Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Nozza Grande 125 – Skuter Hibrid Enjin Kecil untuk Ekstra Jimat Kini di Vietnam
Auto Terkini

Yamaha Nozza Grande 125 – Skuter Hibrid Enjin Kecil untuk Ekstra Jimat Kini di Vietnam

Abang HirataBy Abang Hirata08/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBELAKANGAN ini, teknologi motosikal semakin canggih dan pengeluar tidak lagi semata-mata menyalin kulit dan menukar grafik untuk model yang sudah bertahun lama di pasaran. Malah, teknologi yang sebelum ini biasa digunakan untuk kereta juga sudah diturunkan ke pasaran motosikal. Bermula Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sistem mula-henti (start-stop) dan terbaharu pengenalan model hibrid.

Persaingan inovasi nampaknya semakin menjadi-jadi apabila Yamaha Motor Co Ltd melancarkan skuter Nozza Grande 125cc (dipanggil Grand Filano Hybrid di Thailand) untuk pasaran Vietnam. Apa yang istimewa tentang skuter ini? Selain dilengkapi teknologi hibrid, sesaran enjin skuter ini cuma 125cc. Bukankah enjin kecil sudah cukup jimat?

BACA >>> Yamaha Grand Filano Hybrid Lancar di Thailand – 62k Baht (RM7.5k) Sahaja

Enjin 125cc memang jimat, tetap tidak untuk sebuah negara dengan harga RON95 sebanyak 21,610 đồng (RM3.86) seliter. Sebagai perbandingan, harga RON95 di Malaysia (setakat artikel ini ditulis) ialah RM2.20 seliter.

Nozza Grande baharu masih mengekalkan rekabentuk lama, cuma ditambah beberapa pembaharuan. Berikut ciri dimiliki skuter tersebut untuk pasaran Vietnam:

  • Smart Motor Generator (SMG), terdiri daripada sistem hibrid untuk bantuan tenaga ketika mula memecut
  • Enjin Blue Core baharu dengan pecutan lebih lancar dan kurang gegaran untuk tunggangan selesa
  • Gaya badan dengan kemasan krom
  • Meter paparan berwarna TFT cecair kristal
  • Varian Premium dilengkapi ABS dan sistem kunci pintar

GENERATOR PENGHIDUP

Fungsi generator penghidup ialah lebih kepada bantuan trotel untuk tempoh maksimum 3 saat ketika skuter mula bergerak dari kedudukan pegun, dengan memberikan bantuan tenaga tujahan kepada enjin. Ia sistem sama diperkenalkan Yamaha untuk Grand Filano Hybrid di Thailand, Julai lalu.

Istimewa tentang pasaran Asean ialah jumlah pembeli motosikal yang besar. Di Vietnam sahaja pasaran motosikal berjumlah 3.3 juta unit setahun dengan peningkatan besar dalam segmen skuter yang dijangka mencapai 50 peratus daripada jumlah pasaran dalam masa terdekat.

Nozza Grander mula diperkenalkan pada 2014 dan juga skuter pertama dibekalkan enjin Blue Core. Model ini dengan mudah mendapat perhatian pembeli, terutama kalangan wanita muda dengan konsep skuter premium gaya Eropah. Model ini dipasarkan dalam dua varian:

  • Standard – 45,500,000 đồng (RM8,126)
  • Premium – 49,500,000 đồng (RM8,838).

Yamaha mensasarkan jualan sebanyak 70,000 unit Nozza Grande pada tahun pertama jualan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi ‘Yamaha Blue Core’?

YAMAHA NOZZA GRANDE

YAMAHA GRAND FILANO HYBRID ABS (THAILAND)

Moped Moped Hibrid roda2 skuter Skuter Hibrid Vietnam Yamaha Yamaha Grand Filano Hybrid Yamaha NOZZA GRANDE Yamaha Vietnam
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.