• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir

Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir

December 23, 2021 By Farah Leave a Comment

834
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DISEBABKAN Malaysia kini berdepan bencana banjir di beberapa negeri, ramai pemilik kenderaan mempersoalkan kenapa insurans tiada perlindungan jika berlaku bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan seumpamanya.

Persoalan itu dijawab ejen insurans dan cukai jalan (road tax), @Laiyyinah Muthalib menerusi video dalam akaun TikToknya.

@laiyyinahmuthalibDilaporkan hampir 80% kereta tidak boleh claims insurans & ada kemungkinan total loss 😭 ##learnontiktok♬ original sound - Laiyyinah Muthalib

Menurut Laiyyinah, sebelum mendapatkan cukai jalan, pemilik kenderaan perlu terlebih dahulu membeli insurans kenderaan mereka pada setiap tahun.

Bagaimanapun, kebanyakan orang itu hanya membeli 'insurans asas' hanya untuk tuntutan kemalangan, kehilangan dan kebakaran sahaja yang tiada perlindungan untuk kes bencana alam.

BACA >>> Bakar 3 Kereta termasuk Bentley, Nak Tuntut Insurans untuk Langsai Hutang Ah Long

Bagaimanakah Hendak Dapatkan Perlindungan Bencana Alam?

Jelas Laiyyinah, pemilik perlu menambah perlindungan tambahan, dipanggil peril (perils) ketika memperbaharui cukai jalan. Peril itu pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  • Peril Terhad (limited perils): Hanya berikan perlindungan terhadap tiga jenis bencana alam, iaitu ribut, angin kencang, dan angin ribut.
  • Peril Khas (special perils):Berikan perlindungan terhadap semua bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi, puting-beliung, tanah runtuh dan lain-lain.

Jumlah perlindungan diberikan peril adalah sama seperti jumlah diinsuranskan (sum insured) untuk kenderaan. Misalnya, jika jumlah diinsuranskan RM100,000, maka peril memberikan perlindungan hingga RM100,000. Rasanya semua sedia maklum kenderaan berisiko mengalami rosak penuh (total lost) apabila berlaku bencana alam.

Maknanya, jika berlaku bencana alam, bukan bermakna insurans tidak memberikan perlindungan, tetapi pemilik sendiri yang tidak mengambil insurans tambahan dipanggil peril itu.

Bolehkah Tambah Insurans Peril?

Jika sudah membeli insurans dan masih aktif, tetapi kini mahu menambah perlindungan peril, anda sebenarnya boleh berbuat demikian dengan membawa kenderaan untuk diperiksaan di ibu pejabat insurans atau mana-mana cawangan berdekatan. Selepas lulus diperiksa pihak insurans, barulah boleh menambah polisi perlindungan peril tersebut.

Dahulu, mungkin ramai kalangan kita yang berpendapat insurans peril tidak diperlukan kerana kawasan kediaman kita tidak pernah dilanda sebarang bencana alam. Tambahan lagi Malaysia memang bebas daripada musibah besar seperti gempa bumi, dan puting beliung.

Namun melihat fenomena hujan berterusan di Lembah Klang tempoh hari, nampaknya perlindungan peril dalam insurans adalah sama penting seperti insurans asas. Lebih-lebih lagi, kerosakan disebabkan bencana alam bukan sikit kos diperlukan. Memang boleh menangis tidak berlagu apabila kereta sendiri ditenggelami banjir.

BACA >>> Senyum dalam Hiba, Bezza Baru Beli 3 Bulan Guna KWSP Musnah Dihanyut Banjir
BACA >>> Pemilik Mercedes Ini Guna Cara Paling Jimat, Pintar Selamatkan Keretanya daripada Banjir
BACA >>> Pemanasan Global Punca Ribut Lekukan Tropika, Hujan Lebat Berterusan di Semenanjung

SUMBER: TikTokLaiyyinahmuthalib

834
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: banjir, Bencana Alam, cara selamatkan kereta semasa banjir, insuran cover banjir, Insurans Bencana Alam, insurans bila banjir, insurans kereta, Peril, Perlindungan Insurans, perlindungan perils

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
    Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
  • Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
    Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
  • Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja
    Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my