Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Lagenda 115Z GP Pilih Seragam Petronas SRT, RM5.5k Sahaja (Kedai Harga Lain)
Auto Terkini

Yamaha Lagenda 115Z GP Pilih Seragam Petronas SRT, RM5.5k Sahaja (Kedai Harga Lain)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) membuat kejutan apabila memilih melancarkan Yamaha Lagenda 115Z GP edisi terhad di Litar Sepang, baru-baru ini. Pelancaran itu mengetepikan spekulasi asal yang mendakwa model tersebut adalah edisi pasukan pengilang, Monster Energy Yamaha MotoGP untuk jentera popular seperti Y15ZR, dan R25.

Lagenda 115Z GP ditawarkan dalam warna seragam Petronas, hitam dan hijau bersempena pasukan MotoGP pertama Malaysia, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), juga pasukan satelit baharu Yamaha yang menggantikan Tech3. Selain grafik seragam, kapcai ini turut dihiasi penaja pasukan lumba itu seperti Racing Boy (RCB).

BACA >>> Perbandingan: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R15, Mana Sesuai Jentera Harian?

Rekaan seragam mengambil ilham YZR-M1 yang menjadi jentera tunggangan dua pelumba PETRONAS Yamaha SRT, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo musim ini.

Ini juga model kapcai pertama HLYM dengan warna rasmi PETRONAS Yamaha SRT yang ditawarkan kepada umum. Wakil pengedar Yamaha di Malaysia itu sebelum ini lebih menumpukan kepada motosikal edisi terhad bertemakan seragam pasukan pengilang Yamaha. Misalnya, YZF-R15 Monster (2019) yang dilancarkan awal tahun ini.

ENJIN SAMA

Lagenda 115Z GP Edisi Terhad ini mengekalkan spesifikasi asal Lagenda 115Z, iaitu enjin silinder tunggal 113.7cc dengan teknologi suntikan bahan api. Sistem transmisi menggunakan kotak gear klac auto 4-kelajuan berkuasa 9.9hp @ 7,750rpm dengan tork 9.9Nm @ 6,500rpm, manakala tangki minyak 4.1 liter.

Sistem brek jenis cakera dengan kaliper piston tunggal di depan, dan brek dram di belakang. Sistem suspensi digalas set absorber kembar dan fork standard.

Setiap pembelian akan menerima sijil pemilikan eksklusif diberikan HLYM. Jualan akan bermula pertengahan bulan ini pada harga cuma RM5,580 (atas kertas saja). 😅

GALERI
Auto Terkini Edisi Terhad HLYM Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Kapcai roda2 underbone Yamaha Yamaha 115Z GP (2019) Yamaha 115Z GP Limited Edition (2019)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.