Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha M1 Kini Guna Minyak Petronas Sepenuhnya, Terbukti Tingkatkan Prestasi
Auto Terkini

Yamaha M1 Kini Guna Minyak Petronas Sepenuhnya, Terbukti Tingkatkan Prestasi

AryonBy Aryon09/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Formula Satu (F1), Kejuaraan MotoGP ialah projek terbaharu Petronas dalam sukan permotoran antarabangsa. Walaupun ini bukan kali pertama konglomerat Malaysia itu terlibat dalam perlumbaan motosikal, tetapi dalam saingan kelas atasan dua roda, MotoGP ialah sesuatu yang sangat baharu.

Namun, penglibatan Petronas bukan sekadar sebagai penaja untuk pasukan satelit Yamaha itu, tetapi turut membantu meningkatkan prestasi jentera M1 menerusi penghasilkan bendalir terbaik. Ini dibuktikan menerusi aksi memberangsangkan ditunjukkan duo pelumbanya, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Malah Quartararo berjaya meraih grid depan dan podium pertama buat pasukan itu ketika debut di Assen, Belanda. Dan sememangnya Petronas memainkan peranan besar dalam peningkatan prestasi jentera M1 yang ditunggang.

BACA >>> Rossi Tak Terkejut Sangat Quartararo Boleh Dapat Petak Pertama di Jerez

Aksi GP Belanda ialah kali pertama pasukan Petronas Yamaha SRT menggunakan minyak enjin Petronas Sprinta bersama minyak gear Petronas Tutela yang sudah digunakan sejak awal kejuaraan di Qatar.

Tetapi kenapa Petronas memperkenalkan minyak gear terlebih dulu berbanding minyak enjin?

KESELAMATAN DULU, BARU PRESTASI

DR ANDREA DOLFI

Ketua Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Solusi Teknologi Bendalir Petronas, Dr Andrea Dolfi berkata, minyak gear diperkenalkan terlebih dulu kerana produk paling dititikberatkan Petronas

“Kotak gear sangat penting bagi keselamatan pelumba. Jika sesuatu rosak, ia boleh tersekat atau pecah, dan pelumba boleh kemalangan pada kelajuan 300kmj. Jadi ia penting dan menjadi tugasan nombor satu.

“Dalam F1, jika anda rosakkan kotak gear, anda cuma perlu berhenti di tepi, tetapi ini tidak dalam MotoGP. Jadi keselamatan dulu, baru prestasi. Kemudian kami mula dengan minyak enjin dan kali ini bukan saja untuk prestasi, tapi juga reliabiliti,” katanya.

SETIAP PASUKAN DIHADKAN GUNA MAKSIMUM 7 ENJIN

Dalam kejuaraan MotoGP, setiap pelumba dihadkan menukar maksimum tujuh enjin sahaja dalam 19 pusingan sepanjang musim. Walaupun satu saja enjin gagal, itu sudah cukup membimbangkan pasukan. Ini kerana enjin ganti perlu digunakan lebih lama.

“Reliabiliti sangat penting kerana tak guna pergi laju dan ada banyak kuasa kalau enjin rosak atau gagal tamatkan perlumbaan. Tiada masalah untuk menala enjin supaya berprestasi, tetapi enjin juga perlu dilindungi.

“Langkah seterusnya ialah pergi lebih jauh dari segi perkongsian dan melakukan pembangunan untuk apa yang dipanggil kejuruteraan bersama. Apa kami pelajari dari F1 ialah jika kita dapat maju bersama, kita boleh peroleh prestasi terbaik daripada kombinas besi dan kimia,” kata Dolfi lagi.

Jentera M1 ditunggang Quartararo kini cuma tinggal 5 enjin saja untuk digunakan sepanjang musim ini. Jadi, bantuan daripada Petronas memang sangat membantu.

SUMBER: Crash.net

Auto Terkini Fabio Quartararo minyak enjin Minyak Gear MotoGP 2019 Pasukan Satelit Yamaha Petronas Petronas Sprinta Petronas Tutela Petronas Yamaha SRT Yamaha MotoGP
Aryon

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.