Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha R15 V3 Jengah Pasaran India, Beri Bayangan Awal Spesifikasi Versi Malaysia
Auto Terkini

Yamaha R15 V3 Jengah Pasaran India, Beri Bayangan Awal Spesifikasi Versi Malaysia

ZYBy ZY04/12/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH setia menunggu ketibaan All New Yamaha R15 yang sudah jadi kegilaan rakan di Negara Seberang sana? Sekarang, kami ada berita buruk dan baik untuk anda.

Jangan risau, kami belum pun dapat mengesahkan sama ada model itu masuk atau tidak ke pasaran tempatan. Tetapi, berdasarkan pemerhatian kepada versi yang dibawa masuk ke India, kami tidak ragu-ragu mengatakan, kalau R15 baharu itu masuk (diulangi: kalau masuk), jentera itu akan hadir dengan spesifikasi lebih rendah.

Melalui foto-foto didedahkan blog permotoran popular India, Powerdrift, jelas kelihatan R15 yang dibawa ke pasaran negara Asia Selatan itu tidak semewah versi negara asal, Indonesia. Pertama sekali, anda boleh lihat bahagian depan yang tidak menggunakan fork terbalik (USD), sebaliknya digantikan fork teleskopik biasa.

Menyusur ke belakang pula, ada tambahan reflektor pada ekor dan splash guard (atau saree guard), yakni ciri standard motosikal India . Jika diperhatikan lebih teliti, peg kaki pembonceng menampilkan rekaan ringkas dan biasa-biasa sahaja seperti Yamaha FZ150, jauh berbeza R15 Indonesia yang lebih sporty.

All New Yamaha R15 untuk pasaran Indonesia. Perhatikan perbezaannya.

Berita baik? Spesifikasi rendah itu sedikit sebanyak memberikan harapan bahawa R15 bakal ditawarkan pada harga lebih mampu milik berbanding ramalan asal RM15,000. Kalau harga lebih kurang RM12,000, ada yang sanggup beli? Tanya je…

SUMBER: Powerdrift

all new yamaha r15 powerdrift Yamaha R15 Yamaha R15 V3
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026

3 Comments

  1. joehaz on 06/12/2017 17:11

    kalo saya, beli fz lepas tu convert coverset je la hehe

    Reply
  2. NoBodyReadThese on 27/12/2017 06:37

    Kalau convert tak lepas JPJ kan tahap2 tertentu?
    Memang tak beli lah kalau tak mcm yg Indonesia haha
    Bangladesh pun dapat yg USD Fork, tak kan Malaysia tak boleh…

    Reply
  3. Samad r15 on 28/05/2019 09:57

    Alhamdulillah. Sy dtg dari masa hadapan. Nampaknya Malaysia mendapat YZF R15 V3 versi Indonesia dengan kehadiran USD fork lebih ranggi (berwarna gold), VVA, Assist and Slipper Clutch, full digital speedometer, lampu LED berkembar. Harga ditawarkan Hong Leong Yamaha (M) Sdn Bhd, RM11988.00 (body price).

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.