Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Z-ProMiles Takaful Tawar Perlindungan Khas Buat Pengguna Lebuhraya PLUS
Auto Terkini

Z-ProMiles Takaful Tawar Perlindungan Khas Buat Pengguna Lebuhraya PLUS

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ZURICH Malaysia (Zurich) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bekerjasama meluaskan perlindungan mobiliti jalan raya menerusi penawaran perkhidmatan kepada pelanggan Lebuhraya PLUS.

Langkah itu adalah untuk memberi ketenangan kepada pelanggan melalui pelan takaful khas, dan produk pertama diperkenalkan menerusi kerjasama Zurich-PLUS ialah Z-ProMiles Takaful.

BACA >>> Modenas, Allianz Partners Jalin Kerjasama Tawar Pakej Lanjutan Waranti Motosikal
BACA >>> AutoGen Plus: Insurans Lanjutan untuk Pembeli Kereta Terpakai, Pakej Serendah RM298

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich General Takaful, Shamsul Azman berkata;

Z-ProMiles Takaful ditawarkan kepada ahli PLUSMiles (program ganjaran PLUS) yang menyediakan Faedah Akibat Kesulitan, Penginapan Hotel dan Elaun Penggantian Kereta jika pelanggan memerlukan perlindungan tambahan ketika dalam perjalanan menggunakan Lebuhraya PLUS.

“Manfaat ini adalah tambahan kepada manfaat kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal akibat kemalangan dan pendapatan hospital akibat kemalangan.”

Shamsul berkata, Z-ProMiles Takaful mudah diakses dan memberi perlindungan semasa dalam perjalanan kepada pelanggan Lebuhraya PLUS yang juga ahli PLUSMiles untuk memilih pelan perlindungan bersesuaian mengikut keperluan dan bajet masing-masing.

Shamsul berkata;

Setiap nyawa amat berharga. Banyak nyawa dipertaruhkan di jalan raya setiap hari, dan perkara terbaik boleh dilakukan adalah melindungi diri dan orang tersayang selain berhati-hati ketika dalam perjalanan.

“Sebagai pengguna jalan raya, kami memahami kegusaran pelanggan jika berlaku kejadian tidak diingini ketika berada di jalan raya. Perlindungan kenderaan bermotor adalah pelan jaminan bagi mod pengangkutan kita, tetapi kebanyakan orang tidak dilindungi daripada kejadian tidak dijangka seperti berlaku kerosakan kenderaan di lebuh raya.”

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula berkata;

Keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuh raya adalah keutamaan kami. Kami sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan dan kemudahan nilai tambah bagi membolehkan perjalanan yang selesa ketika di lebuh raya kami.

“PLUS berpegang kepada prinsip keselamatan jalan raya 3E kami, iaitu Engineering, Enforcement and Education (Kejuruteraan, Penguatkuasaan dan Pendidikan). Pada masa sama, kami sentiasa mencari rakan strategik dan usahasama bagi membantu meningkatkan nilai kepada pelanggan.

“PLUS memacu keselamatan jalan raya melalui pasukan peronda lebuh raya kami, PLUSRonda, Pusat Pemantauan Trafik, audit keselamatan jalan raya berkala, dan penglibatan serta kerjasama berterusan dengan pihak polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).”

Pengguna yang berminat memohon perlindungan Z-ProMiles Takaful boleh mendaftar sebagai ahli PLUSMiles melalui Aplikasi PLUS atau layari portal https://pluscare.plus.com.my dan mengambil pelan perlindungan Z-ProMiles Takaful.

Perlindungan Z-ProMiles Takaful meliputi kejadian trafik tertentu di lebuh raya kendalian PLUS, iaitu:

  • Lebuhraya Utara-Selatan (NSE)
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Jambatan Pulau Pinang

BACA >>> JPJ Saman Kenderaan Perdagangan Tiada Lesen Memandu, Insurans, dan Cukai Jalan Mati
BACA >>> Pembonceng Motosikal Pun Dapat Perlindungan dengan Insurans Allianz Motorcycle Plus
BACA >>> Bakar 3 Kereta termasuk Bentley, Nak Tuntut Insurans untuk Langsai Hutang Ah Long

Auto Terkini autoterkini Pelan Takaful PLUS Perlindungan Insurans Lebuh Raya Plus Malaysia PLUS Malaysia Berhad (PLUS) tuntutan insurans Zurich Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.