Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 10 Alat Ganti Kereta Paling Kerap Ditukar, dan Bilakah Perlu Diganti?
Autotainment

#TahukahAnda: 10 Alat Ganti Kereta Paling Kerap Ditukar, dan Bilakah Perlu Diganti?

Han OthmanBy Han Othman30/12/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN yang kita bawa memerlukan penyenggaraan berkala. Sesetengah alat ganti perlu ditukar akibat rosak dan ada mesti diganti akibat masalah haus dan lusuh (wear and tear) disebabkan kesan penggunaan dan usia kenderaan.

Berikut kami senaraikan 10 alat ganti kereta paling kerap ditukar. Sikap melengah-lengah atau sikap ambil mudah bukan saja menyebabkan masalah berterusan, tetapi turut mendedahkan pemandu kepada risiko kemalangan jalan raya. Hati-hati!

1. BATERI

tukar-bateri-kereta

Apabila bateri kenderaan anda semakin berusia, prestasi enjin merosot dan risiko kegagalan enjin meningkat. Pada situasi tertentu, kereta anda mungkin perlu ‘jump start’ (pemula lompat) untuk menghidupkannya. Lapisan asid dan cas rendah ialah sebab biasa yang menyebabkan kegagalan bateri. Namun, ia juga berpunca akibat tabiat pemanduan teruk seperti terlupa menutup lampu, membiarkan penyaman udara terpasang apabila kereta tidak dihidupkan dan meninggalkan kereta terlalu lama.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?

Penyelesaian terbaik, ganti bateri setiap 4-5 tahun dan periksa sekerap mungkin bagi memastikan terminal tidak kotor dan kabel tidak rosak, termasuk kerosakan fizikal lain.

2. LAMPU LUARAN

tukar-lampu-belakang

Lampu brek, signal belok, lampu belakang dan lampu luaran kecil lain cenderung mengalami kerosakan berbanding lampu utama. Ramai pemandu tidak perasan kondisi lampu kenderaan mereka kerana duduk di dalam, jadi pemeriksaan berkala perlu dibuat.

BACA >>> 5 Tip Periksa Lampu Kereta Supaya Kekal Berfungsi dan Selamat

Minta bantuan rakan untuk berdiri di luar ketika menguji semua lampu kenderaan. Sebarang mentol terbakar perlu ditanggalkan daripada perumah, digantikan dan diuji sekali lagi supaya berfungsi dengan baik. Cara menanggal dan memasang mentol dapat dirujuk pada manual pengguna.

3. ROTOR BREK

rotor-brek

Rotor atau cakera menghalang sistem brek kenderaan daripada panas melampau ketika diaktifkan. Bagaimanapun, geseran yang berlaku daripada pad brek dan kaliper boleh menyebabkan rotor jadi kurang efisien. Jika terlalu haus, kereta anda berisiko mengalami kegagalan sistem brek.

BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek, daripada Blok Kayu kepada ABS, EBD dan BA

Beri perhatian kepada bunyi kiut, keriut dan menderam serta sebarang sensasi denyutan (pulsing) ketika membrek. Semua tanda itu memerlukan pemeriksaan segera terhadap sistem brek.

4. CERMIN DEPAN (WINDSHIELD)

cermin-pecah

Debu berterbangan dan serpihan kotoran yang terkena cermin depan semasa memandu boleh menyebabkan masalah retak tekanan. Jika kemalangan, cermin depan itu mungkin musnah habis.

Cucian berkala pada permukaan cermin depan bukan saja boleh mengelak masalah calar, tetapi beberapa langkah awal boleh dilakukan jika ada keretakan dikesan. Anda boleh menghalang retak tekanan daripada merebak dengan menggunakan pita jernih dan menyimpan kereta  di bawah suhu konsisten hingga cermin baharu dipasang.

Sebagai persediaan awal, anda boleh mengambil insurans khas perlindungan cermin depan ketika memperbaharui insurans dan cukai jalan.

5. SISTEM PEMANTAUAN TEKANAN TAYAR (TPMS)

tpms-tekanan-tayar

Menyenggara tekanan tayar menjadi lebih mudah apabila kereta memiliki sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) yang berfungsi baik. Namun, kegagalan bateri boleh menyebabkan ciri keselamatan itu tidak dapat beroperasi baik.

Ada 2 jenis sistem:

  • Sistem tidak langsung – membaca tekanan tayar daripada sensor dalam Brek Anti-Kunci (ABS) dan memastikan paras tekanan betul dengan memantau jumlah putaran setiap roda.
  • Sistem langsung – memiliki sensor yang terletak dalam tayar untuk memberikan bacaan lebih tepat. Kekurangan, apabila sistem tidak berfungsi, anda memerlukan bantuan pakar.

