bintang Asean NCAP. Power ke idok yob?

Hah, kalau ada soalan tambahan lain, tanyalah dalam ruang komen di bawah. Kami akan cuba jawab satu-persatu.

GALERI

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
Harga perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
Harga perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
radio perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
sisi perodua myvi baharu 2018
Perodua Myvi
Depan perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
Enjin perodua myvi 1.3L baru enjin perodua myvi 1.5L baru enjin perodua myvi baharu 2018 harga perodua myvi 1.3L baru Harga perodua myvi 1.5L baru Harga Perodua Myvi baharu (2018) perodua myvi 1.3L baru perodua myvi baharu 2018 Perodua Myvi Baharu 2018 Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026

    69 Comments

    1. Saga3 on 16/11/2017 18:48

      5-bintang ASEAN ncap untuk Varian G atau Varian AV..??

      Reply
      • hadi on 17/11/2017 12:06

        semua sekali. depa test varian paling rendah. regulation baru

        Reply
        • Bobby on 04/02/2018 15:52

          Hadi , klau myvi bru ni , lock guna remote tp xdpt , apa yg prlu tekan kt dlm tu ? Abg sy pnya krta , dia sruh cuci tp x berani lak tnya

          Reply
    2. Azlina on 16/11/2017 23:25

      1) smua cc dibekalkn leather seat ke..
      2) bulanan brp bg stiap Cc kereta..
      3) blh buat full loan x.. Tempoh brp lama terikat ngn
      bank & bank ape yg disyorkn utk buat full loan..
      4) swasta kayak but full loan ke.
      5) Jual kereta dekat Produa dan ambik kereta yg
      baru. Blh ke x..
      6) trade in kereta lama & ambil baru.. Blh x dkt
      Produa seluruh Malaysia kecuali sbh swk
      7) rekod ctris/citos blh x mohon full loan..

      Reply
      • ABG GYL on 17/11/2017 10:35

        1) smua cc dibekalkn leather seat ke.. – Hanya 1.5L Advance sahaja
        2) bulanan brp bg stiap Cc kereta.. – Boleh semak di laman web Perodua dan maaf kerana kami tidak jual kereta.
        3) blh buat full loan x.. Tempoh brp lama terikat ngn bank & bank ape yg disyorkn utk buat full loan.. – Boleh semak dengan salesman Perodua terdekat
        4) swasta kayak but full loan ke. – Semak dengan salesman terdekat
        5) Jual kereta dekat Produa dan ambik kereta yg baru. Blh ke x.. – Semak dengan salesman terdekat
        6) trade in kereta lama & ambil baru.. Blh x dkt Produa seluruh Malaysia kecuali sbh swk – Semak dengan salesman terdekat
        7) rekod ctris/citos blh x mohon full loan..- confirm tak boleh.

        Reply
    3. Sulaiman Sundani on 17/11/2017 01:06

      Maaf encik.. kegunaan minyak antara manual dengan auto berapa km/Liter? Yang di nyatakan di atas tak jelas menjadi tanda tanya

      Reply
    4. capit on 17/11/2017 08:31

      semua varian menerima penarafan 5-bintang 1.3L dan 1.5L

      Reply
    5. lemang on 17/11/2017 10:11

      Tak laku pulak la proton lepas ni… design proton hampeh!!

      Reply
    6. Sam Kunta Loo on 17/11/2017 23:42

      Hi, saya ada dua persoalan di sini:

      1) Ada tak perancangan untuk menawarkan Myvi 1.5 L dalam transmisi manual.
      2) Yang saya tak happy ialah tolok suhu air bagi Myvi terbaru ditinggalkan terus (sekarang hanya lampu biru dan merah sahaja) berbanding dengan Myvi generasi sebelumnya (bagi saya paparan suhu air dalam bentuk bar ataupun digital boleh diterima). Bagaimanapun saya menghargai komitmen Perodua dalam melengkapkan Myvi baru dari segi ciri-ciri dan spesifikasi seiring dengan peredaran semasa pada harga berpatutan.

