Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Banyak Haiwan Suka Buat ‘Pot’ dalam Yamaha NMAX
Auto Terkini

Banyak Haiwan Suka Buat ‘Pot’ dalam Yamaha NMAX

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA pemilik motosikal, terutama skuter jenis maksi dengan fairing besar diminta memeriksa kenderaan anda setiap hari sebagai langkah berjaga-jaga. Jangan pula terkejut kalau nampak kepala ular tiba-tiba keluar ketika menunggang ke tempat kerja.

Peringatan ini diberi selepas mengambil pengajaran tiga kes di Indonesia membabitkan haiwan bersarang atau menginap dalam Yamaha NMAX. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya tarikan utama yang menyebabkan ular, tikus dan kucing masuk ke dalam badan skuter maksi itu. Mungkin ada kes membabitkan motosikal jenama lain, cuma tidak dihebohkan.

Risiko haiwan berumah dalam kenderaan lazimnya dikaitkan dengan faktor kebersihan kawasan sekeliling. Jika banyak sampah sarap dan jarang cuci motosikal, ini mungkin antara punca yang menjemput haiwancsekeliling anda datang bersarang.

Kami senaraikan beberapa kes penemuan haiwan dalam motosikal di beberapa negara jiran kita:

BACA >>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta

KES 1: Ular Tedung Keluar dari Panel Depan NMAX

Sebelum ini, ada gambar tular menunjukkan seekor ular tedung tiba-tiba ‘menjenguk’ keluar selepas bersembunyi dalam badan skuter NMAX di Indonesia. Salah satu gambar yang dikongsi ahli TMO (Tangerang Max Owner), Andry dalam satu grup WhatsApp. Dia mendakwa tidak tahu asal usul sumber gambar itu.

KES 2: Ular Tedung Bawah Pelana

Seorang ahli TMO lagi, Henry pula berdepan situasi mencemaskan selepas membuka pelana apabila menemui seekor ular tedung di bawahnya. Bagaimanapun, reptilia itu dijumpai dalam Honda Supra (Malaysia: RS150R), bukan NMAX.

“Semasa buka pelana dan mahu isi minyak, saya nampak ular tedung di hujung pelana,” kata Henry kepada portal Otomotifnet.  Menurutnya lagi, ular itu menyelinap masuk ketika motosikalnya  itu diparkir di kawasan pejabat.

KES 3: Mekanik Lari Sebab Jumpa Ular dalam NMAX

 

View this post on Instagram

 

A post shared by roda2blog.com (@roda2blog) on Oct 3, 2018 at 3:34am PDT


Kes yang tular dalam klip video di atas ini dikongsi laman Instagram @roda2blog.  Dua mekanik lelaki kelihatan sedang membuka panel badan NMAX dan tiba-tiba melarikan diri dalam keadaan panik.

Kemudian seorang wanita berusia dengan tenang menarik badan seekor ular dari dalam skuter Yamaha itu dan memasukkan ke dalam karung. Rupa-rupanya, wanita tua itu pandai menjinakkan ular. Tiada maklumat bagaimana ular itu masuk ke dalam badan NMAX.

KES 4 : Lagi Kes Jumpa Ular dalam NMAX

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NMAX OWNER (@nmaxowner) on Oct 18, 2019 at 12:53pm PDT

Pemilik akaun instagram @nmaxowner di atas ini pula berkongsi dua gambar yang menunjukkan beberapa individu menarik keluar seekor ular yang tidak diketahui jenis dari belakang ruang simpanan barang dan lampu belakang.

Tidak dapat dipastikan sama ada ular itu sudah mati sebelum atau ketika dikeluarkan. Lokasi tepat kejadian juga samar-samar, tetapi dipercayai di Nusa Tenggara Barat, Indonesia berdasarkan nombor plat skuter itu. Panel NMAX mempunyai banyak ruang kosong yang memudahkan haiwan menyelinap masuk.

KES 5: Tikus Bersarang Dalam NMAX

Seorang pengguna NMAX, Ricky Dian Permana menerusi laman komuniti Facebook YAMAHA NMAX INDONESIA NMAX LOVERS mendedahkan skuter miliknya itu sering menjadi tempat tikus bersarang.

“Di sini, ada ke pemilik skuter yang ada sarang tikus (dalam NMAX) sampai kabel putus dengan sampah tulang dalam penutup fairing bawah?” tanya Ricky.

Disebabkan skuter itu gemar dijadikan lokasi sarang dan tempat persembunyian tikus, dia memutuskan meletakkan perangkap tikus di bawah motosikal. Hasilnya, seekor tikus dapat ditangkap.

KES 6: Kucing Pilih NMAX


Seorang pengguna Facebook, Khusnul Setyaa berkongsi dua gambar dalam lama komuniti Facebook YAMAHA NMAX INDONESIA NMAX LOVERS turut berkongsi masalah luar biasa dihadapinya.

Ada anak kucing hitam putih masuk ke dalam kowl bawah NMAX untuk dijadikan tempat tidur. Lebih mengharukan, usaha memasukkan tangan untuk mengeluarkan kucing tersebut menemui kegagalan ketika itu.

BACA >>> #TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Bahang Matahari Boleh Buat Kereta Rosak?

SUMBER: GridMotor.MotorPlus

Auto Terkini Haiwan dalam Skuter Haiwan Dalam Yamaha NMAX skuter maksi Ular Dalam Motor Yamaha NMAX
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    23/06/2026
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.