6. KOMPONEN LAMPU DEPAN

tukar-lampu-utama

Lampu depan yang berfungsi baik sangat penting untuk keselamatan pemanduan malam atau cuaca gelap. Jika lampu tidak memberikan cukup pencahayaan, anda berisiko terbabit kemalangan disebabkan tahap kejelasan penglihatan yang rendah.

Atasi masalah ini dengan:

• Ganti mentol terbakar apabila satu lampu rosak.
• Periksa relay, fius, pendawaian dan suis apabila kedua-dua lampu depan tidak berfungsi, dan gantikan seperti diperlukan.
• Periksa alternator jika lampu depan malap. Ini ada kaitan dengan sistem pengecajan.

7. PALAM PENCUCUH

tukar-palam-pencucuh

Masalah prestasi seperti kesukaran menghidupkan kenderaan, pecutan perlahan, pemelahuan (idling) kasar dan salah cetusan (misfiring) atau pusuan (surging) enjin mungkin menandakan anda memerlukan palam pencucuh baharu.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran

Baik pulih ini tidak mahal dan tidak terlalu sukar untuk menggantikannya sendiri. Lihat manual pengguna untuk mengesan kedudukan palam pencucuh, dan perhatikan sebarang tanda kehausan dan kelusuhan. Berhati-hati membuka palam pencucuh lama, bersihkan alur (thread) dalam terminal dan lincirkan palam pencucuh baharu sebelum memasangkannya.

8. ALAT KAWALAN MASUK TANPA KUNCI (KEYLESS ENTRY)

sistem-masuk-tanpa-kunci

Walaupun sistem masuk tanpa kunci boleh jadi penyelamat nyawa ketika anda menuju kereta dengan tangan dipenuhi barang, sistem ini juga tidak asing dengan masalah. Masalah paling biasa berlaku ialah kegagalan bateri pada alat kawalan dan ia boleh diatasi dengan menggantikan bateri baharu. Satu lagi masalah berpunca daripada cara alat kawalan tersebut disimpan secara tidak sepatutnya.

Perkara lain yang kerap berlaku adalah pengaktifan luar jangkaan bagi amaran panik dan mekanisme mengunci akibat tertekan punat secara tidak sengaja. Jika sistem tidak berfungsi dan bateri bukan punca masalah, minta mekanik periksa litar alat kawalan, dan juga motor dalam kunci pintu kenderaan.

9. HENDAL DAN KUNCI PINTU

tukar-pengunci-pintu

Kekerapan keluar masuk kenderaan boleh menyebabkan kelusuhan dan kegagalan pada kunci pintu. Mekanisme dalam kunci untuk membuka pintu dipanggil silinder kunci, dan ada beberapa tanda yang menunjukkan ia mungkin perlu diganti:

• Kunci kereta tersekat, termasuk patah dalam kunci.
• Kunci hanya dapat membuka beberapa pintu, dan bukan semua.
• Kunci kereta dapat dimasukkan dalam kunci, tetapi tidak dapat dipulas.

Masalah begini ialah kerosakan mekanikal biasa dan perlu dibaiki segera untuk keselamatan anda dan penumpang.

10. FIUS

kotak-fius-kereta

Jika anda mengalami masalah berterusan dengan bilah pengelap cermin, pengelip, pemanas dan instrumen kenderaan lain, anda mungkin menghadapi masalah kerosakan fius.

Bagi memastikan sama ada fius bermasalah atau tidak, cari kotak fius dalam kereta dan periksa sebarang fius hitam. Anda juga boleh memegang fius dan menghalanya di depan punca cahaya untuk melihat jika wayar dalaman sudah patah. Fius terbakar tidak boleh dibaiki, tetapi dalam banyak kes anda boleh menggantikannya sendiri.

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu memeriksa semua bahagian itu secara berkala dengan mencari tanda kehausan yang mungkin memerlukan ia digantikan. Penyenggaraan teliti mampu membuatkan kenderaan anda berfungsi dengan baik dan dapat dipandu baik.

10 alat ganti kereta paling kerap diganti alat ganti kereta autotainment tip automobil tip kereta tip penyenggaraan kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

3 Comments

  1. Norarnida on 13/06/2017 17:45

    Bagaimana mahu memastikan water pump berfungsi dengan baik?

    Reply
  2. mapakakdikdanish on 29/05/2018 17:14

    salam..kereta saya problem sbb fius byk xcukup …kat mne sy nk beli Fius ni ye?1set berapa ye? tolong…

    Reply
  3. Mdyie on 23/10/2019 11:20

    Kalau kita sedang memandu tiba2 kederaan semput kenapa yea?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.