Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Mahu Cipta Motosikal Tidak Boleh Terbalik
Auto Terkini

Yamaha Mahu Cipta Motosikal Tidak Boleh Terbalik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SITUASI Covid-19 seakan mengubah dunia pernotoran. Tidak mengejutkan jika pengeluar automotif mencari cara dan inovasi baharu untuk menarik perhatian pengguna daripada medium pengangkutan tradisional kepada kenderaan dua roda.

Antara pengeluar yang serius dengan tema pengangkutan alternatif serba inovatif  ialah Yamaha. Pengeluar dari Jepun itu sudah memiliki model konsep MOTOBOT (foto atas), iaitu robot penunggang Yamaha R1 dengan sistem autonomi penuh dan idea konsep MOTOROiD (foto bawah) yang boleh ditunggang manusia atau dihantar ke lokasi ditentukan.

BACA>>>Yamaha MOTOROiD – Motosikal AI yang Mampu Kenal dan Bercakap dengan Penunggang

 

Terkini, Yamaha mengesahkan sedang membangunkan motosikal baharu yang tidak akan jatuh. Rancangan itu dinyatakan pada pembentangan dalam talian sempena pelancaran Tricity 300 baharu di Jepun.

Berdasarkan siaran langsung itu, Pengurus Besar Operasi Perniagaan Motosikal Yamaha, Takuya Kinoshita membentangkan rancangan syarikat itu hingga 2030 dengan mengesahkan projek motosikal baharu tersebut bakal menjadi sebahagian barisan model Yamaha (dijangka bukan hanya motosikal tradisional) dan akan mendorong kepada konsep mobiliti inovatif.

Walaupun perincian mengenai barisan motosikal itu masih belum diketahui, tetapi bayangan konsep dan paten boleh dilihat pada model terdahulu seperti konsep MOTOROiD dan MOTOBOT. Kemungkinan besar model baharu Yamaha nanti akan menggunakan elemen teknologi berkenaan.

BACA >>> Yamaha Tritown – Konsep Skuter Rekreasi dengan Teknologi LMW Seperti Niken

Namun ada juga kemungkinan beberapa produk multiroda miring (LMW) akan turut berada dalam barisan motosikal alternatif  Yamaha jika mengambil kira minat pengeluar itu dengan teknologi tersebut.

Sebenarnya, Yamaha tidak berseorangan dalam membangunkan motosikal masa depan tanpa kemalangan atau jatuh. Harley-Davidson pernah mendedahkan motosikal konsep imbang sendiri awal tahun ini, manakala Honda juga mendedahkan teknologi Honda Riding Assist-e pada 2017.

BACA >>> Honda Riding Assist-e Mampu Elak Penunggang Jatuh Motor, Boleh Seimbang Sendiri

SUMBER: VisorDown

Leaning Multi-Wheel (LMW) roda2 Takuya Kinoshita Yamaha yamaha motobot yamaha motoroid
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.