Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha MT-09 Tracer Buat Kaki Tourer, di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan
Roda2

Yamaha MT-09 Tracer Buat Kaki Tourer, di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/07/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA MT-09 Tracer dilancarkan di pasaran Eropah tahun lalu dan pantas menambat peminat motosikal besar di sana. Kini Yamaha MT-09 Tracer  menjadi salah satu jentera besar Yamaha yang popular di Eropah.

Berita baiknya, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) membawa masuk Yamaha MT-09 Tracer ke pasaran tempatan! Kehadiran model itu pastinya menambahkan pilihan model touring di Malaysia yang selama ini didominasi Kawasaki.

Yamaha MT-09 Tracer  dikuasakan enjin 847cc tiga silinder dengan penyejukan cecair dan dilengkapi teknologi pancitan bahan api yang menawarkan penjimatan minyak tiada tandingan. Berat 190kg bersama tork tinggi menyumbang kepada tunggangan menyeronokkan. Malah, Yamaha MT-09 Tracer tampil dengan ciri fleksibel mengikut kehendak penunggang bermula bar hendal boleh laras dan lebih lebar.

Malah dilengkapi teknologi sistem Kawalan Traksi (TCS) yang mampu mengawal tenaga disalurkan ke roda belakang, sekali gus menjadikan pengendalian lebih selesa dan stabil dalam apa juga kondisi jalan.

TETAPAN D-MODE

Ciri lain disediakan ialah D-Mode yang membolehkan penunggang memilih tetapan karakter enjin. Operasinya semudah menekan tombol pada bar hendal sebelah kanan. Bahagian hadapan Yamaha MT-09 Tracer dilengkapi lampu LED dan kowl sebagai pelindung bagi meminimumkan gelora ketika menunggang.

Posisi tunggangan tegak dan jarak pandangan mata jauh memberikan kelebihan untuk penunggang Yamaha MT-09 Tracer mengembara jauh. Tempat duduk terpisah antara penunggang dan pembonceng, serta lebih lebar mengurangkan kepenatan.

Model import ini dijual pada harga RM59, 900 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran nombor plat). Buat mereka yang memang menantikan kehadiran model ini, anda perlu bersabar sedikit sahaja lagi. Yamaha MT-09 Tracer dijangka berada di pusat jualan Yamaha bermula minggu hadapan dengan pilihan warna cuma Race Blue. Yamaha MT-09 Tracer ialah model kelima menyertai barisan motosikal besar lain seperti XJ6, MT07, MT-09 dan XV950R.

GALERI

 

 

roda2 touring bike Yamaha Yamaha MT-09 Tracer
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    28/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    23/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.