Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Sebab Kenapa Anda Perlu Cuba Naik MRT Laluan Sungai Buloh – Semantan
Auto Terkini

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Cuba Naik MRT Laluan Sungai Buloh – Semantan

Abang GYLBy Abang GYL20/12/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

mrt percumaFASA pertama MRT laluan Sungai Buloh – Semantan dengan perjalanan sejauh 21km sudahpun dibuka secara rasmi kepada orang awam mulai 16 Disember lalu.

Manakala fasa kedua sejauh 30km yang membabitkan laluan dari Semantan ke Kajang dijadual beroperasi sepenuhnya pada 31 Julai 2017.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan penggunaan MRT secara percuma selama sebulan mulai tarikh dibuka.

Bukan itu sahaja, Rapid Rail turut menawarkan perkhidmatan bas pengantara secara percuma sepanjang tempoh itu. Dalam erti lain, tambang akan mula dikenakan kepada orang ramai mulai 17 Januari 2017.

mrt-percuma-1Yang pasti, orang ramai turut tidak ketinggalan mahu mencuba sendiri MRT baharu selain mengisi masa lapang bersama keluarga bersempena cuti sekolah.

PanduLaju juga tidak ketinggalan mahu mencuba dengan memulakan perjalanan dari stesen Semantan ke Sungai Buloh.

Setelah mengharungi perjalanan di 12 stesen di bermula Semantan ke Sungai Buloh, berikut adalah 10 sebab kenapa anda perlu mencuba MRT laluan baharu ini.

MRT1. BEROPERASI SEAWAL 6 PAGI

Untuk memudahkan orang ramai, tren MRT mula beroperasi seawal 6 pagi dan berakhir pada tengah malam. Kekerapan tren pula adalah setiap 3.5 minit bagi waktu puncak dan 5 hingga 6 minit untuk waktu biasa.

2. STESEN LUAS & SELESA

Pertama kali menjejak kaki di stesen Semantan, saya akui cukup teruja. Ruang menunggu cukup selesa dengan dilengkapi tempat duduk lebih luas.

3. INFORMASI LENGKAP

Jika anda pertama kali menaiki MRT, jangan bimbang kerana pelbagai informasi disediakan sama ada menerusi kaunter pertanyaan mahupun papan tanda. Papan tanda juga jelas menunjukkan arah yang sepatutnya anda tujui.

4. FASILITI TERKINI

Berdasarkan pemerhatian saya, kesemua stesen MRT memiliki eskalator dan lif untuk kemudahan orang ramai menaiki tren.

5. TREN LEBIH SENYAP

Berbanding dengan LRT dan Komuter, tren MRT ini adalah lebih senyap dan selesa. Tren yang digunakan juga adalah ringan dan dibina dengan bahan-bahan yang sukar terbakar.

6. MAKLUMAT PERJALANAN DIGITAL

Untuk kemudahan penumpang, setiap tren dipadankan informasi perjalanan termasuklah stesen-stesen akan dilalui menerusi papan digital. Bukan itu saja, ia turut memaparkan bahagian pintu yang akan dibuka bagi setiap stesen dilalui.

7. MESRA OKU

Warga OKU turut tidak dilupakan. Setiap stesen memiliki parkir OKU selain bahagian dalam tren memiliki tempat duduk khas untuk penumpang OKU.

8. TREN LEBIH LUAS

Tahukah anda, tren MRT empat gerabak ini mampu memuatkan sehingga 1,200 penumpang pada satu masa sama.

9. KESELAMATAN DIUTAMAKAN

Untuk keselamatan penumpang, setiap stesen dilengkapi palang pintu di mana ia akan terbuka sendiri apabila pintu tren dibuka.

10. TREN LAJU

Bagi anda yang tidak ketahui, tren MRT yang baharu ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 100km. Manakala perjalanan dari Stesen Semantan ke Sungai Buloh hanya mengambil masa 30 minit. Lepas ini senang la nak pergi IKEA atau 1Utama jalan-jalan.

KESIMPULAN

Walaupun menghadapi beberapa masalah teknikal sepanjang menaiki tren MRT ini pada hujung minggu lalu, kami berharap agar ia dapat diatasi dengan segeradan tidak berpanjangan.

Buat penumpang yang menaiki tren MRT baharu ini, kami berharap anda dapat bersama-sama menjaga kemudahan disediakan.

Bagi anda yang berkesempatan, jom ramai-ramai naik dan merasai keselasaan MRT yang baharu ini. Masih percuma lagi sehingga 16 Januari 2017.

GALERI

MRT
MRT MRT Corp MRT laluan Sungai Buloh - Semantan MRT Semantan MRT sungai buloh tren MRT
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026

    2 Comments

    1. Orang Bandar Bertamadun on 29/12/2016 15:18

      Ramai orang masih tidak tahu beratur terutama orang orang jakun dan berkumpul di depan pintu tren menghalang orang yang hendak keluar tidak dapat berbuat demikian.

      Reply
    2. Jamal Fun on 29/12/2016 19:10

      komuter dh snyap..model dahulu je bising..sbb pintu dia xkedap…LRT je yg bising..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.