Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Indonesia perkenal Warna Baharu YZF-R15 untuk Gaya Lebih Sporty
Roda2

Yamaha Indonesia perkenal Warna Baharu YZF-R15 untuk Gaya Lebih Sporty

AryonBy Aryon29/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) melancarkan warna dan grafik baharu untuk sportbike YZF-R15 dengan warna dan grafik baharu bagi menyerlahkan karakter DNA daripada siri R yang ikonik. Ada tiga pilihan warna ditampilkan, iaitu Racing Blue (biru), Racing Black (hitam) dan Racing Yellow (kuning).

Bagi varian Racing Blue, YZF-R15 tampil dengan kombinasi biru-hitam dan tambahan strip huruf ‘R’ pada kedua-dua sisi fairing sebagai simbol siri R. Varian Racing Black (hitam-merah) dan Racing Yellow (kuning-kelabu) menampilkan rekaan grafik lebih tajam dan agresif menerusi tambahan logo ‘R15’ pada kedua-dua sisi fairing. Juga ada ditambahkan strip minimalis di bahagian ekor belakang.

BACA >>> Yamaha YZF-R15 Satu-Satunya Sportbike Aras Mula di India Dapat ABS Dual-Chanel

“Penyegaran R15 ialah usaha YIMM untuk memberikan nilai tambah kepada penggemar sportbike tanah air, di mana mereka inginkan motor yang tampil lebih sporty dengan pelbagai ciri terkini dan prestasi jentera hebat yang mampu memenuhi gaya bermotosikal,” kata Naib Pengurus Besar Pemasaran YIMM, Yordan Satriadi.

R15 dijual pada harga Rp35,760,000 (RM10,300). Di Malaysia pula, YZF-R15 berharga RM11,988, tetapi itu cuma harga atas kertas. Jika ditanya ke premis jualan, harga sportbike ini rata-ratanya mencecah harga hampir RM15,000. Hmm…

YZF-R15 kali pertama diperkenalkan di Malaysia pada Julai tahun lalu. Sportbike itu dijana enjin 155cc penyejukan cecair dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation) dengan transmisi manual 6 kelajuan berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm. Juga memiliki ciri moden seperti klac Bantu & Gelincir (ASC), fren Deltabox, fork terbalik (USD), lampu LED, spidometer digital penuh dengan indikator anjakan gear.

BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

Adakah ada versi segar semual di Malaysia juga?

Yamaha R15
roda2 sportbike Yamaha Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) Yamaha R15 Yamaha YZF-R15 (2019) YIMM Yordan Satriadi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.