Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»10 Fakta Pantas: Aprilia Tuono V4 X (2021) Edisi Terhad Diperkenal, Harga RM172k
Roda2

10 Fakta Pantas: Aprilia Tuono V4 X (2021) Edisi Terhad Diperkenal, Harga RM172k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIBA-tiba berlaku pertempuran sengit dalam segmen sportbike hypernaked dan pesaing terbaharu dalam kategori berkenaan ialah Aprilia Tuono V4 X (2021) sebagai model edisi terhad (10 unit sahaja) dikeluarkan Aprilia Racing yang dibangunkan untuk beraksi di litar. Inilah apa dimaksudkan ‘X’ untuk Tuono V4!

1. Aprilia mendakwa V4 X adalah sebahagian program Factory Works yang menggunakan teknologi perlumbaan untuk diperkenalkan kepada umum menerusi motosikal yang mengoptimumkan spesifikasi trek.

2. Aprilia Tuono V4 X (2021) tidak nampak seperti model naked terdahulu. Fairing dipasangkan winglet rendah, dan dibuat daripada gentian karbon yang mengambil ilham fairing RS-GP MotoGP. Sebagai bonus, fairing diberikan grafik Bol d’Or.

3. Trenkuasa jentera naked ini mampu menjana kuasa setinggi 221hp, diukur menerusi engkol. Enjin dibina berasaskan trenkuasa RSV4 1100 Factory yang dipadankan sistem ekzos Akrapovič bersama header titanium dan tip ekzos gentian karbon. Bahagian ambilan dilancarkan menggunakan penapis udara Sprint aliran tinggi yang turut digunakan RS-GP.

4. Unit kawalan elektrobik (ECU) dibangunkan Aprilia Racing. Semua mod memiliki kuasa penuh yang mendapat manfaat darioada ekzos Akrapovic. Mod berbeza akan melaraskan kawalan traksi, brek enjin dan kemampuan mitigasi-wheelie elektronik. Tukaran gear tanpa klac distandardkan menerusi ciri Quick Shifter.

5. Paparan TFT direka untuk kegunaan trek yang mana sensor GPS akan menghantar maklumat masa lap sebagai paparan utama. Sebagai jentera litar, model ini memiliki sistem elektrik yang ringkas.

6. Sistem suspensi mengunakan unit Öhlins Smart EC 2.0 semi-aktif yang dipasnagkan pada casis aluminium. Bahagian roda menggunakan rim magnesium tuang Marchesini dibalut  tayar slik.

7. Bahagian brek menggunakan kaliper aluminium bilet Brembo GP4-MS dan sebagai tambahan kepada grip kaliper berkualiti MotoGP, model ini dipasangkan cakera kelas tinggi T-Drive yang diambil daripada jentera Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dan MotoGP.

8. Walaupun tangki minyak X mengekalkan bentuk Tuono standard, tetapi lebih ringan dan diberikan penutup tangki aluminium bilet. Sebenarnya ada banyak komponen aluminium bilet digunakan model ini bagi mengurangkan berat jentera seperti peg kaki boleh laras, gad kotak engkol, gad tuil brek dan klac.

9. Berat kering ialah 152kg. Namun faktanya berat kering tidak memberi sebarang makna kerana apa yang penting bagi sesebuah motosikal ialah berat dengan isian tangki penuh. Inilah dikatakan pelumba MotoGP, Aleix Espargaró daripada pasukan Aprilia Racing Gresini mengenai Tuono V4 X (2021) selepas menguji jentera itu di Red Bull Ring.

Menurutnya;

Aku tidak pernah uji motor hendal tinggi di trek dan terkejut dengan fiil stabiliti. Enjinnya gila dan kau tak bergelut dengan arkitektur casis. Sebaliknya, kedudukan menunggang dan elektronik menjadikan ia sangat menyeronokkan.”

10. Tuono V4 X (2021) dijual pada harga €34,900 (RM172,736).

BACA >>> Aprilia Tuono V4 1100 Factory (2019) Terima Suspensi Öhlins Semi-Aktif?
BACA >>> #Tahukah Anda: Kenapa Tayar Ganti Lebih Kecil daripada Tayar Biasa?
BACA >>> #ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?

GALERI

SUMBER: UltimateMotorcycling

Aleix Espargaro Aprilia Aprilia Racing Aprilia Tuono V4 X (2021) roda2 superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.