• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kempen Servis Prihatin Modenas Tawar Diskaun 25%, Pemeriksaan Motosikal Percuma

Kempen Servis Prihatin Modenas Tawar Diskaun 25%, Pemeriksaan Motosikal Percuma

December 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODENAS menawarkan bantuan berupa diskaun kepada semua pemilik motosikal jenama itu (termasuk model lama) yang rosak akibat musibah banjir yang melanda Selangor dan Pahang, baru-baru ini.

Dipanggil Kempen Servis Prihatin Modenas, program itu adalah inisiatif membantu memulihkan motosikal pelanggan yang menjadi mangsa banjir supaya dapat kembali dipulihkan dalam kondisi baik dan boleh ditunggang seperti biasa.

Kempen ini sudha dimulakan sejak 22 Dsember lalu dan akan tamat 31 Disember nanti.

Apa Modenas Tawarkan?


Modenas mengumumkan beberapa bantuan seperti diskaun yang berbeza mengikut segmen motosikal, dan bantuan lain seperti berikut:

  • Tiada caj buruh untuk baik pulih biasa (tidak membabitkan overhaul enjin).
  • Pemeriksaan percuma.
  • Cucian percuma.
  • Diskaun hingga 25 peratus untuk alat ganti semua model moped, streetbike dan sport tourer
  • Diskaun hingga 15 peratus untuk alat ganti skuter.
  • Diskaun caj buruh hingga 70 peratus untuk kerja overhaul
Talian untuk Dihubungi

Semua pemilik terjejas diminta menghubungi mana-mana pusat servis Modenas atau khidmat pelanggan MODENAS Careline di talian 1-800-880-181 atau WhatsApp saja kepada 019-570 8135.

BACA >>> Jangan Ambil Risiko Redah Banjir!
BACA >>> NADMA Lambat Sangat, Tentera Nekad Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Pusat Servis Modenas Terlibat

Setakat ini, hanya dua pusat servis Modenas tersenarai dalam Kempen Servis Prihatin Modenas, iaitu di Selangor dan Pahang:

SELANGOR - MODENAS SERVICE CENTRE
  • Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam, Selangor
  • Waktu Operasi: 9am-5pm
  • Talian Pejabat: 04-4668160
PAHANG - MODENAS SERVICE CENTRE
  • Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,
    Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang
  • Waktu Operasi: 9am-5pm
  • Talian Pejabat: 09-5123380 /044668199

BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R
BACA >>> #TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur
BACA >>> Kempen Servis, Komponen Percuma untuk Motosikal Pemilik Yamaha Terkesan Banjir

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Banjir 2021, Kempen Baik Pulih Banjir Modenas, Kempen Servis Modenas, Modenas, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my