Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Zontes Perkenalkan Skuter Maksi Premium Siri 350, Harga Mula RM23.8k!
Auto Terkini

Zontes Perkenalkan Skuter Maksi Premium Siri 350, Harga Mula RM23.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ZONTES Distribution (Zontes) memperkenalkan dua varian skuter maksi siri 350 yang dilengkapi ciri premium ke pasaran tempatan dengan dua varian iaitu 350D dan 350E, menggunakan trenkuasa sama.

Zontes ialah anak syarikat Eurotech Wheel Distribution yang merupakan pengimport dan pengedar rasmi motosikal Zontes di Malaysia. Siri 350 menandakan langkah pertama Zontes melangkah ke segmen skuter tempatan. Berikut ialah perinciannya:

TRENKUASA

  • Enjin 4-lejang jenis silinder tunggal 349cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api, menawarkan kuasa 36hp dan tork 38Nm.
  • Kotak gear jenis yang dipadankan dengan kotak gear CVT.
  • Jaminan am diberi selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km.
  • Waranti komponen enjin pula selama tiga tahun atau 30,000km, tertakluk kepada terma dan syarat.

PERSAMAAN CIRI

  • Varian 350D dan 350E menggunakan sistem kawalan tanpa kunci 3.0 untuk memudahkan enjin dihidupkan.
  • Skrin TFT berwarna 6.7 inci dengan sambungan telefon bimbit.
  • Visor angin boleh laras secara elektronik.
  • Dua port pengecasan pantas 18W dengan penyambung jenis A dan C.
  • Ciri keselamatan sama ialah set brek cakera depan dan belakang dengan kaliper 4-piston J Juan.
  • Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwisaluran, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan lampu LED OSRAM.

ZONTES 350D

  • Harga jualan asas RM23,800
  • Direka untuk tunggangan dalam bandar.
  • Memiliki bentuk badan lebih kecil dan ringan, berbekalkan berat 190kg.
  • Tangki bahan api 12 liter, anggaran jarak tunggangan 400km dengan mod ECO. Kadar penggunaan bahan api 3.5 liter setiap 100km
  • Dua warna iaitu perak dan hitam.
  • Sesuai untuk penunggang peringkat usia pertengahan (31 hingga 40 tahun).
  • Dimensi panjang 2,025mm, lebar 780mm dan tinggi 1,405mm. Jarak bumi 135mm.
  • Ketinggian pelana 760mm.
  • Rim aloi 15 inci dengan saiz tayar 120/70, belakang rim 14 inci beserta tayar 140/70.

ZONTES 350E

  • Harga jualan asas RM25,800.
  • Memiliki jarak roda lebih panjang 1,565mm (350D: 1,405mm).
  • Kapasiti tangki petrol 16 liter, anggaran jarak perjalanan 457km.
  • Berat skuter 203kg.
  • Ruang simpanan bawah pelana 50 liter, mampu memuatkan dua topi keledar muka penuh.
  • Ada dua ruang simpanan kalis air besar di depan, dapat memuatkan empat botol air 500ml.
  • Hendal aloi aluminium bersepadu boleh laras dua tahap (depan dan belakang).
  • Ada ciri pemanas grip.
  • Sasaran pembeli dan pilihan warna sama seperti varian 350D.
  • Dimensi panjang 2,195 mm, lebar 795 mm dan tinggi 1,395 mm. Jarak bumi 155mm.
  • Ketinggian pelana 770mm.
  • Rim aloi depan 15 inci dengan tayar saiz 120/70, belakang rim 14 inci dibalut tayar 140/70. Tayar digunakan jenis semi slick.

GALERI

Zontes 350D

ZONTES 350E

autoterkini Eurotech Wheel Distribution roda2 skuter maksi 350cc Zontes 350D Zontes 350E Zontes Distribution zontes Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Subsidi Bersasar RON95 Perlu Lebih Jelas, Elak Rakyat Keliru Status T15, T20

    13/05/2026
    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.