Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha YZF-R6 SE Sempena Aniversari ke-20, Harga RM95k
Roda2

Yamaha YZF-R6 SE Sempena Aniversari ke-20, Harga RM95k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/06/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA memperkenalkan YZF-R6 sempena ulang tahun ke-20 dengan menampilkan beberapa perubahan dengan harga jualan AS$22,401 (RM95,876).

Terkini, Yamaha Austria Racing (YART) melancarkan YZF-R6 versi aniversari ke-20 tahun yang dikeluarkan hanya untuk pasaran Eropah. Supersport itu dibina berdasarkan R6 aniversari yang ke-20 tahun lalu dengan beberapa penambahbaikan.

BACA>>>Walaupun Kacak dan Tekno, Yamaha R15 Ada Masalah Besar?

Persamaan antara dua versi berkenaan menggunakan dua tona warna merah-putih, tetapi  YZF-R6 (2020) ini tampil lebih menarik dengan aksesori tambahan.

Sportbike itu tampil dengan beberapa perincian tiga dimensi (3D). Disasarkan untuk perlumbaan, YZF-R6 Aniversari ke-20 ini tidak dilengkapi cermin sisi dan lampu signal, tetapi sistem pencahayaan depan/belakang kekal sama.

Penampilan disempurnakan dengan ekzos lumba Akrapovic sistem penuh (full system) baharu. Pelana pembonceng ditanggalkan untuk menyerlahkan aura sporty seperti jentera lumba.

BACA >>> #EICMA2019: CFMoto 300 SR dan 300NK, Sportbike Alternatif Sentuhan Firma Eropah!

Sama seperti jentera lumba Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), dan MotoGP, YZF-R6 Aniversari ke-20  ini dilengkapi gad brek tangan dan beberapa komponen daripada material karbon untuk mengurangkan berat motosikal.

YZF-R6 dibangunkan sebagai sportbike yang lebih kompak berbanding YZF-R1, tetapi lebih kukuh daripada YZF600R. Ini juga model 4-injap 600cc pertama dunia yang menghasilkan kuasa lebih 100hp. Selepas 20 tahun, generasi terkini YZF-R6 menghasilkan kuasa 117hp dan tork 65Nm.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Sebalik Huruf dan Angka Nama Model Motosikal?

GALERI

SUMBER: ZingNews.vn

roda2 Yamaha Yamaha Austria Racing (YART) Yamaha EU Yamaha YZF-R6 20th Anniversary Yamaha YZF-R6 SE (2020) Yamaha YZF-R6 Special Edition (2020)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 30/06/2020 13:17

      cantik, livery seakan akan R7. tapi itulah, model middleweight supersport ni mahal sgt, harga dah dekat2 sama macam 1000cc.

      rasanya tambah sikit lagi pun dah dapat CBR1000RR baru.

      tapi kepuasan main RPM tinggi mmg best la bila 600cc, banyak peluang nak pulas. kalau 1000cc x sempat masuk gear 2 pun dah 160kmh. x logik untuk bawak atas jalan raya sebenarnya.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.