Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Siapkan XSR 250 Gaya RZ Klasik, dan MT-25 dengan Lampu Mata?
Roda2

Yamaha Siapkan XSR 250 Gaya RZ Klasik, dan MT-25 dengan Lampu Mata?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAKNYA segmen neo retro semakin rancak. Menurut laporan Young Machine, motosikal gaya retro memang popular di Eropah. Malah, setiap pengeluar di sana akan cuba memperkenalkan produk baharu dalam segmen tersebut, dan tidak terkecuali Yamaha. Difahamkan, Yamaha siri XSR bakal dijadikan model utama.

Asasnya, XSR 900 ialah hasil transformasi daripada MT-09 kepada model gaya klasik. Malah, Yamaha turut menawarkan aksesori luaran gaya RZ 250 klasik (foto bawah) untuk model retro itu. Jadi, kemungkinan besar XSR 250 akan diadaptasikan daripada MT-25, juga bergaya RZ seperti XSR 900 (foto atas, putih).

Sebelum ini, bengkel kustom Amerika, GG Retrofitz baru-baru ini ada mendedahkan YZF-R25/R3 gaya retro yang mengambil ilham jentera juara dunia, Kenny Roberts.

BACA >>> Kit Badan GG-Rocket Street untuk Yamaha R3 Gaya Retro 60-an


EVOLUSI MT-25

LAKARAN CGI: Kit badan kustom GG Retrofitz Rocket Street (berasaskan jentera legenda GP, Kenny Roberts, YZR 500) untuk R25, dilakarkan 9-GATE. Sebelah kanan (biru) ialah model asas R25.

Menurut Young Machine lagi, MT-25 turut berubah, iaitu versi R25 baharu yang di-naked-kan dan dipasangkan fork terbalik (USD), manakala aerodinamik ditambah baik.

Model MT itu akan diserlahkan personaliti menerusi lampu depan baharu. Jika merujuk MT-15 (dilancarkan di Indonesia, dan dibina berasaskan YZF-R15 baharu), model MT aras mula itu tampil dengan tiga kluster lampu depan (1 lampu utama + 2 posisi). Dan jika diperhatikan, gaya lampu posisi MT-15 itu nampak seakan lampu utama MT-09, jenis ‘mata’.

Jadi, ada kemungkinan MT-25 menyerupai MT-09.

BACA >>> Thailand Lancar Siri MT Paling Bongsu – Yamaha MT-15!

Komposisi badan 2-silinder paralel dan frem direka untuk gaya tunggangan santai daripada versi konvensional, termasuk bentuk tangki minyak baharu yang nampak sepadan dengan fork USD. Model ini khabarnya akan muncul pada musim luruh 2019 dan melakukan debut menjelang 2020.

LAKARAN CGI: Yamaha MT-25 @ YZF-R25/R3 versi naked
R25 (2019) spesifikasi Indonesia: Adakah MT-25 akan dibina berasaskan model ini?
MT-15 (2019) spesifikasi Thailand, kelihatan lampu ‘tiga mata’

* FOTO UTAMA: Lakaran CGI Yamaha XSR 250 (putih) berasaskan spesifikasi MT-25, dan Yamaha R25 versi kit badan Retrofitz.

Hong Leong Yamaha Motor roda2 Yamaha Yamaha MT-07 yamaha mt-09 Yamaha MT-25 Yamaha XSR 900 Yamaha YZF-R25 young machine
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Ame on 19/03/2019 20:44

      Bila nak bawa masuk MT15/MT25 versi thailand ke Malaysia???
      Keterampilan yang paling jitu setakat ini bagi model Naked.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.