      Reply
      • ABG GYL on 18/11/2017 14:20

        1) Ada tak perancangan untuk menawarkan Myvi 1.5 L dalam transmisi manual – Buat masa ini kami difahamkan tidak akan dikeluarkan.
        2) Yang saya tak happy ialah tolok suhu air bagi Myvi terbaru ditinggalkan terus (sekarang hanya lampu biru dan merah sahaja) berbanding dengan Myvi generasi sebelumnya (bagi saya paparan suhu air dalam bentuk bar ataupun digital boleh diterima). Bagaimanapun saya menghargai komitmen Perodua dalam melengkapkan Myvi baru dari segi ciri-ciri dan spesifikasi seiring dengan peredaran semasa pada harga berpatutan. – Nanti kami maklumkan pada Perodua.

        Reply
      • Man on 21/11/2017 07:46

        Zaman jalan jem teruk sekarang pun boleh terfikir nak pakai manual lagi ke?

        Reply
        • Lyana on 06/02/2018 15:00

          Tak ada masalah guna manual sebenarnya. Auto dan manual ada kelebihannya. Kalau auto asyik tekan brek saja pun lenguh kaki kanan. Saya dah rasa manual & auto… semuanya terpulang kepada diri masing2.

          Bagi saya seronok lagi memandu manual. Apa masalah dengan sesak? Auto ada N. Manual ada N juga.. Habis masalah

          Reply
          • Ahmad on 08/02/2018 10:17

            Nak gerak dlm je. Manual kena tekan clutch. Kaki tergantung. Lenguh kaki klu selalu sgt. Kalau auto lepas brake saja. Kaki tak tergantung..

            Reply
          • syed ggi3 on 14/10/2018 02:45

            sepatut perodua buat (B) gear,,time jem je sesuai auto.. kalau main bukit n selekoh mesti mau manual punya,, baru seronok..ye tak?

            Reply
    7. Hasyim on 19/11/2017 20:15

      1.3 underpower tak? Sebab body myvi baru agak besar sikit dari yg lama.

      Reply
      • Man on 21/11/2017 07:47

        Besar tp lebih ringan dari yg lama. X sampai 1 tan..

        Reply
    8. AMAN on 19/11/2017 20:28

      Xkerja boleh buat loan x? Name xde ctos cantek

      Reply
      • Nenekkau on 24/05/2018 03:14

        Apa kau berbual ni setan

        Reply
    9. Aregym on 26/11/2017 06:55

      Myvi baru ni bkn ikut platform toyota ‘i am’ ke?? Tanya je..

      Reply
    10. WAN J on 30/11/2017 19:21

      Saya Ada 1 Soalan,
      .
      Perodua sudah ke arah perkembangan teknologi,
      KENAPA Perouda tidak mencipta model yang berkuasa tinggi seperti 2.0 cc / 1.8 cc atau 1.6 cc…
      .
      Saya sebagai rakyat malaysia, saya bangga dengan product malaysia seperti Perodua yang Semakin Maju.
      .
      Sekian Terima Kasih.
      PanduLaju.com

      Reply
      • Ahmad on 08/02/2018 10:19

        Biar proton je buat kereta enjin cc besar. Tu pun kalau laku.. perodua bagus fokus kpd kenderaan kompak & mampu milik & enjin rendah & sederhana.

        Reply
    11. huhu on 14/12/2017 16:03

      alaaaa

      Reply
    12. Myvi Club on 15/12/2017 15:04

      Kenapa dalam brochure de tulis autolight/followhome ? Bila tgk dpn2 showroom xde pun autolight

      Reply
    13. Muhammad arshad bin mustapaha on 17/01/2018 00:06

      Kaler 1.3 pappermint tu cantik.. tp xde 1.5
      Kenape 1.3x full spec.. tp bodykit mcm togel je.. tak layak panggil full spec cmtu.. ptut bubuh la nama premium ke.. pastu bila nk gearup mcm 1.5H dia kata bodykit xleh masuk.. ape la..

      Reply
      • Haizad Mohamad on 19/04/2018 15:41

        mmg premium pun.. Premium X.. full specs hanya untuk 1.5 Adcance saja

        Reply
        • Haizad Mohamad on 19/04/2018 15:42

          *Advance

          Reply
    14. Sofea on 28/01/2018 19:56

      1)umur 19 tahun boleh ambil kereta ke? Gaji dalam 1700++

      2)boleh x buat full loan?

