Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha R15M, R25 World GP 60th Anniversary Edition Kini di Indonesia, Harga Mula RM12k
Roda2

Yamaha R15M, R25 World GP 60th Anniversary Edition Kini di Indonesia, Harga Mula RM12k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan empat varian edisi khas dengan liveri World Grand Prix 60th Anniversary (World GP) untuk dua model siri R baharu.

Dua varian itu membabitkan sportbike  R15M Connected ABS dan R25 ABS selepas pelancaran model MX King 150 dan skuter  Aerox 155 Connected ABS. Berikut perincian dua model tersebut:

BACA >>> Kempen Servis, Komponen Percuma untuk Motosikal Pemilik Yamaha Terkesan Banjir
BACA >>> Kempen Servis Prihatin Modenas Tawar Diskaun 25%, Pemeriksaan Motosikal Percuma

WARNA
  • R25 ABS dan R15M Connected ABS World GP 60th Anniversary Edition didatangkan dalam skema warna putih dengan grafik blok merah dan strip hitam pada fairing sisi. Fairing depan pula dekal kuning.
  • Varian R15M pula diberikan tambahan dekal merah atas tangki minyak, manakala madgad depan kedua-dua varian diwarnakan merah.
  • Rim dan fork didatangkan dalam warna emas, termasuk lencana Yamaha juga emas.
HARGA
  • R25 ABS World GP – 69,275,000 rupiah (RM20,273)
  • R15M Connected ABS – 44,100,000 rupiah (RM12,906)
TRENKUASA
  • R25 ABS dipacu enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 250cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api dan injap variabel VVA berkuasa 35hp @ 12,000rpm dan tork 23.6Nm @ 10,000rpm.
  • Kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan.
R15 M
R25
  • R15M Connected ABS pula dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) dan injap variabel VVA berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.
  • Sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan Quick Shifter.

BACA >>> Yamaha Cygnus Gryphus World GP 60th Anniversary Edition di Jepun Tahun Depan, RM13k!
BACA >>> Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition

SISTEM LAMPU
  • R25 ABS: Lampu depan kembar LED, lampu belakang LED dan ada ciri lampu kecemasan.
  • R15M: Lampu projektor tunggal LED berserta lampu siang (DRL) kembar, lampu belakang LED dan juga ada fungsi lampu kecemasan.
DIMENSI
R25 ABS
  • Memiliki dimensi panjang 2,090mm, lebar 720mm, dan tinggi 1,135mm.
  • Jarak lega bumi 160mm,  jarak roda 1,380mm dan tinggi pelana 780mm.
  • Kapasiti tangki minyak 14 liter, manakala berat 166kg,
R15M Connected ABS
  • Dimensi panjang 1,990mm, lebar 725mm, dan tinggi 1,135mm.
  • Jarak lega bumi 170mm,  jarak roda 1,325mm dan tinggi pelana 815mm.
  • Kapasiti tangki minyak 11 liter, manakala berat 140kg.
FREM DAN SUSPENSI
  • R25 ABS: Frem jenis berlian, fork terbalik (USD) dan sistem penyerap hentak tunggal.
  • R15M: Frem Deltabox, fork terbalik dan sistem monoshock.
SAIZ TAYAR DAN SISTEM BREK
  • R25 ABS: Cakera tunggal dengan kaliper 2-piston (depan), cakera tunggal dengan kaliper 1-piston (belakang). Tayar 110/70 (depan), 140/70 (belakang), dengan rim aloi 17 inci.
  • R15 M: Cakera tunggal kedua-dua roda dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, Sistem Kawalan Traksi (boleh dimatikan). Tayar  100/80 (depan), 140/70 (belakang) dengan rim aloi 17 inci.
R15 M
R25

SUMBER: Yamaha | DapurPacu

R15M Connected ABS R25 ABS roda2 Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.