• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kit Badan GG-Rocket Street untuk Yamaha R3 Gaya Retro 60-an

Kit Badan GG-Rocket Street untuk Yamaha R3 Gaya Retro 60-an

November 29, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


DI BARAT, banyak pengeluar mula menghasilkan jentera sportbike khas untuk pemilik lesen A2. Mungkin kerana permintaan daripada kalangan pemilik lesen itu semakin meningkatkan.

Jentera untuk pemilik lesen A2 biasanya lebih murah, mudah dan seronok ditunggang, tetapi mesti nampak bergaya supaya dapat menarik perhatian anak muda untuk membelinya. Seperkara lagi, tidak semua pemilik lesen A2 berusia 21 tahun dengan cukup hormon testosteron dalam badan. Sesetengahnya ialah penunggang berusia, atau matang yang memilih untuk menunggang secara santai dan bergaya. Bak kata pepatah terkenal, 'laju-laju nak ke mana'?

BACA >>> Yamaha YZF-R3 (2019) Baharu Tampil Radikal dan Menggiurkan

Jika anda salah seorang daripada kumpulan penunggang 'laju-laju nak ke mana', GG Retrofitz menawarkan kit badan GG-Rocket Street untuk sportbike aras mula yang mesra lesen A2.

GAYA RETRO 60-AN

Jika dipasang, kit badan itu akan mengubah keseluruhan gaya sportbike anda, daripada penunggang R3 moden kepada pelumba jalanan gaya 1960-an. Dari jauh nampak seperti BMW RnineT Racer. Beberapa elemen cool ditampilkan dengan saiz fairing kompak, ringkas dan padat, termasuk lampu utama tunggal bentuk bulat dan pelana tunggal.

Kit itu, yang berharga AS$1,198 (RM5,023), ialah jenis siap pasang yang boleh digantikan terus dengan badan asal, termasuk bar hendal dan lampu. Ini termasuk braket yang diposisikan semula untuk fairing dan lampu utama, serta adapter pendawaian yang mesra mentol H4 retro. Lampu belakang kekal sama seperti model standard dan disempurnakan dengan skrin aras rendah.

BACA >>> Sportbike Yamaha Manakah Paling Sesuai? R3, R6 atau R1?

Ada 4 versi kit badan ditawarkan: putih biasa, Podium, Palmae dan Habitat dengan tambahan harga AS$258 (RM1,081), kecuali putih. Maklumat lanjut boleh layari laman web: ggretrofitz.com/products

Kit GG-Rocket Street-R3 didatangkan dengan:

  • Visor depan Zero Gravity - guna alat ganti asli untuk Yamaha FZR 600 (89-90/93-99).
  • Braket Posisi Meter
  • Braket lampu utama boleh laras (padan dengan lampu utama 7 inci universal)
  • Braket sokong visor depan
  • Kowl depan
  • Fairing sisi kiri
  • Fairing sisi kanan
  • Kowl bawah
  • Penutup tangki minyak
  • Kowl ekor (belakang)
  • Cagak (mounting) badan
  • Berat: 5.9kg, Berat dikurangkan: 3.9kg

Nota:  Tidak termasuk lampu utama. Banyak lampu utama bulat 7 inci dapat dimuatkan dalam fairing GG. GG Retrofitz turut menawarkan adapter pendawaian untuk dipalam pada harnes standard bagi membolehkan soket mentol H4 digunakan. Kit grafik dijual berasingan.

Yamaha R25
Yamaha R3

Yamaha R3 tidak dijual di pasaran Malaysia, cuma R25. Sekadar berkongsi cerita. Harap maklum.

GALERI

SUMBER: VisorDown

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Bikin Kereta Tagged With: aksesori, bikin motor, GG Retrofitz, GG-Rocket Street, Kit Badan, Modifikasi, Rocket Street

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my