• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemanasan Global Punca Ribut Depresi Tropika, Hujan Lebat Berterusan di Semenanjung

Pemanasan Global Punca Ribut Depresi Tropika, Hujan Lebat Berterusan di Semenanjung

December 20, 2021 By Wahid Leave a Comment

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

AGENSI kaji dan ramalan cuaca negara, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengumumkan menamatkan Amaran Hujan Berterusan di lapan negeri Semenanjung Malaysia.

Negeri itu terdiri daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata cuaca di lapan  negeri tersebut juga akan bertambah baik.

Pada 15 Disember lalu, MetMalaysia mengeluarkan amaran Ramalan Cuaca Signifikan untuk 14 hingga 18 Disember dan disusuli Amaran Hujan Berterusan di lapan negeri berkenaan.

RIBUT DEPRESI TROPIKA

Fenomena cuaca itu digelarkan depresi tropika (tropical depression) yang mana berlaku kawasan tekanan rendah mendadak dan diklasifikasikan sebagai depresi tropika dengan halaju angin tidak lebih 54kmj.

Tetapi apa yang berbahaya, kawasan tekanan rendah ini boleh menyebabkan ribut tropika dan seteruskan ribut taufan yang mana fenomena berkenaan menimpa persisiran pantai Vietnam dan Sabah. Taufan Kategori 5, dinamakan Rai (juga dipanggil Odette) menghentam kepulauan Filipina dengan menyebabkan 208 kematian.

Walaupun cuaca Malaysia agak stabil kerana negara kita terletak dekat garisan Khatulistiwa, tetapi peningkatan kepanasan global (global warming) menyebabkan permukaan laut semakin panas. Haba panas itu menyebabkan lebih banyak wap air naik ke atmosfera hingga menyebabkan kawasan tekanan rendah.
Tekanan rendah itu pula akan menarik udara panas dari persekitaran, dan apabila wap panas itu bertembung dengan angin sejuk dari Siberia pada musim sejuk akhir tahun, maka ribut petir kuat berlaku dan akhirnya bertukar menjadi ribut tropika atau taufan.
Wap panas tadi kemudian menyejuk di atmosfera dan menjadi hujan lebat atau kadangkala hujan batu. Taufan itu akan bergerak mengikut aliran angin dunia dan mungkin sampai di kawasan tanah. Di sinilah kekuatannya hilang kerana tiada lagi wap panas dari laut.
Pemanasan global akan menyebabkan ribut ekstrem seperti ini kerap berlaku pada masa akan datang. Kita sebenarnya pernah mengalami ribut tropika dan taufan beberapa kali dalam sejarah iaitu pada 1989, 1996, 1998, 1999, 2001, 2004, 2006, 2010, 2013 (dua kali), 2017, 2018, dan 2019.
Kita dikira masih bernasib kali ini kerana dalam kategori depresi tropika (kategori ribut paling rendah). Namun, itu pun sudah cukup menyebabkan banjir teruk di banyak tempat. Usaha menyelamat masih dilakukan ketika ini. Orang ramai boleh menyemak status dan amaran cuaca terkini dalam aplikasi MyCuaca yang dikelolakan MetMalaysia.
197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amaran Hujan Berterusan, Auto Terkini, Depresi Tropika, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ribut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my