Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha RX-Z NOS RM70k Sudah Ada Pembeli Bayar Deposit RM30k!
Auto Terkini

Yamaha RX-Z NOS RM70k Sudah Ada Pembeli Bayar Deposit RM30k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Jun lalu, kami ada melaporkan cerita seorang pemilik Yamaha RX-Z yang mahu menjual motosikalnya itu pada harga RM70,000 yang mencetus kekecohan dalam kalangan warga maya semalaysia. Kami menyiarkan video si tuan motor menjelaskan kenapa streetbike edisi Millenium itu boleh jadi semahal begitu.

Terkini daripada Facebook Tuan Putera Amirul, dia memaklumkan model ‘rare’ itu sudahpun ditempah dan bakal pemilik sudah membayar deposit berjumlah RM30,000!

BACA >>> Tuan Motor Jawab Kenapa Yamaha RX-Z Ini Boleh Sampai RM70k?

Berikut status Tuan Putera Amirul;

Saya isytiharkan Putih Millennnium yang viral 70k sudah dibayar deposit RM30k. Mana orang kecam, motor sudah ditempah orang gais.”

Status berkenaan turut dimuat naik bersama satu foto bersama aktor Shaheizy Sam dan bukti pembayaran deposit bakal pemilik.

Bagaimanapun, seperti dijangka, status itu menerima kecaman orang ramai yang masih tidak percaya tentang jualan itu. Kebanyakannya mendakwa itu cuma sebahagian strategi pemasaran dan ‘wayang’ semata-mata, sedangkan hakikatnay, motosikal itu masih tiada pembeli. Ada juga meminta pemilik menunjukkan muka pembeli tersebut bagi mengukuhkan status berkenaan.

MESEJ TIADA RESPON

Kami cuba mendapatkan maklum balas dengan Tuan Putera Amirul mengenai pemilik baharu RX-Z menerusi hantaran mesej di laman Facebooknya. Sayangnya, hingga ke hari ini mesej kami tidak dibalas. Jadi, siapa pemilik RX-Z versi kayangan itu masih kekal misteri.

 

View this post on Instagram

 

PANAS… PANAS… PANAS… Coming soon 😎 #Antidot #AntidotMalaysia #RXZ

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on Jul 12, 2020 at 2:23am PDT


Awalnya kami menjangka Shaheizy adalah pemilik baharu RX-Z tersebut berdasarkan foto yang dimuat naik bersama status itu. Namun, selepas melihat akaun Instagram aktor itu, foto itu dirakamkan pada perhimpunan bersama pemilik RX-Z sebagai sebahagian promosi perisa rokok elektronik Vape Antidot di Terengganu.

Jadi, siapakah gerangan pemilik sebenar RX-Z berharga RM70,000 itu? Mungkinkah selepas pembayaran penuh dilakukan, pemilik baharu The Boss itu akan didedahkan?

SCENE COLLECTOR’S ITEM PERLU DIRAIKAN?

Kami harap Tuan Putera Amirul sudi menghubungi kami untuk kita berongsi cerita mengenai RX-Z anda. Kami sebenarnya sangat sporting dan meraikan scene barangan pengumpul (collector’s item). Kami berpendapat pembaca kita perlu dididik menghargai scene seperti ini yang diraikan seadanya di Indonesia dan Vietnam.

Scene barangan pengumpul dalam apa segmen sekalipun (bukan automotif saja) adalah sebahagian sejarah pop-cult kita. Cuma dalam dunia motosikal tempatan, ia masih baharu dan tidak hairanlah mengundang kecaman. Sedangkan dalam scene kereta, terutama versi JDM atau MDM (Malaysia Domestic Market), harga ‘meninggal’ yang diletakkan pemilik model kereta tertentu tidak pernah jadi isu.

Ada permintaan, maka ada penawaran. Kalau tiada penawaran, harga akan jatuh. Dan kalau dijual murah daripada harga sasaran pun bukan isu juga.

BACA >>> Jawab Kuiz Ini Dahulu Sebelum Berani Mengaku Peminat Setia Yamaha RX-Z
BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat Pot dalam Yamaha NMAX

aksesori Collector Item HLYM Hobi Hong Leong Yamaha Motor iklan Motosikal Rare roda2 streetbike Yamaha Yamaha RX-Z Yamaha RX-Z Boss Yamaha RX-Z RM70k
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.