Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»10 Fakta Pantas: BMW 840i Gran Coupé M Sport Lancar Secara Virtual di Malaysia, Harga RM968k
Roda4

10 Fakta Pantas: BMW 840i Gran Coupé M Sport Lancar Secara Virtual di Malaysia, Harga RM968k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia (BGM) buat kali pertama di Malaysia melancarkan BMW 840i Gran Coupé M Sport secara virtual menerusi laman shop.bmw.com.my pada harga jualan RM968,800.

Pada Mac lalu, BGM memperkenalkan BMW M850i xDrive Coupé untuk pasaran tempatan dan mendapat sambutan baik daripada kalangan peminat jenama Jerman itu. Meneruskan keterujaan sama, BGM tidak menunggu lama untuk membawa masuk pula coupe sport 4-pintu paling mewah setakat ini.

BACA >>> BMW ‘The 8’ – Coupe Sport Mewah dengan Prestasi Super Kini di Malaysia, RM1.1 Juta

Berikut 10 fakta menarik yang perlu anda tahu tentang BMW 840i Gran Coupé M Sport:

1. Coupé BMW ini dikuasakan enjin 6-silinder sebaris 3.0L TwinPower Turbo berkuasa 340hp @ 5,000-6,500rpm dan tork 500Nm @ 1,600-4,500rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 5.2 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.

2. Rupa luaran menampilkan gril signatur ‘buah pinggang’ lebar yang menyerlahkan imej pusat graviti lebih rendah. Ia dipadankan dengan ambilan udara M Sport besar bawah bampar dan lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) berserta ciri bantuan lampu suluh tinggi (AHB). Berbanding model BMW lain, rekaan lampu utama model ini lebih tirus.

3. Coupe mewah ini juga dipadankan kit aerodinamik BMW M sebagai tambahan kepada pakej standard BMW M Sport. Siluet coupe dapat dilihat pada jarak roda (wheelbase) panjang dan garis bumbung bentuk coupé yang melandai ke belakang.

4. Lampu belakang LED  bentuk L menyerlahkan visual lebar dan dilengkapkan dengan paip ekzos dengan difuser pakej M Sport.

5. Jarak roda dipanjangkan 200mm. Ini membolehkan pintu belakang dibina tanpa bingkai, dan memberikan ruang kabin lebih luas. Bahagian roda dipsangkan rim aloi ringan M 20 inci dengan paten jejari Y dan dibalut tayar bersaiz 245/35 di depan dan 275/30 di belakang.

6. Bumbung panoramik memberikan tambahan cahaya ke dalam ruang kabin yang mendapat kemasan mewah seperti berikut:

  • Lapik kepala Anthracite BMW Individual
  • Kemasan kulit tambahan Merino BMW Individual
  • Kemasan kulit kelabu metalik berkilat
  • Elemen kaca aplikasi ‘Crafted Clarity’
  • Sil pintu iluminasi M
  • Panel instrumen dan kemasan kulit hitam ‘Walknappa’ pada panel pintu kulit hitam dengan sulaman benang kontras
  • Stereng kulit M

7. Bagi ketenangan pemanduan, model ini menyediakan sistem hiburan dan komunikasi lengkap, terdiri daripada:

  • Pakej BMW Connected Professional merangkumi Panggilan Kecemasan Pintar, Teleservice, Servis Concierge dan Servis Remote, Apple CarPlay, Kunci BMW Digital dan Bantuan Personal Pintar
  • Kawalan Gerakan Tangan BMW
  • BMW Live Cockpit Professional dengan paparan skrin digital penuh 12.3-inci
  • Sistem Navigasi Profesional BMW bersama skrin sentuh 10.25-inci dengan sistem yang disokong oleh cakera keras termasuk kemudahan penyimpanan fail audio
  • Fungsi tambahan untuk peranti bluetooth / USB dengan pengecasan tanpa wayar, sistem bunyi sekeliling Harman Kardon (464W, 16 pembesar suara)x

8. 840i Gran Coupé M Sport dilengkapi ciri Driving Assistance Professional seperti berikut:

  • Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dengan fungsi henti-gerak (Stop & Go)
  • Amaran Tukar Lorong (LCW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) dengan perlindungan rempuhan sisi aktif
  • Bantuan Kawalan Lorong dan Stereng (SLCA)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dengan bantuan brek
  • Amaran Trafik Lintas (CTA) depan dan belakang
  • Elak rempuhan belakang (RCP)
  • Amaran lintas jalan dengan fungsi brek bandar
  • Bantuan parkir Parking Assistant Plus dengan kamera papar keliling

9. Ada enam pilihan warna ditawarkan:

  • Barcelona Blue
  • Sonic Speed Blue
  • Carbon Black
  • Black Sapphire
  • Mineral White
  • Sunset Orange

Warna pilihan akan dipadankan dengan kemasan kulit BMW Individual dalam pelbagai kombinasi warna premium seperti Black, Night Blue, Cognac, Tartufo dan Fiona Red.

10. Pelanggan boleh membuat tempahan BMW 840i Coupé M Sport secara atas talian menerusi shop.bmw.com.my dengan bayaran deposit RM10,000.

BACA>>>10 Fakta Pantas: BMW Z4 sDrive30i M Sport Kini di Malaysia, Harga RM480k

GALERI
autoterkini BMW BMW 840i Gran Coupé M Sport BMW Group Malaysia BMW Group Malaysia (BGM) Coupe Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Toyota GR86 2027 Terima Warna Thunder Baharu, Penambahbaikan Kawalan, Kabin dan Keselamatan

    02/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

    26/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    25/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie02/06/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.