Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»10 Fakta Ford Focus (2019) Serba Baharu yang Perlu Anda Tahu
Roda4

10 Fakta Ford Focus (2019) Serba Baharu yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia hatchback dan sedan kompak, banyak jenama menumpukan kepada teknologi bagi setiap generasi baharu yang diperkenalkan dalam usaha merapatkan jurang antara kemampuan dan kemewahan. Selain aspek mewah, sesebuah kereta itu juga perlu seronok dipandu, praktikal untuk kegunaan harian dan serba guna bagi semua orang.

Selepas mengambil kira semua keperluan tersebut, jelas sekali sedan dan hatchback kompak meraih pengiktirafan tertinggi. Misalnya Ford yang saban generasi yang sentiasa menghasilkan model kompak yang fenomena kepada pengguna.

BACA >>> Ford Focus (2016) Baharu : Tampil Enjin Kompak Berkuasa Tinggi Pada Harga Serendah RM118,888

Ford Focus sedia ada misalnya ialah contoh cemerlang yang menjadi antara kompak paling seronok dipandu, kurang-kurangnya sebelum kemunculan Honda Civic generasi baharu. Kini dengan kemunculan model baharu Focus (2019), iaitu generasi ke-4, pasti ia menggembirakan ramai peminat permotoran. Sebelum rasmi dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) pada 2019, mari kita ketahui 10 fakta tentang model berkenaan.

1. MEMANG SERBA BAHARU

Ford kerap mengitar semula platform apabila melancarkan model baharu dengan merombak semula model sedia ada bagi mengurangkan kos pembangunan. Itu bukan keputusan teruk kerana platform digunakan pun sudah memiliki asas yang baik, cuma kemasan akhir agak lapuk. Namun, Focus baharu ini dibangunkan sebagai model baharu sepenuhnya dengan memberikan tumpuan spesifik kepada keinginan dan keperluan pembeli global.

2. DALAMAN LUAS, LUARAN KOMPAK

Ford Focus direka supaya nampak besar di luar, dan masih mengekalkan dimensi sama seperti model semasa. Bagaimanapun, Focus kali ini menambah baik aspek keluasan dalaman supaya menepati kehendak ramai pembeli. Ford mendakwa menambah ruang bahu 2.4-inci, dan ruang kaki 2.8-inci untuk penumpang belakang.

3. KURANG KONFIGURASI

Ini mungkin memberikan tanggapan negatif, tetapi secara global, Focus terdahulu sedia menawarkan sebanyak 360 konfigurasi. Dengan model baharu, Ford mengurangkan konfigurasi kepada 26 sahaja. Namun, dalam usaha mengurangkan kos, Ford meningkatkan kemampuan pengurusan kawalan kualiti.

Menurut Ford, pengurangan jumlah konfigurasi bermakna pembeli lebih mudah memilih konfigurasi model yang tepat dan sesuai dengan keperluan. Ingat, semua 26 varian itu merentasi gaya badan model itu: sedan, hatchback dan stationwagon. Jadi, jumlah varian spesifikasi AS lebih mudah dipilih untuk pasaran negara itu.

4. FOKUS KESELAMATAN

Ford Focus baharu dilengkapi pakej teknologi keselamatan terbaharu, digelar Co-Pilot360, yang menggabungkan ciri keselamatan dan sistem bantuan pemandu. Ini termasuk ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC); lengkap dengan pengecaman tanda kelajuan, berhenti dan bergerak, kekal lorong; Sistem Lampu Depan Adaptif (AFLS) berasaskan kamera yang mampu menyuluh tanda trafik.

Focus juga dilengkapi fungsi Bantuan Parkir Aktif (APA) yang kali pertama menggabungkan pemilihan gear untuk lebih kawalan autonomi, manakala Bantuan Elak Stereng (ESA) ialah ciri pertama dilengkapkan pada model segmen kompak yang secara automatik membantu pemandu mengelak kenderaan yang tiba-tiba berhenti atau perlahan.

5. MASA DEPAN SALING BERHUBUNG


Menjelang 2020, Ford mahu 90 peratus kenderaan baharu dilengkapkan sambungan Internet. Jadi menerusi Focus baharu ini, Ford membekalkan ciri FordPass Connect, berupa teknologi modem terbina dalam yang membolehkan 10 peranti dihubungkan dengan sambungan hostspot WiFi dalam kereta. Sistem ini dijangka dijadikan ciri standard setiap model pasaran AS.

6. HIBURAN BERGERAK GAYA BAHARU

Focus baharu dihubungkan dalam banyak cara. Antaranya, kemas kini ‘Live Traffic’ semudah menggunakan sistem navigasi, tetapi FordPass Connect juga membolehkan pemandu mengesan kenderaan menerusi aplikasi mobil.

Ini termasuk memeriksa paras minyak, jangka hayat minyak pelincir, status penggera dan lain-lain. Segalanya boleh dipantau menggunakan aplikasi yang dimuat turun dalam telefon pintar. Malah, pemilik dapat mengunci, dan membuka kereta menerusi telefon pintar, termasuk menghidupkan enjin secara kawalan jauh. Ada juga peranti pengecas wayarles.

7. SYNC3 – BUKAN BAHARU TETAPI PENTING


Ini bukan teknologi baharu untuk Ford, tetapi bagi Focus, sistem infotainment SYNC3 ialah ciri penting dan diberikan banyak penambahbaikan yberbanding generasi terdahulu. Sistem skrin sentuh berwarna 8-inci kini berfungsi seakan telefon pintar seperti fungsi lengser (swipe) dan jepit (pinch). SYNC3 juga kini sesuai Android Auto dan Apple CarPlay, termasuk membenarkan pemandu mengawal semua fungsi asas seperti telefon, radio, navigasi dan kawalan suhu menerusi arahan suara.

8. ENJIN DAN TRENPACU

Di peringkat antarabangsa, Ford menawarkan 3 varian enjin:

  • Ecoboost 3-silinder 1.0L turbo
  • EcoBoost 1.5L
  • EcoBlue diesel 2.0L.

Transmisi pula daripada jenis automatik 8-kelajuan yang kali pertama ditawarkan dengan sistem pintar yang mampu membaca gaya pemanduan pemandu dan meramal paten penukaran gear.

9. FOCUS ST LEBIH KOMPAK

Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi, hot-hatch popular, Focus ST mungkin dilengkapkan enjin 1.5L turbo. Walaupun hilang separuh liter sesaran, enjin baharu ini dijangka mampu menjana lebih kuasa berbanding enjin 2.0L sedia ada.

BACA >>> Ford Focus RS – 493hp dengan Rim Vossen 'Merah Mak Ngah'

10. FOCUS RS ELEKTRIK

Juga tiada pengumuman rasmi dibuat dan masih dalam kategori khabar angin. Bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan Ford bakal melengkapi Focus RS dengan sistem elektrik 48-volt untuk lonjakan prestasi hibrid ringan (mild hybrid). Masih mengekalkan sistem pacuan semua roda (AWD) dan mod drift, model EV baharu itu nanti akan tampil lebih berkuasa dan kurang masalah lengah (lag) turbo.

GALERI

SUMBER: CarBuzz

Ford Ford Focus Ford Focus (2019) hatchback Roda4 Segmen C
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026

    1 Comment

    1. Amran on 03/05/2018 07:52

      Ford? Oh trauma!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.