Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Yamaha MT-09 Y-AMT 2025 Lancar di Jepun dengan Teknologi Tukar Gear Tanpa Klac Tangan, Tuil Kaki
Roda4

Yamaha MT-09 Y-AMT 2025 Lancar di Jepun dengan Teknologi Tukar Gear Tanpa Klac Tangan, Tuil Kaki

Abang HirataBy Abang Hirata04/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA tahun ini, ada tiga perkembangan menarik mengenai Yamaha MT-09 untuk pasaran Jepun. Pada Jun lalu kami melaporkan mengenai Yamaha MT-09 versi naik taraf dan sebulan kemudian muncul teknologi baharu Y-AMT (Yamaha Automated Manual Transmission) yang diguna pada model hyper naked itu.

Kini Yamaha secara rasmi memperkenalkan Yamaha MT-09 Y-AMT dengan ciri tersebut yang memudahkan penunggang menukar gear tanpa menarik klac tangan atau tuil kaki!

Maksudnya, tanpa kedua-dua komponen itu operasi penukaran gear masih dapat dilakukan secara automatik.

Tidak diabaikan sepenuhnya, penunggang tetap masih boleh menukar gear secara manual menggunakan butang MT Mode dengan hanya menganjak naik dan turun gear menggunakan jari.

Mungkin ada tertanya, mengapa teknologi begini diperlukan? Bukan saja Yamaha, Honda dan BMW juga sudahpun memperkenalkan teknologi anjakan gear tanpa klac tangan yang mana ciri tersebut sangat memudahkan penunggang di kawasan bandar.

Berbeza teknologi Yamaha dan BMW Automated Shift Assitant (ASA), sistem Honda E-Clutch masih mengekalkan klac tangan dan tuil kaki jika penunggang mahu melakukan tukaran gear seperti biasa.

Ciri Yamaha Y-AMT

Tukaran Gear dengan Butang, Mod MT dan AT
  • Penukaran mod anjakan gear tersedia pada butang AT/MT pada suis di bar hendal kanan yang juga baru dibangunkan Yamaha.
  • Mod MT untuk menukar gear menggunakan butang.
  • Mod AT untuk menukar gear automatik.
  • Mod AT ada dua tukaran, iaitu D dan D+.
  • D untuk tunggangan di bandar dan lebuh raya, manakala D+ untuk  tunggangan di laluan berliku yang memerlukan respons pecutan dan nyah pecut responsif.
Tukaran Manual

  • Dalam mod MT, tukaran gear dibuat melalui tuil atau suis pada hendal sebelah kiri.
  • Butang + untuk menaikkan gear dan – untuk penurunan gear.
  • Butang + boleh ditarik (naik gear) dan tolak (turun gear) dengan jari telunjuk tanpa mengalihkan ibu jari dari hendal.
  • Motosikal akan menurunkan gear automatik apabila di lampu isyarat, berhenti sementara atau pada halaju terlalu rendah.
Operasi
  • Y-AMT mengautomasi anjakan gear menggunakan aktuator (penggerak).
  • Mekanisme itu menggantikan operasi anjakan dilakukan penunggang (menggunakan tuil klac tangan dan gear kaki) tanpa perubahan besar pada asas transmisi manual. Kaedah itu mengekalkan fiil langsung dan kepuasan hati transmisi gear manual.
  • Apabila menukar gear, unit kawalan enjin (ECU) dan unit kawalan motor (MCU) akan mengoperasi aktuator terhubung dan melaraskan satu sama lain.
  • ECU mengawal pencucuhan enjin atau suntikan bahan api (FI) apabila menukar gear ke atas, dan terotel elektronik apabila menurunkan gear.
  • MCU turut mengarah aktuator melakukan anjakan gear dan operasi klac secara optimum.
  • Kawalan optimum pada rev enjin (rpm) tinggi dicapai dengan tidak melepaskan sepenuhnya klac mengikut situasi.
  • Masa anjakan gear pantas dicapai dengan menggunakan gegelung pada rod anjakan gear.
  • Dua pakej operasi bersama kawalan enjin dan klac membolehkan Y-AMT menukar gear dengan pantas dan mengurangkan kejutan anjakan gear, sekali gus memberikan fiil lebih natural.
  • Mod MT membolehkan anjakan gear pantas dan lancar sama seperti transmisi manual tanpa memerlukan penunggang menukar gear seperti biasa. Ini kerana Y-AMT dibuat tanpa tuil klac tangan atau pedal gear kaki.
  • Dalam mod AT, gear optimum dipilih automatik mengikut halaju dan bukaan terotel, serta penunggang hanya perlu menguruskan terotel dan brek.
Teknikal
  • Enjin petrol 4-lejang 3-silinder sebaris 890cc DOHC 4-injap penyejukan cecair dengan sistem FI
  • Output kuasa 119ps @ 10,000rpm, dan tork 93Nm @ 7,000rpm
  • Panel meter TFT 5 inci dengan aplikasi telefon pintas MyRide dan paparan navigasi Garmin StreetCross
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) dengan travel 130mm (depan), dan monoshock dengan travel 117mm (belakang)
  • Sistem brek cakera kembar hidraulik 298mm dengan kaliper 4-piston (depan), dan brek cakera tunggal hidraulik 245mm (belakang)
  • Tayar tiubles 120/70Z R17MC (depan), dan tayar tiubles 180/55Z R17MC (belakang)
  • Tinggi pelana 825mm dan jarak tinggi bumi 140mm
  • Berat basah 196kg
  • Kapasiti tanngki 14 liter
Harga
  • 1,364,000 yen (RM40,795)

Yamaha MT-09 Y-AMT
Yamaha Y-AMT
Auto Terkini Hyper Naked roda2 Yamaha yamaha mt-09 Yamaha MT-09 Y-AMT Yamaha Y-AMT
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.