      Reply
      • ABG GYL on 29/01/2018 00:10

        Boleh try. Selamat berjaya

        Reply
      • sue on 19/07/2019 16:10

        dik..mehla dtg survey kt showrrom akak dkt sungai buloh..wsp 011-16930576.. :),nanti bolehla pilih kereta idaman dikalbu tu…

        Reply
    15. Yus on 21/02/2018 10:18

      Camna nak dapat 20 km perliter tu .

      Reply
    16. uda on 04/03/2018 23:17

      Myvi harga cepat jatuh bila jual balik,betul ker?
      Sepenuhnya guna enjin vios 2017?

      Reply
    17. Mohamad Faizal on 14/04/2018 09:37

      Salam.. Sbg sorang Muslim, lebih afdal jika Myvi 2018 Push Start/Stop button nya di sebelah kanan. Ikut Sunnah Nabi SAW, buat apa2 pun, mula dengan tangan kanan. Pandu sambil dapat pahala. Wallahualam..

      Reply
      • Noemi Patrick on 28/05/2018 15:57

        Nanti tekan pakai tangan kanan lah..

        Reply
        • Filler on 17/12/2018 22:05
          Reply
      • Tester on 30/06/2018 11:32

        Mcm mana skalipon, masuk keta tetap mula kaki kiri jugak. X dpt elak

        Reply
        • tom on 06/07/2018 16:24

          haha okay betul

          Reply
        • adibah mohammed diah on 24/07/2018 19:52

          Hahahaha. Nie lawak

          Reply
      • Muhammad arshad on 13/05/2019 08:12

        Saya setuju sbb bila belah kanan.. dia tersorok sikit.. bila belah kiri.. tgh dekat area radio.. anak saya gatal tangan suka tekan2.. tau2 bunyi.. ting.. ting..

        Reply
    18. Chan on 28/04/2018 16:00

      New.myvi 2018 1.5H aotu Sekarang ada stock tak?

      Reply
    19. Lina on 15/06/2018 23:10

      Kereta myvi 2018 ni tak ada auto lock macam myvi lama ya. Sbb myvi lama bila start engine and Kita telan pedal break dia akan auto lock pintu. Tapi yg model baru 2018 ni tk da . Kene tekan button lock .

      Reply
      • ABG GYL on 18/06/2018 21:03

        boleh pasang sendiri di kedai aksesori

        Reply
    20. Bell on 11/08/2018 22:38

      Kalau nak beli spoiler original model 1.3X berapa yer.?

      Reply
    21. faizul anuar hashim on 28/08/2018 14:35

      myvi 1.5H ada auto side mirror tak

      Reply
    22. Maz on 11/09/2018 13:31

      Push start button sebelah kiri. Kemungkinan utk tertekan lebih tinggi kerana di sebelah penumpang. Apa kesan sekiranya sedang memandu dan ada yg tertekan pust start button itu. Adakah enjin akan mati dan bagaimana fungsi stereng dan brek.. secara normalnya, kereta yg mati enjin stereng akan di lock dan brek kaki pun akan jadi berat..

      Reply
      • ABG GYL on 11/09/2018 23:39

        Apabila kenderaan bergerak, enjin tidak akan mati. cuma jika ditekan banyak kali, ia baru akan mati enjin.

        Reply
    23. huruhara on 23/10/2018 14:36

      1.5L AV ada manual transmission tak?

      Reply
    24. Milda on 10/02/2019 07:20

      Sgt bminat dgn myvi tbaru ni tp syg mgunakan teknologi push start button & keyless plak. Selamat ke? Rasanya lbh mudah pjenayah mcuri kereta mcm ni. Ada langkah terbaik x utk atasi masalah ni?

      Reply
      • sue on 19/07/2019 16:12

        keyless button ok je dik..selamat je..meh jumpa kt showrrom akak explain lebih.. 🙂

        Reply
    25. jie on 05/03/2019 17:17

      saya sebagai penguna myvi 1.5 advance yg terbaru nie sangat selesa dgn keadaan kereta tetapi saya pelik kenapa myvi advance 1.5 sekarang nie tak de tempat nak masukkan cd??sedangkan myvi advance model lama ada temoat cd…

      Reply
      • Abangmaibi on 18/04/2019 00:21

        Zaman sekarang ada yg pakai cd lagi ke?

