Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Walaupun Kacak dan Tekno, Yamaha R15 Ada Masalah Besar?
Roda2

Walaupun Kacak dan Tekno, Yamaha R15 Ada Masalah Besar?

ZYBy ZY20/09/20189 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA YZF-R15 baru saja dilancarkan hujung bulan lalu, tetapi sebelum sempat kami diberi peluang menunggang uji (mungkin tidak, sebab hendak masuk majlis pelancaran rasmi pun kena halang dek Hong Leong Yamaha), kami jumpa satu lagi masalah besar yang mungkin membatalkan hasrat anda mahu memiliki sportbike 155cc tersebut.

Seperti kami umumkan beberapa hari lalu, R15 kini boleh didapati di wakil pengedar motosikal sekitar Lembah Klang. Namun, apa yang mengejutkan (tidak bagi kami), harga atas jalan ditawarkan ialah sekitar RM15,000 ke RM16,000!

BACA >>> Yamaha YZF-R15 Kini di Pasaran, Berapa Harga? Jeng Jeng Jeng…

Kami faham inilah satu-satunya sportbike dalam segmen enjin 150cc yang dilengkapi pelbagai teknologi kelas lumba seperti pengatur injap variabel atau Variable Valve Actuation (VVA), fork depan terbalik (USD), swingarm ‘banana’ dan rekabentuk ilham superbike ulung, R1.

Nilai R15 berada dalam julat harga yang rata-rata pesaing menawarkan enjin lebih berkuasa seperti Modenas Pulsar RS200 (200cc), sekitar RM12,000 atas jalan atau Dominar 400, yakni satu-satunya motosikal kelas B penuh dengan harga atas jalan sekitar RM15,000 sahaja,

Namun, dengan segala ciri mewah dimiliki R15, itu mungkin alasan paling wajar untuk sportbike itu diposisikan dalam segmen harga lebih mahal berbanding motosikal 150cc lain. Tetapi ingat, Yamaha R15 dilancarkan HLYM dengan harga cadangan cuma RM11,988!

BACA >>> Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs Indonesia, dan Ramalan Versi Malaysia?

Jika dimasukkan caj insurans dan cukai, harga yang waras untuk R15 ialah sekitar RM13,000 sahaja. Namun apa yang berlaku, seakan tiada penguatkuasaan langsung apabila harga asas motosikal itu dimanipulasikan hingga lebih mahal RM2,000 ke RM3,000.

Peningkatan 25 peratus mungkin nampak kecil, tetapi jika cukai 6 peratus pun sudah buat kita merungut dan mengamuk, kenapa sportbike kecil ini masih boleh dijual dengan harga melambung tinggi?

Jawapannya, permintaan pasaran!


Kami tidak salahkan tuan kedai 100 peratus. Mereka beroperasi atas dasar keuntungan yang ada kaitan rapat dengan permintaan pasaran. Selaku jenama motosikal nombor satu Malaysia, termasuk julung kali dilancarkan di pasaran tempatan, jadi tidak sukar untuk kita meramalkan sambutan hangat yang bakal diterima sportbike 155cc sulung Yamaha itu.

Jadi bagi tuan kedai, kenapa tidak saja ambil peluang terbaik ini untuk dapat untung mudah? Jika berkunjung ke mana-mana wakil jualan, walaupun ada menaikkan harga R15, harga motosikal lain masih dalam julat harga munasabah. Ada juga premis menawarkan harga lebih tinggi jika mahu tukar beli atau trade-in motosikal lama.

Begitu juga Hong Leong yang merupakan salah satu konglomerat gergasi Asean. Mungkin cabang industri motosikal ini bukan keutamaan HLYM untuk menjana keuntungan lantas segala peluang untuk memaksimakannya haruslah dimanfaat sebaik mungkin. Apa hendak buat, itulah lumrah dan strategi dunia perniagaan.

Jadi, siapakah sebenarnya yang patut dipersalahkan? Tidak perlu cari jauh, lihat saja refleksi di layar skrin anda.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

harga otr yamaha r15 malaysia harga yamaha r15 harga yamaha r15 malaysia HLYM Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) roda2 yamaha r15 price malaysia
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

18/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

18/06/2026
Auto Terkini

Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

10/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

09/06/2026

9 Comments

  1. dinuncle on 28/09/2018 21:06

    r15 memang lawa.tetapi bukan harga yg jadi persoalannya aku dah servey kt eawang ada yg jual rm13500.dah ok lah tu.masaalah skg seat nya tinggi.tak sampai ,tak jadi beli,sedang kan r25 lagi lower.harap pihak yamaha rendahkan sikit macam r25,ambil y15 saja.tu kena tunggu2 bulan

    Reply
  2. dinuncle on 28/09/2018 21:07

    sayang sekali seat nya tinggi,kalau rendah sikit,lagi tegap.

    Reply
  3. zukiludin mohamad on 28/09/2018 21:10

    r15 memang lawa.tetapi bukan harga yg jadi persoalannya aku dah servey kt eawang ada yg jual rm13500.dah ok lah tu.masaalah skg seat nya tinggi.tak sampai ,tak jadi beli,sedang kan r25 lagi lower.harap pihak yamaha rendahkan sikit macam r25,ambil y15 saja.tu kena tunggu2 bulan

    Reply
  4. Redho jer di tipu on 05/10/2018 12:54

    Klu dah harga mahal gila..baik beli 250cc terpakai yg masih elok, atau beli dominar 400cc harga yg sama.
    Pelik…bab gst 6% smpi sanggup jatuhkan kerajaan..harga motor jual lbh dari harga sebenar kita rakyat Msia x kisah lak nak membelinya. Betul la kata kerajaan lama dulu yg gst x membebankan rakyat

    Reply
  5. Awanglokan75 on 02/11/2018 22:27

    Aku baru tengok r15 kt Kuantan doh pun usya loan hrga cash 11k klu loan 13k tpi bila di bnding ngn modenas aku pilih modens rs 200 sbb rs ranggi dn karisma klu r15 ni upa memang macho sado lawa tpi jngn pndng pada rupe nnti poket binasa hahaha apa pun jngn dipndng pada rupa yamha b isanya motor xberape lasak harap rupa aje

    Reply
  6. Mr,Hafiz on 27/01/2019 13:34

    Aku x kisah sgt apa org ckp,klau aq dh suka tu,aq bli ja..Persetankan smua kta2 negative tu..Kita bli untuk puaskan hti sndiri,bkn org lain

    Reply
  7. Mr,Hafiz on 27/01/2019 13:36

    Aku x kisah sgt apa org ckp,klau aq dh suka tu,aq bli ja..Persetankan smua kta2 negative tu..Kita bli untuk puaskan hti sndiri,bkn hati org lain

    Reply
  8. Rose on 22/08/2019 11:23

    tapi anak sy menyesal sangat beli motor yamaha R15 sebab proses claim terlalu lama dah menjangkau hampir 3 bulan dan sekarang spare part belum sampai!!!

    Reply
  9. Muhammad firdaus bin md ramli on 04/11/2019 21:11

    Aq dah beli r15 ni masalahnya barang2 dia susah nak dapat di pasaran.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.