        Reply
    26. Muhammad arshad on 13/05/2019 08:15

      Myvi baru ni bising.. sy pkai nk masuk 2 tahun setengah.. tak macam myvi lama (lagi best).. lagi kedap bunyi.. NVH lagi better.. bunyi tayar berdengung.. mcm kete lama

      Reply
    27. kimi on 01/06/2019 17:30

      Selamat sejahtera,

      Saya baru ambil myvi baru 1.5L.. dan baru guna 2 bln… tapi

      1) kenapa sy rasakan respon pada padel seakan lambat pabila kita menekan lebih lg ketika ingin memotong atau selepas melanggar bonggol jalan.. saya dapat rasakan perbezaannya kerana saya sudah gunakan myvi bermula model 1.3, kemudian 1.5 SE … 2 model lama ini sy rasakan lincah dan memuaskan

      2) Penggunaan bahan api saya menunjukkn bacaan 14km/L.. jika bawa dlm kelajuan 80 km/j baru boleh dapat sehingga 18km/L

      Soalan sy adakah memang begini atau kereta saya perlu di semak semula pada Produa ?

      ada sapa2 boleh bantu

      Reply
      • NANAJER on 09/01/2020 14:15

        setahu saya sbb eco mode..

        Reply
    28. Lajent on 22/06/2019 10:50

      Mohon ada la yg menjawab soalan ini .

      Reply
    29. Ila on 09/07/2019 18:01

      Aircond ok tak.. Yg tu je nak tanya

      Reply
    30. Fad on 21/08/2019 00:18

      Alza atau myvi terbaik? Minta pendapat. Tq

      Reply
    31. linda on 08/12/2019 10:24

      Slm nak tanya… kalau beli Myvi 1.5 Av, perlu di tinting lg ke walaupun dah ada solar and security window film?
      kalau perlu ditingting lg, apa kesan kat solar and security window film (contoh warranty ke)?

      Reply
    32. Sham on 13/12/2019 09:44

      Kenapa butang off aircond tak boleh single touch terus tutup? Susah la bila nak kena tekan byk kali turunkan speed kipas sampai OFF.

      Reply
    33. NANAJER on 09/01/2020 14:13

      KENAPA MYVI 2018 NI TAK ADA AUTO LOCK DOOR LEPAS KITA TEKAN BREK UNTK MASUK GEAR MCM MYVI SEBELUM NI..??

      Reply
    34. BK8 Indon on 13/07/2020 11:04

      BK8 indon dalam setiap kesempatan olahraga, kemungkinan terjadinya sesuatu tidak akan pernah diketahui, tetapi hal itu dapat diantisipasi, itulah yang dilakukan bandar judi saat mereka menentukan harga sebuah acara.

      Reply
    35. Faiz Najimi on 31/08/2020 21:40

      Bahan api yang sesuai digunakan untuk variant 1.5? Ron95 atau Ron97?

      Reply
    36. Manusia on 16/02/2021 00:33

      Kenapa seat myv bru ni kecik sgt , lenguh plk rse naik lelma

      Reply
    37. BK8 Indon on 01/07/2021 14:18

      Kereta design yang sangat menarik.

      Reply
    38. BK8 Indo on 18/07/2021 11:46

      BK8 merupakan situs taruhan online yang banyak menyediakan game populer mulai dari Sport , live casino , Roya suite , poker , slot , pacuan kuda dan masih banyak lagi

      Reply
    39. syahmi on 16/12/2021 18:09

      sya nk tya myvi sya ni parking jauh dri tmpat krj .lebih kurang jarak 100km.sya bawa kunci pergi pejabat .tiba2 kunci kreta berbunyi .ada masalah kn klau kunci kreta ni jauh dri kreta.tu soalanya

      Reply
      • AO on 22/12/2021 20:20

        Tanya Perodua

        Reply
    40. Ray on 30/08/2022 08:53

      APA PERBEZAAN COMPRESSOR AIRCOND MYVI 2018 1.3 DAN 1.5? DAN BOLEH KA 4PK MENGGUNAKAN 6PK?

      Reply
    41. Top up ff on 25/03/2025 23:24

      Halo awak merase terkesima dengan web ini

      Reply
    42. pentastogel on 07/12/2025 05:24

      bagus sekali ini produk barang. Kendaraan yang masih menjadi idola meski sudah beberapa tahun lalu.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.